Kesian Norman Hakim dan Memey Suhaiza..
Kesian ... Tu je aku boleh katakan .. Sekarang ni mungkin ramai dok selak kain pengantin baru untuk mencari 'lubang' bagi membolehkan mereka dan syaitan ketawa beramai-ramai .. Kira boleh tepuk bahu sekali la..
Malah ada yang siap doa mereka cerai ! Apa gila tu ? Islamkah anda ?? Mendoakan keruntuhan rumahtangga orang lain ? Haishhh... Kenapa la begini ? Dulu , mereka kena tangkap khalwat .. ramai ketawa... Ok la kan ? Suka la kan ? Pastu kes dibawa ke mahkamah , ternyata mereka tidak bersalah tetapi ada yang tak puashati ! kan kan ? ( Rujuk Wajah Gembira Norman, Memey Selepas Dibebaskan ).
3 tahun mereka menanggung malu.. Bukan dia je , malah keluarga mereka. Dan mahkamah sahkan mereka tak bersalah. Selesai ! Kemudian mereka bernikah dan mendapat banyak penaja. Ramai tak puashati termasuk aku gak la.. Terus terang ni.. Tak puashati sebab siapakah mereka kan ? Tapi terima la hakikat bahawa itulah rezeki mereka !!! Dah begitu yang tersurat .. Selesai .. Kita masing masing ada bahagian .
Kenapa nak bising-bising ? Ni sampai ada seorang selebriti yang aku minat kerana kreativiti dan bebelan dia , pun keluarkan kenyataan yang tak enak dibaca .. Haish... Biar je la ...
Angka yang berjuta-juta tu , betul atau salah .. mereka je yang tahu.. Mereka tipu , mereka dapat dosa .. Kalau tak suka , jangan amik tau ..
Bagi aku mudah jer... Kalau aku panggil tukang masak terkemuka dunia sekali pun datang suruh masak kenduri kat rumah aku , dia datang saja pun dah mahal.. tu belum dia mintak itu ini lagi.. haaa.. belum masak lagi tu !! Kalau dah masak ? Tak ke semua tu dikira kos ? Sponsor ke tak , semua tetap dikira kos.
Bab pakaian tu .. kita tengok asas dah la.. Diorang tu camana ? Memey tu muda lagi.. Mungkin belum sampai hidayah pada dia camana Wardina dah dapat hidayah ... Dulu Wardina pon seksi gak kan ? Tengok dalam Spanar Jaya dah la.. Tapi tuuuuuu duluuu.. Dia dah tutup buku lama.. kan ?
Kita doakan kebahagian mereka.. Kita pun sama sama mencari kebahagiaan.. Jangan terlampau mencari 'lubang' untuk jatuhkan maruah orang.. Skit skit dah la.. Ni kalau dah teruk sangat , cuba tengok diri sendiri tu .. Bagus sangat ke ??? Ni ada yang bercerita g umrah la.. haji la..tapi masih berseluar pendek.. Apa jadah tu ??
Kita mungkin bagus.. tapi jangan lupa , ada yang lebih bagus dari kita .. Ingat , kita asal dari tanah.. Ke tanah juga kita kembali.. Kau dan aku serupa.. Buat Norman dan Memey , selamat pengantin baru. Ampun maaf dari aku . Dan Abby , cepat kawin .. Kalau mamat tu tak nak kawin , cari yang lain.. Cari yang dapat membawa kita ke syurga Allah.
27 comments
yelah doakan mereka bahagia amin
BalasPadamAah doakan saja yang baik2 untuk mereka..
BalasPadamdoakan kebahagian mereka berdua, dan juga untuk Abby, semoga di rahmati ALLAH hendaknya.
BalasPadamsemoga berbahagia!!
BalasPadamsemoga diorg bahagia, dan juga tuk abby, moga bertemu jodoh yg baik..
BalasPadamsalam En.Ben...yer la pada yg x suka pada mereka jgnlah mendoakan perkara2 yg x elokkn...
BalasPadambagilah peluang kat mereka utk memulakan hidup yg baru...moga mereka bahagia yer...:)
setuju pendapat abg ben. apa yang terjadi dan tertulis jalan ceritanya sendiri. semoga mereka2 berbahagia hendaknye
BalasPadamharap mereka bahagia! past is past..
