Pengubahsuaian rumah , memudahkan kehidupan seharian ?

by - Sabtu, Mei 26, 2012

 

clip_image002

Hurm .. Bila aku tengok jiran jiran berhampiran dengan rumah baru aku tu , dok sibuk mengubahsuai rumah , aku rasa mmg perlu kot buat sedikit pengubahsuaian pada rumah lebih lebih lagi rumah yang kita beli sendiri .

Kenapa aku berfikiran gitu ? Kebanyakkan rumah terutama yang macam rumah aku beli ni hanya basic je cantiknya .. Kira kalau nak nampak cantik lagi , kena la buat penambahan sendiri la maksudnya .. huhu .. Kalau ada duit , semua okeeehh jer . hehe .. Sebab tu kena menabung semasa muda ..

Pengubahsuaian rumah mmg memberi pulangan yang lumayan jika ianya benar benar menepati citarasa pemiliknya. Bila balik kerja , tengok rumah cantik dan selesa , pasti ilang segala penat dan tak sabar nak bersantai di dalam rumah .

Pengubahsuaian rumah juga memberi kesan psikologi yang positif pada mereka yang punya anak besar. Mereka rasa ‘aman dan tenang’ di rumah yang cantik dan juga tersusun .

Persoalannya ... Tang mana nak diubah terlebih dahulu ? Berapa kosnya ? Wow ... Sapa tak nak ubah rumah kan ? Semua orang nakk wooo ..

Kalau aku la kan , aku berminat nak ubah tang ruang tamu rumah aku , dapur dan juga ada satu bilik tu .. Aku plan nak jadikan hall untuk family di bahagian atas .. Tapi aku ada gak plan nak jadikan satu bilik untuk mini gym/membaca ! Camana tu ? Masalah gak sebab bahagian atas Cuma ada 4 je bilik .. Nak gak ada bilik tidur tetamu kan ? Perlukan aku korbankan bilik mini gym / membaca tu ? Hurmm ..

Perkara perkara begini kena ada perunding ke ? Maklumlah , nanti rumah jadi carca marba lak .. Sapa yang pening ? Aku jugaaa .. Sapa yang bersalah ? aku gakkk .. Tu baru masuk soal bahagian mana nak diubah.. Belum lagi soal kos !

Seperti yang aku jangka , pelbagai kontraktor dah standby depan umah aku sewaktu aku datang amik kunci rumah aku tu . Pelbagai harga , service yang mereka tawarkan .. Sampai la aku hampir termakan kata gak laaa.. Nasib baik ada rakan rakan pembaca di blog , awal awal lagi dah nasihatkan agar berhati hati ..

Hurm.. susah sebenarnya nak cari kontraktor yang bagus dan jujur .. Ramai yang makan atas angin .. Dapat job , tapi pass kat orang lain .. Hasilnya ? Hancur .. Masalah tu kan ? Dah tu camana ? Cuba bagitau aku ? Nak ubahsuai rumah tapi pening pk camana nak ubah .. Kan ?

clip_image004

Bila tengok jiran-jiran sepantas kilat buat pengubahsuaian rumah , terasa best pulak .. Cepat benar diorang dapat kontraktor dan idea untuk buat pengubahsuaian tu .. Huhu .. Aku gak terkial kial .Tapi kalau aku ada idea pon , kena tunggu chief de mission yakni wife aku .. Dia gak la yang akan luluskan semua idea idea tu .. Nak tak nak .. kena tunggu dia abis pantang dulu dan baru leh buat keputusan nanti ..

Duit dah standby .. Alhamdulillah , sama sama simpan lepas kawin ari tu .. Nasib baik ada wat kerja tambahan .. hehe .. Kalau tak , susah gak nak buat renovation ni sbb perlukan duit yang boleh tahan gak la banyaknya . hehe ..

