Perlukah aku berhenti blogging ?
Sakit belakang ! Tiap kali aku nak berdiri selepas duduk terlalu lama , aku pasti kena tunggu lama sedikit. Hurmm.. Aku google dan aku dapat jawapannya !
Faktor kedudukan badan ketika duduk menyebabkan jadi gini ! Jangan pandang remeh cara kita duduk bila buat kerja atau ketika mengangkat benda berat !
Berikut adalah infomasi yang aku amik dari blog KeluargaBaru.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di University of Waterloo, Kanada menunjukkan duduk lama boleh mengakibatkan saraf tunjang tegang, meningkatkan risiko kecederaan bahagian bawah tulang belakang. Ini boleh mengakibatkan sakit belakang semasa duduk.
Dalam kajian lain pula menunjukkan, duduk dalam jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan postur tulang badan menjadi abnormal, otot bahagian belakang cepat tegang dan sakit. Cara duduk yang paling berisiko ialah semasa duduk di hadapan komputer kerana posisi ini memberi tekanan yang kuat kepada tulang belakang.
Bagaimana cara mengatasinya?
Hiduplah secara aktif! Jangan biarkan anda serta keluarga anda banyak menghabiskan masa di hadapan skrin telefon atau televisyen. Anda pasti tidak mahu anak anda yang masih kecil mempunyai tulang belakang yang lemah atau postur badan tidak normal. Mungkin anak anda sekarang tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi mungkin kesan akan muncul dalam jangka masa yang panjang.
Bersenam sekurang-kurangnya 15 minit (tanpa henti) 3 kali seminggu. Kalau anda tidak mempunyai masa beriadah, cuba jadikan aktiviti harian anda seaktif yang mungkin. Sebagai contoh menaiki tangga berbanding dengan lif, berbasikal atau berjalan kaki apabila hendak ke tempat yang dekat. Kurangkan penggunaan kereta.
Anda juga patut menghadkan masa anak-anak anda menonton televisyen, bermain permainan video atau melayari internet. Ajaklah keluarga anda beriadah pada hujung minggu. Bukan hanya keluar makan dan menonton wayang!
Aktiviti fizikal dapat menguatkan otot yang menyokong tulang belakang sekaligus mengurangkan risiko sakit belakang.
Posisi duduk yang betul juga sangat penting bagi mengurangkan risiko sakit belakang. Terutamanya kepada mereka yang bekerja di pejabat, di meja komputer selama 8 jam 5 hari seminggu.
- Gunakan kerusi ergonomik: kerusi pejabat Dinamik
- Pastikan kaki mencecah lantai – rendahkan paras kerusi
- Pinggang harus lebih tinggi atau separas dengan lutut
- Letakkan lengan di atas pemegang kerusi
- Bersandar dengan tegak tetapi selesa pada belakang kerusi
- Jangan duduk statik terlalu lama. Lakukan regangan ringkas setiap 20 minit. Kalau boleh berdiri atau berjalan sedikit.
Hurmmm .. Aku lama sangat berhenti workout. Dan terlalu kerap gunakan kereta berbanding berjalan kaki ! Dulu , setiap hari aku bersenam dan berjalan kaki..
Dari blog Rosacalla yang memetik dari artikal Harian Metro pula menyatakan bahawa kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.
Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.
Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.
Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.
Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang.
Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah: - Obesiti
- Merokok
- Tekanan
- Keadaan fizikal tidak elok
- Postur badan yang salah
- Posisi tidur tidak elok
- Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur
Ok.. jom tengok cara duduk yang betul ketika mengadap komputer dan juga cara mengangkat barang !
Jangan sesekali duduk macam ni atau korang akan sakit belakang ! Bila sakit belakang , terus terang .. nak buat apa pon payah ! Jangan pandang remeh !
Dan ketika angkat barang …
Apakah aku perlu berhenti blogging atau beli meja kerja serta kerusi duduk yang lebih elok berbanding cara kerja aku sekarang memandangkan inilah punca pendapatan utama aku ! Hurmm..
Apa pun .. aku kena pergi dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu..
6 comments
perkongsian ilmu yang bagus..
BalasPadamnice sharing..
BalasPadamBA, pgi cari kerusi ergonomik cecepat :) & jgn lupa minum susu anlene ;p
BalasPadamFUh tajuk ingat abg ben majuk x nk berblog da. hehehe
BalasPadampape pun info abg ben bg tu debaek !
Nice one. Ilmu baru. Tapi jangan berhenti blogging plsss sifuku
BalasPadamlaaa.. x kan sampai nak berhenti blogging... bukan abg ben rajin bersenam ke?
BalasPadam