“ Ini harta , aku yang punya ! “

by - Isnin, November 17, 2014

 

Semalam , bawak keluarga aku makan Ayer@8, Putrajaya . Saja lepak sana jap.. sebab esoknya semua nak sibuk.. huhu.. Sian anak anak tak berjalan lak nanti..

Sampai je kat tempat letak kereta , aku turunkan stroller Bugaboo Bee 3 milik Zahra tu dan letak dia dalam tu. Kemudian wife masuk dulu ke dalam restoran.

Maka tinggallah aku dengan Qhaliff jer.. Lepas Qhaliff siap pakai kasut dia , dia turun dari kereta pastu menjerit menangis ! Aku dah jangka dah akan berlaku !!

Dia cari stroller tu ! Hanya dia layak duduk dalam tu untuk tempoh 10 minit pertama ! Pastu baru boleh Zahra duduk ! Boleh gitu ??? Hahahahha..

Dia berlari masuk restoran cari mak dia.. Meraung situ gak.. Aku suruh wife keluarkan Zahra . Dia terus masuk duduk.. Pastu dia lap air mata dia.. Tak sampai 5 minit , dia turun balik.. dia senyum dan berlari lari dalam restoran tu..

Zahra ? Baru boleh duduk dalam tu.. Hahahah ! Adehhh .. Along sungguh !

Barulah dapat makan ketupat sotong dengan tenang ! hehehe.. Nampak sedap kan ? Memang sedap ponn…

You May Also Like

13 comments

  1. Sikap anak sulung memang macam ni kot kan?sangat protective barang dia. sama la mcm anak saya

    BalasPadam
  2. hahaha lucu qhaliff ni saje nk bg daddy pening.

    BalasPadam
  3. amboii...yg pnting dia masuk dulu...

    BalasPadam
  4. cemburu dengan ketupat sotong tu...ha ha ha... qhaliff kena rasmikan baru zahra boleh kaedahnya...

    BalasPadam
  5. Hehehe... Abg long punya kawasan tak boleh usik!

    BalasPadam
  6. Qhaliff nak rasmikan dulu ea..kan abang..hihi..

    BalasPadam
  7. Selesa kot Bugaboo Bee tu :D Cik Iman tengok pun Cik Iman rasa macam nak masuk sekali wakakakaka

    BalasPadam
  8. qhaliff ni ! dengki dengan zahra lettewww.... (terbayang muka Qhaliff puas hati kenakan adik dia)....huwawawa

    BalasPadam
  9. haha.. macam nilah si abg kan. anak saya pun sama juga. kesian si adik terpaksa beralah.

    BalasPadam
  10. along punya is along punya, angah punya is along punya, adik punya pon along punya. Itulah prinsip along anak sulung saya. haru!

    BalasPadam
  11. hehehe.. kelakarlah Qhaliff.. sib baiklah dak Zahra kecik lagi..
    ketupat sotong tu.. teringin nak rasa..

    BalasPadam
  12. Nasib 5 minit..kalau satu jam..hahaha...saje je tu qhaliff

    BalasPadam