Blogging dimana mana bersama seluar jeans komputer riba !
Mengarut ? Merepek ? Tah hapa hapa ? Hehe.. inilah kreativiti namanya ! Mana tau satu hari jadi kegilaan. Tapi kalau kena samun , tak leh bayang laaa camana kan ? Hehe
Di Belanda , sepasang pereka menghasilkan satu set jeans yang memberi makna baru kepada istilah “komputer riba”. Jeans itu dikenali sebagai “Si Cantik dan Gek” datang dengan fungsi keseluruhan papan kekunci, tetikus dan pembesar suara yang digabungkan di bahagian atas fabrik adalah idea syarikat pereka Nieuwe Heren, yang diuruskan Erik de Nijs dan Tim Smit. Pasangan itu menghasilkan seluar panjang berkenaan dengan tangan dan direka bagi memudahkan penggunanya bergerak ketika masih berurusan dengan komputer. “Ia tidak berat,” kata de Nijs kepada WebProNews. “Dengan papan kekunci yang fleksibel, pembesar suara kecil dan tetikus kecil, ia hanya berat sedikit berbanding jeans biasa anda,” katanya. “Idea ini direka supaya anda boleh menggunakan komputer tanpa perlu duduk di persekitaran tertutup di sebalik meja anda,” katanya. Jeans itu menampilkan gaya moden dan mempunyai kocek belakang yang direka khas untuk memuatkan tetikus yang menggunakan wayar elastik supaya ia melekat. Ia dapat berhubung dengan komputer riba melalui teknologi tanpa wayar di dalam peralatan USB dan dijangka berada di pasaran pada harga 250 pound (RM1,250) - jika ia berjaya menembusi pasaran. - Hmetro
Aku tak bercadang lagi nak beli kalau ada duit byk pon.. hehe .. Bukan gaya ku.. Tua dah kot.. hahaha …
18 comments
Salam Ben
BalasPadamwah class gitu
kat mana2 pun boleh berblog
stailo tu~ takleh byg kalo seluar ni jd kegilaan ramai nnti.. hehe~ blogging di mana2 shj ^_^ boleh sold out jeans tu... haha
BalasPadamwaahhaa.. macam-macam dunia moden sekarang
BalasPadamhahahah...macam2 la.kreatif sungguh
BalasPadammacam pelik je.. tapi memang moden da.. bile2 mase boleh update blog.. haha
BalasPadamklu mcm gini tak basuh lah suar tu sampai bila2.. takut nti rosak kena air
BalasPadamperghhhh! moden habis tu..nanti tetiba kena air hujan.rosak jugak..ke kalis air..ehehe
BalasPadamhuhu...macam pelik je...
BalasPadamabg ben .. jum singgah blog sy baca pasal disebalik sikap lelaki yg popn xsuka ..yang lain pun djemput singgah ye .. tq ! kisahrahsia.blogspot.com/
BalasPadamHahaha..ni kalau kena rompak mau perompak tu tanggal sekali seluar dia..memang naya la jawabnya..
BalasPadamwahh! menarik..!
BalasPadammak aih... pelik2 skunk ni
BalasPadamlps ni siap ngn mouse plak.
BalasPadamscroll mouse je..lps 2 touch pad..
BalasPadamBenda mcm ni pun manusia boleh terfikir untuk cipta!....hebat sungguh
BalasPadammaknanye lepas pakai sluar ni, tak basuh2 lgsg! gitu?ahahahaa
BalasPadammakin mengarut plak teknologi skrg aih! HAHA
BalasPadamyang muda pun mesti ramai xnak gak..hihih
BalasPadam