Masih boleh menyusu ke bila mengandung ?

by - Rabu, September 11, 2013

 

Qhaliff masih menyusu badan. Dan ibunya pula sedang mengandung. Dah nak masuk 6 minggu . Persoalan di hati aku dan kawan kawan yang prihatin .

“ Masih boleh ke menyusu ? “ .

Sebelum ni, wife pernah mengandung tapi ‘tak jadi’. Bila gi pakar , katanya faktor menyusu badan ketika mengandung berpotensi juga menyebabkan kes keguguran gini . Tapi bukan majoriti ! Ikut orang katanya. Kalau badan tak kuat , maka boleh terjadi .

Namun masih ada yang mampu melakukan dua dua sekali yakni menyusu anak kecilnya dan juga mengandung ! Alhamdulillah , anak sihat jer ..

Kalau rajin google , maka akan dapat la jawapan dari pakar pakar sakit puan ni . Malah penjelasan dalam majalah khas juga ada . Antara nak cari atau tidak je ..

Dalam artikal di blog Dr.Zubaidi , beliau ada menerangkan dengan panjang lebar mengenai isu ni .. Aku amik skit eh ?

“ Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan. “.

Namun begitu ,doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :

  • mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan dari vagina
  • pernah mengalami kelahiran anak pra matang
  • pernah mengalami keguguran ketika hamil

Hurmmm … Selain dari banyak membaca , dapatkan juga nasihat dari doktor pakar ! Jangan memandai mandai yer ..

Rujukan : http://drzubaidi.com/blog/?p=2042

You May Also Like

18 comments

  1. Dari segi agama plk mcm mana ye.. Ada yg kata xleh menyusu klau dah mngandung.

    BalasPadam
  2. saya sedang mengandung 14 minggu dan masih lagii menyusukan anak berumur 1 tahun 5 bulan :)
    nsyaallah..kalau si ibu sihat..teruskan menyusu Qhaliffye

    BalasPadam
  3. baru je nak google info...Mr Ben dah up...pengalaman saya preggy anak kedua...saya tetap susukan yg sulung..now preggy ke-3..still susukan dan alhamdulillah...masuk bulan ketujuh kandungan..

    BalasPadam
  4. sama minggu dengan saya dan saya masih meneruskan penyusuan. klu ikutkan berbelah bahagi juga tapi sian kat anak tercari2 kan. sedih tau mr ben klu nak cerai susu ni. tapi insylh, tawakal, minta petunjuk pada Allah..

    BalasPadam
  5. Boleh, percayalah. Saya menyusukan anak pertama juga waktu mengandungkan anak kedua. Anak-anak saya sihat dan cergas Alhamdulillah. Dari segi agama sebenarnya tiada masalah, cuma budaya orang Melayu yang kata 'tak baik' abang/kakak ambil susu adik. Sebenarnya rezeki Allah tetapkan untuk setiap anak, InsyaAllah. Khasiatnya juga berlainan ikut keperluan anak. Percaya pada Rahman wa Rahim dari Allah.

    BalasPadam
  6. saya pernah menyusukan anak semasa kandungan masih baru lagi dalam 2 ke 3 bulan begitu.....susah jugak nak ceraikan susu badan kalau anak suka dengan susu maknya....hoho

    BalasPadam
  7. Dr segi agama boleh, asalkan tak memudaratkan ibu dan anak dlm kandungan. Nabi s.a.w pernah melarang menyusukan semasa hamil tapi selepas mengetahui wanita yahudi dan nasrani ada yg menyusukan semasa hamil dan terbukti tidak memudaratkan, maka nabi pun mengizinkan. Sy pun sedang menyusukan anak juga ni,n preggy 8 week. Anak 1 tahun genap

    BalasPadam
  8. masa sy mengandung anak kedua, sy still menyusu anak pertama sampai usia kandungan 7 bulan. Bukan full bf topup ngan fm jugak. doktor memang tak menggalakkan.

    so saya berenti sebelum bersalin dan dengar kata orang dulu2 berhenti diwaktu kandungan bulan ganjil (7 bulan). kalau nak 9 bulan takut xsempat pulak nak berenti. nak berenti usia kandungan 5 bulan macam sayang.

    yang bab2 bln ganjil ni xtahula apa kebaikannya. just buat sebab xmemudaratkan diri pn.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..tahniah Qhaliff dah nak jadi abang la..peewwitt.. :)banyak pendapat..rujuklah pada yang betul betul pakar dan bertauliah..baik dari sudut kesihatan mahupun hukum syarak..

