Sememangnya aku ingin Malaysia tewas , semalam !

by - Khamis, Disember 18, 2014

 

Seperti dijangka ! Aku rasa ramai gak jangka begitu ! Malaysia tewas di tangan pasukan muda Thailand , 2-0. Satu bekalan yang cukup selesa bagi pasukan Thailand bila bertandang ke Stadium Bukit Jalil nanti..

Kenapa aku nak Malaysia tewas ? Kalau tengok dari pusingan awal hingga ke separuh akhir , Malaysia suka sangat bangkit pada keadaan terdesak ! Bila dalam keadaan gitu , mereka umpama harimau ! Berusaha mengejar mangsanya ! Dapat tak dapat , tu belakang cerita… yang penting , usaha !

Pastinya peminat peminat atau penyokong setia pasukan kebangsaan kita akan terasa berbaloi beli tiket yang dikatakan mahal itu kerana Harimau Malaya akan turun berjuang berhabis habisan bagi mendapatkan gol ! Tak dapat gol , mereka kalah !! Hehehe.. Nak tak nak kena usaha la abis abisannn ..

Bayangkan kalau mereka menang tadi.. Aku rasa game di Bukit Jalil akan jadi boring giler ! Kenapa ? Sebab pasukan negara akan bertahan jer .. Sesekali je serang.. Tu pun rembat dari jauh ! 2 gol tu cukup selesa yer !

Harapan aku .. Tahun depan dan tahun tahun seterusnya , gunakanlah pemain berusia 25 tahun ke bawah untuk kejohanan kejohanan besar seperti ini dan yang lain ! Jangan peram !! Dah tua baru nak turunkan.. Pengalaman apanya.. Kecik kecik dah hantar sana sini untuk kutip pengalaman.. Takkan cukup cukup lagi.. Antar ke bulan je la kot , baru cukup ..

Apa pun keputusan .. aku tetap kena bayar cukai GST tahun depan !

You May Also Like

5 comments

  1. kalau menang.. maka di bukit jalil akn jd agak hambar.
    kini nak tunggu sabtu pun berdebar...
    huuuuu.... entah boleh entah tidak. pertahanan thailand mark kaw2..

    BalasPadam
  2. Ayat last tu xbleh bla btl...huhuhu...

    BalasPadam
  3. dah betul tu...diorang ni mcm hero hindustan gamaknya.... tp x kisah laa...kita nantikan bangkit ke x

    BalasPadam