Patut ke tak patut berenti kerja ?
Dah hampir masuk setengah tahun aku tak kerja ! Er .. tak keje ke ? Hehee .. Tak keje dengan orang laa .. Skang ni aku bergerak sendirian je sebagai penulis blog .. Wee … I likee !!
Cam cool je jawatan PENULIS BLOG kan ? Hehehe .. Boleh laa.. Takde best cam keje kat opis tuu .. Bergaul dengan orang berpangkat besar yang bergelar Datuk , Datin atau menteri menteri mahupun VVIP yang bertaraf tinggi tu haa .. kan kan ?
Ada kawan tanya aku tadi .. Dia dok pening kepala pkkan masa depan dia .. Sekarang ni dia kerja dengan kerajaan dan telah ada buat satu kerja sampingan .. Alhamdulillah , apa yang dia buat tu telah memberi pulangan yang lumayan .. Cuma kerja yang dia buat ni perlukan satu komitmen yang besar .. Bukan sekadar sampingan tetapi kena sungguh sungguh sbb kena jumpa pelanggan ..
Dari pengalaman aku dengan bercampur manusia yang hidup kasi pagi makan pagi cam aku ni , apa yang dia buat sekarang ni mmg menguntungkan tapi kena tau seperkara .. Biasanya ada turun naik .. Tak selalunya diatas .. Tak seperti keje ngan kerajaan .. Malas camana pon , gaji tetap masuk .. Curi tulang camana pon , gaji tetap dibayar ..Lain dengan bekerja sendiri .. Kalau rajin , tapi takde rezeki kita , mmg garuk kepala ..Masa ini akan pening ..
Namun , ada yang bijak .. Duit pendapatan dari apa yang dia buat tu , dia buat bisnis lain atau plan untuk kembangkan .. Segalanya perlukan perancangan yang teliti dan rapi .
Seperti aku ni , sampai bila nak masyuk kan ? Lambat laun akan ada ramai lagi blogger yang akan naik dan masa tu , mungkin job aku dah berkurangan . Jadi aku perlu sediakan payung sblm aku garu kepala !
Kesimpulan , nak berenti atau tidak .. Berbincangan dengan orang tercinta dan pastikan bila kemarau berlaku , bekalan air dah tersedia untuk menampung kegunaan seharian sementara menanti hujan kembali ..
Hidup hanya sekali . Walaupun susah atau perit tapi yang penting , hati mau gembira !
14 comments
sekurang-kurangnya salah seorang partner kita kerja kerajaan,hidup terjamin
BalasPadamkeje sekarang payah nk cari...tapi GK yakin rezeki ada dimana2..buat blog boleh jana income janji kita ikhlas...
BalasPadamTgk pada pekerjaan yang dibuat.. pernah member aku berenti kerja gomen pabila bisnes dia berjalan dengan lancar dan mempunyai kompeni sendiri... so bila syarikat mampu menjana lebih dari bekerja dgn gomen so y not dia berenti untuk yg lebih baik... perniagaan adalah 9/10 punca rezeki dalam islam. Namun kena ada komitmen yg tinggi.
BalasPadamTeringin juga nak berkeja sendiri.. Tapi tunggu kontrak dengan kerajaan habis.. Mungkin 5 tahun lagi kot..
BalasPadamSaya setuju dengan pendapat BA.. Nak kerja sendiri kena sediakan air tempayan yang mencukupi.. Sebagai persediaan menanti hujan yang akan datang..
Tengah hujan lebat, kena tadah air ditempayan sepenuh-penuhnya.. sebab kita tak pasti bila hujan lebat akan turun lagi.. ;)
Good Luck BA..
setuju dgn brader ben ;-)
BalasPadamyeahh... i like!
BalasPadamgd luck..
BalasPadamWah masuk TV tu.. tahniah bro.. bagi aku.. masih selesa kerja n tulis blog sebagai hobi..
BalasPadamsemoga terus success bro.
BalasPadamduit gaji, dijadikan modal perniagaan, terbaik.
berapa income bro permonth dengan blogging?.
so maknanye ben tak keja dah ngan gomen la skrg ni ek ....
BalasPadamok la klu ade side income... klu setengah org yg tak de kerja lain mampus la....
Duit yang ada janganlah dijoli katak. Masa banyak investlah kat tempat yang boleh beri keuntungan dalam jangka panjang.
BalasPadamKerja apa pun mesti ada back up plan dalam hidup ni.
semoga abg ben trus maju ke hadapan.
BalasPadamRezeki setiap orang berbeza2.. Allah dah tetapkan rezeki kita masing2.. InsyaAllah selagi kita berusaha, takkan kebulur.. =)
BalasPadamsaya ada tgk abg ben kt tv1 ari2.. hehe.. mcm knal je..
BalasPadam