    BalasPadam
  10. Boleh je nak menyusu sekali pun..Nanti sampai masa si abg akan berhenti sendiri..cuma siang2 slow2 lepaskan bagi susu FM or susu segar..cuma malamla susah sikit..tp sy tetap teruskan walau dh 6 bulan..x sampai hati tengok menangis sakan..Cuma pastikan ambik susu or kalsium secukupnya..kalau tak fuhh sakit semua gigi dan sengal2..

    BalasPadam
  11. Bergantung pada ketahanan ibu tu sendiri... tapi untuk wife en.ben, rasanya dah kena pertimbangkan utk stop bf, sebab sejarah peggy wife en.ben pun tak berapa baik.... tp itu pendapat saya.... selebihnya terpulang pada wife en.ben....

    BalasPadam
  12. Anak saya lahir 1st April 2012..lebih kurang Qhaliff kan?breastfeed gak..cam Qhaliff la.Petu sy pregnant..tp gugur masa bulan April lepas..cam wife abg Ben gak. Petu skrg sy pregnant balik..cam wife abg ben lagi.sy still breastfeed...=)

    http://mrsamad.blogspot.com/2013/09/menyusukan-semasa-hamil.html

    BalasPadam
  13. Saya menyusukan ank sy yg no.2 sampai ank no 3 sy lhir.jd sebulnlah diorg berkongsi...pastu bru sy pishkn.kesian jg ms tu pd yg no 2 tu sbb dia bru 1thn 7bln...menangis je mlm ms ml2 berenti tu.bila dia ckp nak susu je sy tny dia balik...'ni susu sape punya'nt dia jwb baby punya...nsib dia faham yg tu baby punya...tp yg bestnyer time lps bersalinkan biase bengkak susu...sy xpyh sush2 nak pam @ biarkn smp bengkak..sbb ade yg menyusu...

    BalasPadam
  14. Saya menyusukan ank sy yg no.2 sampai ank no 3 sy lhir.jd sebulnlah diorg berkongsi...pastu bru sy pishkn.kesian jg ms tu pd yg no 2 tu sbb dia bru 1thn 7bln...menangis je mlm ms ml2 berenti tu.bila dia ckp nak susu je sy tny dia balik...'ni susu sape punya'nt dia jwb baby punya...nsib dia faham yg tu baby punya...tp yg bestnyer time lps bersalinkan biase bengkak susu...sy xpyh sush2 nak pam @ biarkn smp bengkak..sbb ade yg menyusu...

    BalasPadam
  15. Sypun menyusukan ank no 2 smp ank no 3 lhir.diorg berkongsi sebulan..pastu baru sy pishkn.kesian jg tgk kakk ms tu..nangis je...lebih2 lg time nak tdo mlm...ms tu umur dia bru 1 thn 7bln...bila dia mnt nak susu je sy akan tny blik kat dia"ni susu sape punya?nt dia jwb r "baby punya"nsb baik dia fhm tu baby punya...tp yg bestnyer time dlm pantg tu kan biase kena bengkak susu...suruh kakknye je yg hisap..jd xpyh pam @ tahan sakit sbb bengkak...

    BalasPadam
  16. kalau x boleh susukan abang time mengandung atas sbb2 tertentu x pe. Yg penting mommy jaga diri baik2. Nanti dah bersalin adik tandem nursing both abang n adik..Insyaallah..

    BalasPadam
  17. rasanya macam tak ada masalah kot, kalau menyusu bayi masa mengandung. Saya ada ramai kawan yang masih menyusukan bayi, walaupun tengah hamil. Elok je diaorang.. Selamat bersalin pun. hehee.. Insha Allah, tak ada masalah rasanya.. :)

    Saya suka breastfeeding. :)
    -umminiena.wordpress.com

    BalasPadam