"Ibu mengandung , kenapa kerap muntah muntah (Lanjutan ) ."

by - Ahad, September 25, 2011

 

Firman Allah Ta'ala ( al-Haj 22:5-7):


Maksudnya: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebgai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (sangat tua), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. "

 

Ada yang kurang faham di entri INI .. Aku ni bukanlah ahli agama untuk membincangkan isu agama atau seorang doktor . Tapi apa yang berlaku pada isteri aku membuatkan aku tertanya-tanya ..

 

Menurut seorang rakan blogger yang mana seorang doktor , katanya itu adalah perubahan hormon yang menunjukkan kandungan sihat .. Ok , aku terima .. Tapi dari satu sudut aku kembali terfikir ..

 

"Apakah sumber rezeki aku itu halal ? ". "Apakah makanan yang isteri aku makan di kedai tadi tu besih ? Atau kandungan makanan tu ada yang dicampur bahan yang tidak halalkah ? "

 

Isteri aku mengandung 3 bulan .. Orang kata awal trimester ni , si ibu kuat mabuk dan muntah-muntah .. Kembali lihat pada ayat Al-quran tadi ..

 

"dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi ."

Sebagai seorang ayah dan ibu , kita asyik fikir 'baby tu' asyik lapar je kan ? Jadi kita asyik cari makanan .. Tapi macam aku kata tadi la.. kita terlupa bahagian tu .. Setiap saat dan minit , Allah mengajar kita dalam kehidupan ini ..

 

Aku terfikir .. "baby ni tak nak dibentuk dengan makanan yang tak bersih atau sumber rezeki yang tidak diberkatikah ?" . Apakah duit yang aku dapat itu tidak berkat ??? ".

 

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu…”(al-Baqarah:172)

 

Bila terfikir gitu , aku kena hati-hati dengan apa yang aku lakukan sebelum ini kerana aku akan membesarkannya dengan pekerjaan yang aku lakukan ..

 

" Makanan dan minuman yang halal dan baik itu menjadi punca kebersihan akal, jiwa dan batang tubuh manusia. Mereka yang membesar dan berkembang dengan sumber makanan halal dan baik akan mendorong mereka lebih berhati-hati jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan budaya berdosa. Jika terlanjur pun dia akan segera menyesali dan bertaubat nasuha. Begitulah hebat dan mujarabnya kesan makanan halal kepada akal, jiwa dan fizikal manusia. "

 

Dalam Ihya ‘Ulumuddin karya Imam al-Ghazali tentang kesan makanan yang haram kepada zuriat iaitu anak-anak :


Jika kita ingin anak kita menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berikanlah ia makanan daripada rezeki yang halal sejak mereka dilahirkan. Makanan yang halal selain daripada menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan mental mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya anak akan menjadi derhaka terhadap kita jika ia diberi makanan yang kotor ”. - Sumber

 

Bayangkan maksud yang tersirat dari setiap kejadian. Kita diminta berfikir dan berhati-hati dalam setiap perbuatan ..

 

Sekadar terfikir.. Wallahualam ...

 

Blog Pilihan : Muhammad Najmi

You May Also Like

13 comments

  1. syukur alhamdulillah,sepanjang mengandung semua anak,akak x pernah muntah2,jadi tak tahu nak explain canne

    BalasPadam
  2. boleh makan buah oren untuk hilangkan sedikit rasa untuk muntah2 tu abg ben...

    BalasPadam
  3. sebaiknya ibu yang mengandung makan makanan yang dimasak sendiri dari rumah untuk pastikan makanan tu benar2 bersih!

    BalasPadam
  4. hurmmmm...
    praktik makan di rumah untuk ibu mengandung =)

    BalasPadam
  5. seeloknya elakkan asam2 jeruk..
    dolu kalau rasa mual2 nak muntak makan biskut cream crackers alhamdulillah la

    BalasPadam
  6. wife sy teruk jugak alahan nya masa mula2 pregnant hari tu..alhamdulillah dah 8 bulan n dah x de dah alahan

    BalasPadam
  7. Apa kata abg Ben try bg isteri abg makan cara kaum Yahudi....badam,ikan,susu n aper entah...rasanya abg Ben pun pernah bc ttg pemakan ibu mengandung kaum yahudi....
    pasal muntah-muntah tu jgn fikir bukan2 sgt, normal tu....

    BalasPadam
  8. kekadang sumber pendapatan kita mmbuatkn ia jadi tak berkat..dan kekadang tu smpai tak halal

    BalasPadam
  9. tq sebab sudi mengomen dalam blog akak.. rasanya macam hari ahad yg paling indah wwooi sebab blogger femes macam ni sudi komen dalam blog akak... bab mengandung ni susah nak kata kerana banyak orang kata, kalau susah time mengandung, asyik muntah2 je, bila bersalin mudah.. akak x muntah2 tp bila bersalin mak ooiii.. dr 7 pagi sampai 9 malam pun tak keluar2, sampai berdarah bibir kena ketap gigi.. last2 kena ceaserean jugak..

    BalasPadam
  10. uurmm..biskut kering/bijirin boley kurangkan rasa mual..
    stop amik makanan berkafien tinggi..
    kurangkan pengambilan makanan yang terlalu banyak dalam satu masa tapi boleh makan sikit sikit tapi kerap..
    tak tahu lah berkesan ke tak tapi kitorang belajar camtu..ngee~

    BalasPadam
  11. sy rasa ader btul la bro ben.. sy ni pun tgh mabuk n muntah2.. nk dekat sbln..mkn je muntah...baby nak terbentuk dlm rahim mmg ader kaitan dgn ibu dan bapa nya.. wit yg disalurkan utk dijadikan darah dan daging....

    BalasPadam
  12. sorry ye saya jawab panjang2...

    kalau saya , sy akan cakap lebih pada psikologi.. ini tentang diri saya ok.. sbb masa tak tau mengandung saya tak mabuk.. bila tau je terus mabuk.. patut dah mabuk sebab kandungan dah nak masuk 3 bln dah.. (anak ke3) hehe.. kalau hormon patut lama dah kena kan?

    anak pertama langsung x leh makan nasi, kedua ok je.. cuma mabuk teruk masa 2 bln..

    kalau nak bincangkan pasal sebab semua ni rasanya ada antara ibu mengandung yang tak boleh telan apa2 saja makanan sepanjang kelahiran..saya ada jumpa kes camni.. yang ni kita nak kata apa masalah apa ye? makanan tak bersih? rezeki tak halal masuk dalam perut? dia nak bau makanan pun tak leh tau...

    rasanya jawapan sebenar cuma Allah yang Maha Mengetahui.. sebab tu ganjaran bagi yang mati bersalin itu sangat2 besar... mungkin sebab dugaan masing2 masa mengandung tu.. itu juga sebab syurga tu di bawah telapak kaki ibu...

    BalasPadam
  13. pernah baca muntah2 biasanya disebabkan kurang vitamin b complex..kalau mengidam disebabkan kekurang certain type of nutritient dalam diet..dari segi agama wallahualam..

    BalasPadam