Terkunci anak dalam kereta ..
Gambar Hiasan
Jangan sesekali tinggalkan anak kecil kita sendirian dalam kereta walaupun untuk sesaat !
Itu yang aku belajar semalam sewaktu kejadian di stesen Minyak Petronas Putajaya .. Waktu tu aku tengok ada ramai orang mengelilingi kereta .. Aku ingatkan apa tapi aku hampiri , ada sorang kenalan aku bagitau anak ‘abang’ tu telah mengunci kereta dari dalam sewaktu dia turun untuk isi angin tayar.
Setelah dipujuk berminit lamanya , kerana risaukan udara dalam kereta menjadi racun aku syorkan pecahkan jer cermin sisi .. Dan abang tu lakukan setelah gagal pujuk anaknya yang banyak sengih tengok Qhaliff .. Anaknya tu demam .. Kira nampak blur cam aku skang ni laa .. Kira dok nampak Neelofa aja skang ni .. hehe ..
Alhamdulillah .. Anak itu selamat .. Cuma aku tak berapa gemar ialah sikap si isteri yang tiba di tempat kejadian lalu bebel suaminya depan orang ramai.. Menda nak jadi .. Selamatkan anak tu dulu.. Bebel je kat rumah nanti ..
Hurm..
10 comments
Dulu selalu tinggal anak dalam kereta tapi saya sentiasa pastikan ada abang/kakak yang menemaninya dengan pesanan; Mama keluar ni kunci semua pintu kereta, nampak muka mama baru buka pintu.Jangan turunkan cermin tingkap walau siapa pun datang menjengah kecuali mama. DAN....JANGAN SESEKALI TURUNKAN @ MAIN DENGAN HAND BRAKE :D
BalasPadamBetul tu jangan sesekali tinggalkan anak dalam kereta.Banyak kemungkinan yang akan berlaku.
BalasPadamHahaha dah nama isteri Abg Ben, Klu lelaki dia cakap sekejap je n then selamatkan anak, xpun lepah selamatkan anak =)
BalasPadamfollow me wzfadhlan.blogspot.com
laaa..tinggal anak camtu...saya tak boleh...saya sanggup dukung anak saya...walaupun pam tayar sekali pun...serius saya kata...tapi bab kena tengking orang ramai tu tak patut la...betul la tindakan dia tu marah kerana kesilapan....tapi jangan lah depan orang ramai...mengaibkan tu...Allah tak suka...
BalasPadamhuhu mujur anak tekak takleh tinggal merata2 :p
BalasPadammemg tak patut bebel suami kat depn org ramai.. cian..! cik mama penah anak terkunci kat dlm keta, sib baiklaa masa tu tak panas terik, dan nasib baik msa tu dah berhmpiran ngan kg hubby so kwn dia laa dtg tolong godek2 buka pintu tu.. ermmm pengajarannya, nak tinggal anak dlm keta memg kna kunci dan silala buka tinggkap sikit.. ngee
BalasPadamassalamualaikum papa ben...isteri dia tu dok bebel kat suaminya tapi dia keluar pi mana agaknya tu...??:)
BalasPadamPernah gak trkunci ank dlm keta sbb handle pntu tertanggal, pastu my son lak pi kunci pntu keta...huwaaa...berpeluh2 & berminit2 gak pujuk & ajar dia buka kunci tu balik sbb ank dh panik, asik dok keriau nangess...huhu...
BalasPadampernah terjadi pd mumme ms di us dulu....mujur sheriff selamatkan...mereka ada teknik yg selamat tanpa perlu pecahkan tingkap...itu pengajaran terpenting dlm hidup mumme...
BalasPadampernah berlaku pd sy..anak tertidoo sb letih sgt..rasa mcm nk nanges..nsb baik ada yg tlg
BalasPadam