BalasPadamdosa pahala mereka yang tanggung sendiri kan? jadi buat apa kita pulak nak tambah dosa dengan mengata dan mengutuk mereka..
betul la abg ben, x baik doakan yg buruk2 ttg owg lain, wlpn owg tu de wat salah ke apa ker doakan yg terbaik tuk mereka
BalasPadamsebenarnya menyampah gak, tapi dah diorg dah kawin oklah tu, dah sah kan, lantak la diorg, demoga diorg bahagia
BalasPadammoga mereka berbahagia selamanya...
BalasPadamJom terjah sini:
1)Jawapan Bernas Mengapa Hukum Hudud Patut Dilaksanakan Oleh Ustaz Zaharuddin
2)Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
3) Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Akan Dikenakan Tindakan Undang-undang
semoga mereka bahagia
BalasPadamBetul cakap abg ben...kalau tak suka jgn ambil tahu. Jgn nak melebih-lebih mengata. Bimbang nanti kena kat batang idung sendiri.
BalasPadamsemoga mereka hidup bahagia :)
BalasPadambtul btul! ! dah rezeki.. :-)
BalasPadambui kutuk jugak tp dlm hati jer lah..hahaha
BalasPadamrezeki dorg ;-)
BalasPadamitulah harga yg perlu ditanggung utk seorang artis. Sebab itu dlm agama kita ada benda yg disebut 'aurat'. Bukan sekadar tutup rambut tapi maruah juga. Wanita yg terdedah akan terdedah juga dgn fitnah dan umpat cerca. Kalau dia sanggup hidup sebagai artis sampai sekarang maknanya dia masih sanggup menerima kebencian org. Semoga mereka berdua berubah menjadi yg lebih baik dari peristiwa hitam mereka. Sebab org kata terlepas didunia tak semestinya terlepas hukuman diakhirat. Hukuman didunia adalah atas mata manusia tapi disana nanti kita tak boleh jawab apa-apa. Baik kita jadikan kisah mereka ini teladan sbb bukan mereka saja yg hidup penuh kepuraan tapi kita juga tak terlepas! Dan hukum mengumpat artis juga berdosa sbb diorang manusia bukan 'benda'.
BalasPadamitulah harga yg perlu ditanggung utk seorang artis. Sebab itu dlm agama kita ada benda yg disebut 'aurat'. Bukan sekadar tutup rambut tapi maruah juga. Wanita yg terdedah akan terdedah juga dgn fitnah dan umpat cerca. Kalau dia sanggup hidup sebagai artis sampai sekarang maknanya dia masih sanggup menerima kebencian org. Semoga mereka berdua berubah menjadi yg lebih baik dari peristiwa hitam mereka. Sebab org kata terlepas didunia tak semestinya terlepas hukuman diakhirat. Hukuman didunia adalah atas mata manusia tapi disana nanti kita tak boleh jawab apa-apa. Baik kita jadikan kisah mereka ini teladan sbb bukan mereka saja yg hidup penuh kepuraan tapi kita juga tak terlepas! Dan hukum mengumpat artis juga berdosa sbb diorang manusia bukan 'benda'.
BalasPadamsetuju Ab! semua nya dah tertulis di ats. jdoh semua Allah yg tentukan.
BalasPadammls nk ckp pape...doakn mereka bahagia dunia akhirat.
BalasPadambiarlah diorang bahagia..hak diorang..juta2 ke apa ker..janji diorang dah selamat kahwin kan..
BalasPadamManusia ni pelik. Semoga jodoh mereka panjang,bahagia dunia dan akhirat.:)
BalasPadammoga mereka bahagia dan kekal hingga keakhirnya..
BalasPadamjujur nye tak bape puas hati gak..HAHA
BalasPadamtapi dh rzeki dorg..doakn dorg bhagie hingga ke ank cucu ^__^
maaf jugak :)
-----> time kawin baru, nk hrga bjuta2... jgn x bg ap yg spatutnya dia bg kt ank2 sudh..
BalasPadammm..lantak diorang la....dah tengok komen mak Norman di TV1 masa hari pernikahan dia??...
BalasPadam