Bila GST bermula ..
Aku gi Alamanda tadi untuk cari barang dapur dan nak belanja keluarga aku skit.. Seperti biasa , pasti akan pening untuk makan tengahari. Nak makan kat mana eh ? Pandang wife , wife pandang aku..
“ Cam biasa la bang.. Secret Recipe. “.
Hurmm.. belasah je la.. Aku tak kisah sebab Secret Recipe sememangnya pilihan aku dari dulu. Cepat , bersih dan sedap. Takda masalah untuk aku..
Aku pegang menu dan belek.. Tetiba aku terkedu.. Terbeliak jap bijik mata !
What da ???? Hapa ???? Makanan feveret aku dah bernilai RM21 ??? Sejak bila ni ??? Adoiyai.. Aku tanya adik yang serve kitorang tu..
“ Dik.. sejak bila harga makanan ni naik ? Harga ni dah ditambah GST ke ? “.
“ Aah.. Minggu lepas lagi… “.
Patut la minggu lepas makan pon harga dalam RM70++ walhal makan berdua jer.. Kalau tak , mesti dalam RM50++ jer.. Hurmmm.. Cepatnya diorang kenakan GST ? Takkan seawal ni ? Hurmm.. Tapi sememangnya aku dah diberitahu akan ada barangan ditambah GST pada awal lagi agar bila masuk APRIL , pelanggan tak terasa kenaikkan walhal dah naik pon sebelum tu !
Fuh.. Makanan sedap.. Takde pengurangan pada rasa tapi tetap akan berkira semula selepas ini kalau nak makan luar atau makan di restoran ! Hurmm ..
Selesai makan dan .. Mintak bil ..
Tiada lagi cukai jualan.. Sebab cukai dah dikenakan pada setiap item ! Setiap item yer ! Bukan jumlah yer.. Bukan jumlah seperti sebelum sebelum ni ! Ini bermaknaaa .. bermaknaaa korang pk la sendiri..
Hurm. Gov tax ? Tu korang fikir sendiri la yer.. Gi dapatkan jawapan sendiri .. Patutlah tak ramai orang tadi kat SR Alamanda. Ke sebab belum gaji atau ramai ke IOI Mall ? Aku rasa .. sebab makanan dah mahal ! Apakah kesan jangka panjang ? Apakah rakyat kena bijak berbelanja ? Camana nak menjana ekonomi negara kalau rakyat mula menyimpan duit di rumah memandangkan simpan di bank pon , pengeluarkan akan dikenakan charge juga ? Aiseman.. Lemau gini weh !
Abis tu iklan GST kata .. Hurmmm.. Entah laaa .. Aku malas nak kata lebih.. Korang gi la buat kajian sendiri.. Aku , nak makan budu ngan nasi kosong je kat rumah .. Jimat weh ! Simpan duit untuk masa depan.
Kononnya.. Huhuhu… Wallahualam ..
Sila baca komen komen di SINI
14 comments
hmm kami yg rakyat marhaen ni lagi rasa abg ben oii..
BalasPadamjimat tuh makan nasi ngan budu jer..
BalasPadambak kata iklan GST kat radio lah bang "GST itu cantik" celah mana tak tau...
BalasPadammemang terasa sebb kebanyakkan kedai dah implement 6%, semalam gi makan cucur udang, semangkuk mee, 2 gelas minuman charge rm33.40 sen...lepas ini mmg kena kurangkan mkn di luar lah.
BalasPadam@izzeyda
BalasPadamTak cukup khasiat nanti hehe :D
setiap item ? dasyat ..Gst.." lebih banyak yg turun dr yg naik kunun" huhhuuhuhu masak mcm ni
BalasPadammacam mana nak berjimat kalau sekali sekala nak makan sedap punyalah mahal...
BalasPadamHuhu... sedih sgt rega makanan naik...even sy yg kje kt klcc pun trasa sgt2 dgn hrga naik ni uwaaaaaaa
BalasPadamHuhu... sedih sgt rega makanan naik...even sy yg kje kt klcc pun trasa sgt2 dgn hrga naik ni uwaaaaaaa
BalasPadamHuhu... sedih sgt rega makanan naik...even sy yg kje kt klcc pun trasa sgt2 dgn hrga naik ni uwaaaaaaa
BalasPadamHaih, this is terrible. From what i know gst suits negara yang ekonomi nya dah bagus. But kita? Hmmm malas nk ckp
BalasPadamnangis..makan kat rumah je la nampaknya.
BalasPadammemang akan ada barang yg naik harga dan ada yg turun harga.. tapi lebih ditekankan... statement ' harga akan turun sedikit'... yg naik harga tu, tak berapa canang sangat...
BalasPadamharga makanan kat SR macam mee tu dalam lingkunga RM 15 ++ je.. apesal naik sampai RM20?
BalasPadamGST tu sama je ngan Service tax yg sedia ada sebelum ni.. 6% jugak... cuma tukar nama je and lebih menyeluruh terutama bagi produk yg melibatkan proses pengilangan.
tu yg sy faham tentang GST...
tapi harga SR tu melampau sangat lah... RM5 beza tu...huiihh...