Bermula episod Unifi dan Celcom semakin sampah !
Berseri muka aku semalam bila wife kata orang orang Unifi nak datang pagi ni . Aku harap segala masalah internet aku selesai ! Dan Qhaliff boleh bermaharajalela dengan BenQ F5 dia tu.
Temujanji yang dibuat oleh pihak Unifi dikatakan pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Lega dengar.. Awal pagi lagi bangun. Tak sabar nak tengok smart tv aku ni berfungsi sepenuhnya !!! Rugi la dapat guna 10% jer .. kan ?
Jam dah menunjukkan . kul 11.30 pagi tapi bau orang orang Unifi lom tiba. Kul 1 petang ! Huhhh.. Gi solat Jumaat dulu.. Tertanya gak aku , kalau diorang datang lambat .. apakah tindakan yang boleh pemohon buat ? Kita dah tunggu sepanjang hari.. Tapi jangankan datang , tiada call pon dari mereka !
Lepas solat Jumaat.. Sampai je depan rumah , aku ternampak satu van putih datang menghampiri ! Apakah ini van putih yang dikatakan selalu culik anak anak kecik ? Oh no ! Apakah mereka nak culik aku ????
Aku pandang tepat mereka ! Sedia dah aku nak buka langkah persilatan yang pernah aku pelajari bersama ayah aku dulu , sewaktu menonton WWE bersama sama.. Buah Hulk Hogan tu ganas ! Recall buah penamat dia ! Ahaa..
“ Assalamualaikum.. Kami dari Unifi .. “.
Ahaaaa.. Memang la dari UNIFI.. Dah pakai baju Unifi.. Lom pernah lagi ada agen CIA atau FBI mengaku mereka dari Unifi.. Huhuhuh.. kan ?
“ Wsalam.. Jemput la masuk .. “. Senyum terukir walaupun dihati tercalar dek kelewatan ..
Penerangan mereka beri.. Pong pang pong pang .. Aku iyakan jer la.. Setuju jer dengan cadangan mereka.. Tapi kena pastikan kita faham yer dengan apa yang mereka cakap ! Haaa..
Bukak pintu belakang .. mereka pun start buat kerja. Aku duduk di ruang tamu sambil membebel di Whatsapp dan Facebook.. Dan tak lama kemudian ..
"Bang , ada masalah .. Dalam sistem port utk alamat no 41 tp yg kt sini 47.. Lain alamat dan port ni pon penuh ! Kami tak boleh nak buat lg.. Kena report ke HQ pastu buat appointment lain.. ". Salah seorang juruteknik kontraktor tu bagitau aku.
Apa lagi aku nak kata ??? Tapi menariknya , diorang kata diorang tunggu dari kul 12.30 untuk pemasangan ! Call tak jawab.. Eh , eh ?? Nape lak 12.30 ?
Katanya dlm email yang dia dapat , pemasangan dr jam 130 hingga jam 7 petang ! Sebaliknya yang aku dan wife diberitahu adalah 9.30 hingga 12.30 tengahari ! Hahahaha ..
Nak tak nak , aku kena tunggu Unifi buat temujanji sekali lagi ! Hahahahha … 2 minggu lagi .. Perghhh ..Sehari aku perlu reload RM30 untuk 2GB internet ! Lagi 14 hari ????
Aku rasa baik aku beli saham Unifi dari melabur kat Celcom yang semakin sampahhhhhh !
4 comments
haha..penat menunggu sudahnya tak boleh pasang jugak..kesian Qalif nak online guna BenQ dia tak boleh..
BalasPadamAkak nasihat ben sendiri complain pada unifi sbb akak pun hadapi masalah yg sama... tak sabar akak sendiri call dan sendiri hantar email ke hq.... dan mereka segera buat
BalasPadamjgn tunggu Ben, baik awk buat report dan call dorg hari2...nanti dorg akan buat keje cpt sikit..kasi mrh sikit bru dorg buat keje cpt..suami sy biasa buat cmtu hehehe
BalasPadamYe.. sebabnya yg dtg pasang tu company yg sub dgn unifi kan.
BalasPadamdiorg ni tggu arahan je.
kalau arahan dr company cepat, diorg dtg je dgn cepat.