Ogy Ahmad Daud tetap saman Johan Raja Lawak !
Isu dari FFM24 hari tu ha.. Dan sesungguhnya aku menyokong tindakan kak Ogy ! Aku yang ada waktu tu di PICC , Putrajaya mmg terkejut dengan kelantangan Johan yang melawak tak kena tempat dan cara .. Dan aku respek kak Ogy yang berjaya tenangkan dirinya pada malam itu. Serius , kak Ogy mmg profesional.
“ Beberapa minggu selepas FFM24, Ogy telah membuat kenyataan kepada beberapa media akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Johan kerana mempersendakan arwah ibu bapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.
Ogy juga menyifatkan kata-kata Johan ketika mengacara bersama adalah kurang ajar serta satu penghinaan di mana dia tidak mampu untuk bertolak ansur dengan sikap biadab itu. “ – Mstar
Apa yang boleh aku katakan sekarang ni , pelawak kena banyak belajar dari orang lama . Jangan ingat dah popular dan ramai peminat , maka sesuka tekak melawak dan mempersenda orang !
Sebab tu mak bapak kita hantar g sekolah ! Melawak guna akal lagi bagus dari guna mulut ! Takkan lupa kot dalam Raja Lawak ada tema dan salah satu temanya melawak senyap ! Maksudnya tak payah bercakap dan berapa ramai yang berjaya buat penonton ketawa ?
Serius , hanya berapa kerat je pelawak yang berpendidikan di negara kita skang ni .. Nak marah ? Fikir dulu 2-3 sebelum nak marah .. Kak Ogy , saman je .. Biar belajar skit orang cam ni ..
Teringat allahyarham Tan Sri P.Ramlee .. Lawak beliau , kalau status pon orang leh ketawa ! Al-Fatihah ..
18 comments
Tak semua bende kita boleh buat lawak...erm...kang jadik lawak bodoh...ish2...
BalasPadamKalau dh macam tu ... sokong En Ben.
BalasPadamSaman je biar dia ada rasa bersalah, kalau tk rasa juga tak taula nak kata kan
xtaw plak tntg ni.huhu ape pon harap johan belajar dr kesilapan.
BalasPadammacam2 hal la dgn si johan ni, sepatutnya bersyukur la dgn adanya ramai peminat yg menyokong kerjaya beliau..
BalasPadamhttp://www.kasihsalina.com/
xpatut..xpatut..nur setuju dgn abg ben..hehe..
BalasPadamSaman tetap saman
BalasPadamsetuju sgt-2 .
BalasPadammcm cikgu saya ckp .
kalau p.ramlee punya cerita , dia tak pernah bosan tgk .
dan dia kata..
Raja lawak tu tak lwk langsung :P
Allah dah firman: pelawak takkan maju. =P
BalasPadamMaka bertambahlah satu lagi kes saman artis di mahkamah.....
BalasPadamish3 ... johan2 ....
BalasPadamKamu terlebih sudah lah tuu Johan! Johan & Zizan pelawak terbaik tetapi selalu mempersendakan perwatakan seseorang utk melawak..satu pengajaran lagi! jgn biarkan jadi dua..
BalasPadamnak taw ape yg johan cakap..xtaw pon story ni..
BalasPadamKaya la akak Ogy Ahmad Daud nie jap agy uhuk uhuk
BalasPadamsemoga Johan mendapat pengajaran daripada peristiwa ini.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata .. buruklah padahnya http://wardahilmu.blogspot.com/2012/01/setahun-5-bulan.html
BalasPadamOgy tu artis tua yang poyo...ntah ape2..
BalasPadamnak melawak pun kena beringat-ingat jugak.. ^^
BalasPadamadudu ~ saya TAK sokong ! tahu kenapa ? kita ni lha org melayu. asal buat salah siket, saman ! kalau menang saman tu pun, bole rewind balik ke ? siyesly tak nampak pun faedahnye. johan tu kann baru, standard kalau dy buat silap. kalau nabi kita sendiri tgk ni pun, mesti baginda kecewa umatnya berbalah. rasenya, byk lagi idea lain untuk mengajar si johan tu.
BalasPadamsuruh dy buat majlis maulud nabi ke suruh dy conduct majlis keagamaan ke ape ke. rasenya, tu lebih berfaedah kepada dia sekali ngan masyarakat.
tgk video tu pun, ogy terkinja kinja. umur bape tu ? takmo saman ? grr ~
agreed with FYA PELANG .
BalasPadam