Main bola atau melukis ?
Gi Alamanda tadi.. Aku nak cari bola futsal yang baru .. Memula nak cari kat Al Ikhsan tapi terlupa pulak dah tutup sbb dia dah pindah ke lot lain ..
Gi masuk lak ke Aeon .. Hurmm…. Ada tu ada tapi tu bola padang.. takde pulak bola futsal.. Wife belikan dia kertas lukisan dan pensil warna.. Qhaliff kalau gi umah mak aku , kalau jumpa pensil warna , confirm akan berebut dengan anak buah aku yang lain ..
Wife hantar gambar melalui whatsapp .. Ketidaksabaran Qhaliff setelah dapat pensil dan kertas lukisan tu ..
Hurm.. lepas tu , aku bagitau wife yang aku nak gi cari bola futsal tu kat Parkson.. Aku tinggalkan diorang kat depan Mph jap.. Sian kat wife nak kena follow lak semata mata nak beli bola jer ..
Haaa… Ada … Beli satu.. Leh pakai main hari Jumaat nanti.. Program futsal bersama rakan blogger pertama untuk tahun ni .. Heheehe..
Aku kembali kat diorang .. Aku tunjuk bola tu kat Qhaliff .. Terus dia buang semua tu dan amik bola ! Hahahaha .. Anak jantan , tetap anak jantan ..
4 comments
Hahaha.. bola tetap di hati :D
BalasPadamBakal menjejaki Ramli nie :)
BalasPadamQhaliff !! meh aunty nak tarik muncung !!
BalasPadamkamain panjang muncung Qhaliff sambil melukis tuh...hehe
BalasPadam