TH Hotel & Convention Centre Terengganu
Akhirnya aku sampai jugak ke hotel yang baru setahun lebih ni beroperasi. Pada awalnya aku tak sangka la hotel ni begitu nampak ‘wow’ hanya disebabkan ada ‘Tabung Haji’ .. Ingat biasa biasa jer … Tapi bila sampai je situ , layanan staff di pintu hadapan saja dah buat aku terpikat ! Murah dengan senyuman , mesra dan sangat membantu !
Senibina hotel ni mmg buat aku kagum. Tetiba aku rasa macam tak percaya jer.. Rasa sayang pulak nak duduk sehari kat sini ! Nasib baik datang sini atas sebab kerja. Kalau tak , mau 3-4 hari gak duduk sini.
Layanan .. Aku boleh bagi 4/5 bintang. Kemudian naik ke bilik.. Masuk je bilik , terus aku … senyum ! Qhaliff lagi happy .. berlari sana sini dia ..
Kemudian aku periksa tandas dia .. Perghhh ! Cayalahhh … dia asingkan bilik mandi dan jamban.. hahaha ..
k
Aku puashati dengan keadaan bilik ! Aku nak try room service. Aku try , wife bayar .. haaa … best kan ?
Harga ? Standard hotel la tapi sedap ke tak ?? Aku cuba mee goreng dia .. Walah weiii ! Sedappppp ! Nasi ayam dia pon aku cuba ! Sememangnya berbaloi la nginap di hotel ni.
Dan di ruang legar , kita hanya akan dengar ayat suci Al Quran dipasangkan dengan perlahan .. Sejuk jer suasananya.. Huhuh… Memang mendamaikan la duduk sini ..
Ok.. apa daya tarikan untuk kanak kanak lak ? Kolam renang dia best ? Cer tengok gambar bawah ni dan bagitau aku jawapannya..
Rasa rasa best tak ? Heehehe.. tapi aku tak sempat nak gi mandi sebab kepenatan. Qhaliff dan Zahra pon abiskan masa dengan tidur jer.. Kang tak cukup rehat , demam lak.. kan ?
Dan , ada kolam muslimah yer .. Hanya untuk perempuan sahaja !!
Kesimpulan …
Qhaliff tak nak balik lagi !!! Tak puas lagi duduk sini.. huhuhu.. Semoga TH Hotel dapat kekalkan keramahan mereka dan kebersihan di hotel ini. Takde pekerja asing wooo ! Bagus kan ?
Harga ? Hehehe.. aku nasihatkan , guna Agoda ! Murah siut ..
7 comments
Wah wah wah ..sonok sangat sampai tanak blk tuuu ..ptut ler muncung
BalasPadamBest lah tu dapat tido hotel...hahaha
BalasPadam=)
http://seronoknyermelukis.blogspot.com
Abg Ben x sempat mkn steamboat dia ke......sedap.....sy dgn family suka steamboat kt sini......nxt time kna dtg lg tu.....
BalasPadamNampak best ni.. . Kalau ada rezeki nak pergi lah..
BalasPadamTerima kasih atas ulasan anda, saya adalah arkitek yang merekacipta bangunan ini, komen anda membuatkan saya berasa berbesar hati.. terima kasih sekali lagi...
BalasPadamNornizam Yusof
Project Architect
Memang best! Saya baru balik dari bercuti bersama keluarga di sini TH Hotel Terengganu 4H 3M. Betul apa yang Ben beritahu, suasananya selesa, bilik yang cantik dan besar. Anak-anak pun seronok.
BalasPadamnnti kalau g terwngganu meti nak stay sini.. pool dia tu memang buat anak2 lompat kegirangan okkk
BalasPadam