Sehari cuti dalam seminggu untuk si IBU

by - Isnin, Februari 17, 2014

 

Aku , Mr.Mama terpaksa amik cuti sehari kelmarin kerana aku terlalu stress kebelakangan ini. Maklumlah , aku bukan saja duduk rumah jaga anak .. Aku kena gak cari duit untuk keluarga. Walaupun mencukupi tapi perlu ada simpanan hari depan. Tambahan pula ahli keluarga akan bertambah dan yang kecik ni pulak semakin meningkat usia. Pastinya keadaan akan berbeza.

Yup… aku memahaminya sekarang ! Kenapa ada si isteri atau ibu zaman ini meminta sehari khas untuk mereka merehatkan diri tanpa gangguan sapa sapa pun ! Memang ada ibu tak sanggup tapi si suami perlulah beri ruang untuk isterinya melepaskan tekanan setelah berharian bekerja siang malam tanpa henti untuk keluarganya ! Stress seorang ibu / isteri ni , hanya wanita saja memahaminya. Nak dihuraikan kat sini , setiap manusia .. laluan hidupnya berbeza tapi yang pasti mereka punya tekanan tersendiri yang perlu dilepaskan dengan cara masing masing !

Dan ketika inilah si suami mengambil tanggungjawab penuh menguruskan rumah untuk sehari saja ! Mampukah ? Yearghh.. masa ni la nak buktikan yang lelaki juga mampu pikul tanggungjawab menguruskan rumahtangga .. Walaupun sehari pastinya akan membuka mata betapa sukarnya menguruskan rumahtangganya dari awal pagi hingga kesemua anaknya tidur !

Hurm.. selepas aku cuti sehari , kepala aku jadi ringan dan kembali bersemangat untuk mengambil kembali tanggungjawab aku yang aku pikul bukan 100% ! Bayangkan jika 100% !! Perghhh.. hang otak aku weh ! Krem segala otot yang ada !! Huhuh.. Respek pada emak aku yang mampu jaga 3 hero yang sering bergaduh 24 jam dan seorang anak perempuan yang manja terlebih  !

Apa pendapat rakan rakan yang lain ?

  • Tapi nnt mampu ke lelaki nak buat kja seorang wanita? Inikan dalam tdo, 60% otak wanita tidak tidur sepenuhnya, mengikut pakar pasti terfikir macam2 hal.
  • Mcm x cukup jer..sbb hr sabtu masih hr bekerja..ahad la ms yg ada nak uruskn hal rumahtangga..huhu
  • tak sampai hati nak berehat diwaktu keluarga terutamanya anak2 memerlukan....
  • Saya dah lama amalkan ... biasa weekend asben yg buat semua...ngeh3
  • Sokong... tp xmmpu... kpla otak msti pikir anak.. hahaha..

Hehehehe .. Camana pulak dengan anda ?

You May Also Like

4 comments

  1. dah biasa lakukan segalanya sendiri tanpa merungut atau mengeluh...heee... *_^

    BalasPadam
  2. sometimes Nat tak paham kenapa ada orang yang buat keje rumah sambil membebel ..

    ^^ pernah jumpa tak org ni?

    BalasPadam
  3. mmng tringin nk cuti tanpa housechores tapi bg saya ianya permintaan yg trlampau kot. coz my situation dimana hubby x prnh urus ank2 sjk kahwin

    BalasPadam