Serkup kepala atau menutup aurat ?
Ada kawan beri pandangannya .. Yang mana gambar aku dimuat naik ke Facebook seolah mempermainkan agama ! Dan ada juga mungkin rasa tak sesuai aku buat gitu sebab aku ni ‘ seorang bapa’ !
Laaaa .. Jauh benar dia berfikiran eh ? Ok la , aku tak marah pon tapi kalau kita nak kena fikir sejauh tu , seolahnya aku jangan post apa apa ponn termasuklah jugak gambar anak aku .. Mana la tau dia segan atau malu satu hari nanti ? Termasuk jugak la gambar aku .. Up gambar bunga je laa !
Haishhh .. letih kalau nak ikut apa orang fikir kan ? Yang penting , apa yang nak disampaikan ..
Mesej yang aku nak sampaikan ? Mudah je kan ? Takkan tak paham paham lagi ! Kalau ada yang nak kaitkan dengan agama , cer perhatikan dengan betul dan teliti .. Apakah cara seeloknya bila nak berpakaian menutup aurat ? Apakah memadai dengan menserkup kepalanya saja ? Tapi bahagian lain terbuka ?
Kalaulah Qhaliff nak malu dengan gambar gini .. Bermakna dia belum matang lagi laaa .. Kalau ada yang nak kata aku ni tak reti ke nak malu ? Aku sebenarnya lagi malu tengok wanita Islam di luar sana tu yang tutup kepalanya tapi bahagian lain terbukak !
Ini cumalah salah satu cara aku nak sampaikan kepada rakan rakan aku yang mana fesyen perlulah sejajar dengan agama kita .. Jangan main sedap dok kata fesyen muslimah padahal ?? Ingat cantik tapi rupanya kena gelak !
Tak kisah la apa pun .. Yang faham , faham la .. Yang tak faham tu mungkin cara dia ‘berdakwah’ lain caranya.. Masing masing ada caranya .. Yang penting , aku dah sampaikan pesanan aku .. Nak wat cara ustaz , aku tak layak langsung .. Heee , jadi wat cara yang aku termampu je la ..
5 comments
setuju lah dgn pendapat abg Ben tu.
BalasPadamkadang ada tu pakai tudung kemain tutup dada.. tp lengan yg sejengkal kau x reti nak tutup kenapa??? gittue lah umpamanya.. hehehe
pada saya ok je.... de mesej kat gambar tu.... sendiri mau ingat la ooo... daripada letak gambar lawak yg takde isi, yg memang terang2 orang cakap bo@*^...hee...
BalasPadamterbaekkk bang! ha3
tutup aurat orang faham tuntutannya berbeza dengan yg tutup aurat ikut-ikutan
BalasPadamoklah ade entry ni kalau bergambar sahaja takut orang tak paham..ingat abang ben main ape la dengan kain dan plastik tu..hehee
BalasPadamHahaha so ini laa motip gmbr turban abg ben ni. Deep sgt! Haha
BalasPadam