Jadi , korang yang dah beli rumah dan juga duduk rumah mak ayah ni rasa la kan .. perlu tak buat pengubahsuaian rumah ni ? Cer bagi pendapat skit .. Kalau korang ada rumah sendiri , nak buat tak ? Apa yang korang rasa nak buat ? Haaa .. Mana tau aku leh curik idea korang tu .. Hehe ..

You May Also Like

8 comments

  1. kalau rs nk tgk ilham2 hiasan dalaman rumah br bro, bley la singgah blog saya :)

    BalasPadam
  2. 1.safety 1st!! pasang grill,alarm &awning..bia pencuri x masuk...
    2.tangga-sbb kdg2 tangga ni merbahaya utk budak2..kne tgk spek..
    3.partition-utk divide kn ruang2 dlm umah..
    4.kabinet dapur-kne pilih yg sesuai dgn saiz uma..
    5.cornice..
    senang cite kite kene go through part structure dlu...sbb architecture ni kite boleh tgk kemudian!!

    BalasPadam
  3. buat yg mana penting dulu... kos utk anak belajar nak kena simpan juga. boleh simpan dgn kak liza.

    BalasPadam
  4. abg ben cuba tgk blog kaseh aleeya tu yg blogger nama filla.tak igt lak url blog dia.hehe.husband dia designer n buat renovation.tgk gmbr y dia dh buat umh org,mmg cantik kreatif dan lain dr y lain.mana tau ab ben boleh amik dgn dia je ke.:-)

    BalasPadam
  5. tahniah..tak lama lagi dapatlah cf tu.

    BalasPadam
  6. salam en ben..dari pengalaman kak ilah yg ada 2 buah rumah..1 umah flat kat pandan mewah tuu dan 1 lagi di teluk emas melaka umah teres.. ke dua2 kak ilah tak ubah suaipun..sbb kak sewakan sbb kami duk kuaters kem... selama puluh tahun ni tak pernha ubah suai.. kami rasa tak perlu..
    ok kak nak kongsi disini.. adik ipar kak berhenti kerja dpt duit ganjaran.. umah dia 3 tingkat di s.alam.. habis duit dia ubah suai umah... maklumlah tak pernha pegang duit begitu byk...kelabu sikit mata depa huhu.. pastu menyesal..tak sudah. atas sbb tertentu.. la ni depa dah juai umah tu dan sewa pula kat tmpt lain.. bagi kak ilah lah jika masa kita nak kerja terlalu pjg lagi mcm en ben ni..molek lah di tangguh dulu anak baru sorg molek duduk umah yg sedia cantik tuu...mana tau rezeki nak bikin banglo ke nak beli umah lain ker...dtg ..baik disimpan dulu niat tu..simpan dulu duit tu ..mcm kak ilah tak bekerja.. masa anak kecil2 duit byk leh simpan sbb tak byk guna..esok2 bila depa dah besar naik menegah dn U woooo byk tol nak guna duit... rancan molek2 ya..kak ni berdasarkan pengalamn lama kak.. yg tak mampu..... sekarang ni rumah2 tu menjadi hasil juga utk tampung belanja dapur bila anak2 besar..maksudkan .. kak gila abeli rumah dan tanah2..masa ada duit lebih.. jgn ditambah pada yg dah ada.. nanti sesal..harap en ben tak ksiah ya kak ioah beri pendapt..maaafkan kak...

    BalasPadam
  7. wah..sronok tgk diorg bg idea...sy pon sm..tp idea dh diluahkan pd pengomen ke-2 atienz.....

    BalasPadam
  8. aku lebih kan tempat lepak depan tv, sbb rumah aku apartment, most of the time aku akan lepak depan tv.

    kat situ tempat rest bila balik dari penat bekerja.

    gym, hurm, macam rumah aku kecik, so aku lebih luangkan masa gym kat opis je.. tapi kalau rumah ko besar, apa salahnya ada satu tempat khas utk gym..

    BalasPadam