Giliran aku pulak ..

by - Selasa, Februari 26, 2013

 

Demam ! Dah rasa dah sejak Qhaliff demam ari tu cuma tak ‘keluar’ je lagi .. Hurmmm .. Dan semalam , batuk makin teruk dan berkahak..Selsema pun ya gak ..

Dan pagi tadi , ingat lepas antar wife aku nak g Low Yatt Plaza tu pastu gi klinik. Tapi segalanya munsnah belaka sbb jalan ke Bukit Bintang entah apa giler , jammed pelik ! Aku patah balik ke Cheras .. ke rumah mak aku. Qhaliff ,aku tinggalkan kat sana jap ..

Sampai rumah mak aku , aku terus gi klinik. Hurmm .. Tak ramai orang .. Nama aku dipanggil selepas 5 minit daftar. Aku suka gi klinik Keluarga ni dulu. Dulu laaa.. hehehe.. Kenapa ? Tak leh tulis .. Nanti wife cubit bertubi tubi ..

Jumpa doktor.. Dia cek suhu , tekak , hidung .. Ok , confirm tak sihat .. Dia sebut ubat ubat yang akan diberi pada aku .. Pastu aku mintak dia cek tekanan darah ..

140/100 ! Tinggi katanya ! Aku kata tu rendah .. Dulu lagi tinggi .. heeee.. Boleh pulak aku melawak ngan dia .. Nasib baik dia pun ok .. Pastu dia bebel kat aku bab kesihatan. Dia nasihatkan aku buat blood test memandangkan usia aku dah cecah 37 tahun .. Risau tahap kolestol .. Ya , mmg aku sendiri pon risau sejak dua menjak ni tak jaga makan ..

Tapi , tak tau la bila nak g… hehhe.. Kena pergi gak buat test ! Takut tetiba jadi hal wooo ! Korang pon aku nasihat , gi la check .. Jangan ingat badan kurus , sihat.. Bersenam selalu pun belum tentu sihat kalau tak jaga pemakanan … kan kan ?

You May Also Like

5 comments

  1. 30 ke atas buatla checkup 6bln skali...skang ramai org muda kena strok coz young hypertension... pk kan ms dpn anak isteri.. ;-)

    BalasPadam
  2. 30 ke atas buatla checkup 6bln skali...skang ramai org muda kena strok coz young hypertension... pk kan ms dpn anak isteri.. ;-)

    BalasPadam
  3. Usia macam En.ben kena jaga kesihatan.... Check gula ngan kolestrol selalu... Kat farmasi ada alat tu... bleh check sendiri kat umah... Medical checkup kena buat sekurang-kurangnya 6 bulan sekali... Jangan luar je nampak sasa, dalam belum tentu lagi... hehehe

    BalasPadam