Bakal pengantin baru , Lisa Surihani mandi bunga dan khatam Al- Quran
Mandi bunga merupakan amalan tradisi yang sering diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya bagi wanita yang akan mendirikan rumah tangga. Ia dikatakan dapat menaikkan seri pengantin. Pelakon Lisa Surihani yang akan bernikah dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada Khamis (esok) tidak melepaskan peluang untuk mencuba amalan tersebut. Ibunya, Siti Amira Ahmad menyiram air campuran bunga sebagai memenuhi amalan turun temurun itu – Mstar
Majlis khatam Al-Quran diadakan oleh keluarga Lisa sebelum majlis pernikahan yang akan diadakan Khamis.Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan berkekalan hendaknya.
Bila terbaca pasal adat adat melayu yang masih lagi diamalkan ni , aku senyum. Bukan nak tolak atau nak buang cuma aku tak minat nak ikut sangat terutama bab bab yg ‘tidak perlu’ dan tak payah buat.. Maaf , bukan lupa adat resam tapi aku boleh fikir dah dan tau trick trick orang dulu kenapa dan mengapa mereka buat. Sapa nak ikut ,ikut la kan .. Asal jangan bercanggah dengan agama.
Camana pulak dengan mandi bunga ? Ada yg kata mengarut , ada yg kata bagus , ada yg kata perlu .. Korang camana lak ? Aku ada google dan jumpa sumber yg boleh dipercayai .. Antaranya dari artikal Dr.Asri ( DrMaza.com ) ;
“ Sama seperti ‘mandi bunga’, jika ia dilihat di sudut kesan herba kepada kesihatan, maka itu mungkin boleh diterima setelah dibuat kajian pakar. Namun jika disertai iktikad karut seperti boleh mempercepatkan jodoh, maka Islam menolak kebodohan yang seperti itu. Ertinya, budaya, adat atau kebiasaan sesuatu kaum boleh diteruskan, namun hendaklah dipastikan ia tidak mengandungi iktikad yang salah, atau amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam. “
dan juga dari artikal ustaz Hafiz Firdaus ( rujuk SINI ) .
Bagi aku la kan .. kalau ada duit atau masa lebih tu , ok la kot .. saja kasi wangi untuk bakal suami kan ? Cuma diharap , lepas kawin pon terus wangi la yer walaupun selepas keluar dari dapur !
11 comments
Selamat pengantin baru Lisa & Yusry
BalasPadamSeronok tgk org kawen. .heee. . :)
BalasPadamKan!. Org tua dahulu kala byk pantang larangnye. Apa2pun asal tidak bercanggah dan menyesatkan akidah sudah lah....
BalasPadamkhatam Quran tuh dh bagus.. bab mandi bunga ni xperlu kot.. kdg2 adat ni ada y bercanggah dgn agama.. kena jaga gak
BalasPadamwahh pantas abg ben..
BalasPadampepunn ok leteww mandi bunga n khatam quran :)
Selamat pengantin baru !
BalasPadamMandi bunga hanye untuk mengharumkan bakal pengantin. Tak semestinye ikut adat.. kalau ikut adat memang lbeyh dri tue kne buat. Yang penting NIkah. :)
BalasPadambagus ade khatam alquran... barulh elok sikit. mandi bunga tu terpulg pd niat kite
BalasPadamMmg banyak noo amalan kita yang kita tak sedari agak bercanggah dengan agama...mmg kene hati2 btl.
BalasPadamwahhhh jelesss
BalasPadamsaya malas nak ikut tradisi melayu yg xde dalam al-Quran & Hadith. Apa yg disuruh Allah pun tak terlaksana lagi dengan sempurna, lg kan nak pkir tradisi org melayu yg hampir kesemuanya direka oleh nenek2 zaman dulu yang tak pergi sekolah agama. sy tak menghina orang dulu, tapi ni kenyataan. Kepercayaan orang dulu2 lebih kepada kebetulan. Kalo kebetulan je terus nak percaya. Macam ^#@%^$%.
BalasPadamApa pun adat melayu ni boleh diamalkan mengikut niat. Contoh klu niat mandi bunga sekadar nk megharumkan badan, memang ok la betul. Tapi kalo niat nak buang sial lah apa lah..itu dah mengarut dan kurafat.