Tak dapat zakat , terus sentap !

by - Khamis, Julai 23, 2015


Amboii.. sedap benar bantai Pusat Zakat eh ? Yang tukang viralkan pon satu hal… main sebar kan jer ! Seronok gituuu.. Dapat apa ? Supaya Pusat Zakat dapat buat kerja betul betul ? Apa kata gi mintak jer kerja ngan diorang ! Tak layak ? Tau pun.. Ingat semudah tu nak pegang amanah orang ? Apa ?? Layak ?? Tapi diorang tak nak terima ? Gi je jumpa pegawai atasan ! Bagitau kenapa diorang patut terima ko tu bekerja dengan Pusat Zakat ! Bagitau la yang diorang tu buat kerja tak betul !! Tak amanah ! Haa.. Sembur je apa saja nak sembur asalkan dorang terima ! Jangan lupa rekod sekali sebagai bukti… Senang gituu.. Ada bukti , aku leh tolong sama viralkan betapa Pusat Zakat atau Lembaga Zakat ni tak nak terima orang berkelayakan bekerja dengan mereka walaupun gaji rendah ! Haa ? Ingat keje ni gaji tinggi ke ?? Eh… tak ! Gaji tak mewah pon..
Intro yang agak ganas eh ? Bukan apa.. Aku tengok , ada media online  yang bukan blogger sedap je dok bantai atau smash Pusat Zakat ni ! Jangan main smash jer , kena la gak tau prosedur dan protokol bab ni.. G dapatkan maklumat , baru lah tulis di blog. Baru adil ! Jangan nak rembat trafik free.. Nak tambah dosa ke ? Sian kat mereka yang bekerja dengan ikhlas dan jujur di Pusat Zakat / Lebaga Zakat tu..
Tak dinafikan.. Kalau korang nak kata Lembaga Zakat ni banyak songeh la.. banyak karenah birokrasi laa.. Mesti tau kenapa dan mengapa ! Cuba gi duduk dengan mereka dan bertanya.. Pastu bagi cadangan penambahbaikan seperti mana aku dan rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dengan Lembaga Zakat Selangor buat ! Alhamdulillah , kami dah berjaya bantu selesaikan beberapa kes bersama. Sekurangnya kami berjaya memainkan peranan membantu dari asyik pandai mengkritik tapi nak turun membantu.. hurmm..
image
Aku ni bukanlah nak backup sangat mana mana Pusat Zakat atau Lembaga Zakat tapi jangan la nak pukul abis semua sekali ! Ibarat kalau kerajaan kenakan GST , semua penjawat awam turut bersalah ! Haaaaa.. Mau bijak sikit bila smash tuu.. Malu kita nanti dengan mereka yang bukan Islam. Mereka memandang.. Ada yang nak masuk Islam tapi bila dok tengok perangai orang Islam skang ni, buat mereka terfikir fikir dengan keputusan mereka.. Hurmm..
image
Ayah aku pernah mohon bantuan Baitumal untuk settlekan kos pembedahan kanser dia.. Pada mulanya memang sukar sikit.. Maklumlah tak tau prosedur.. Tapi bila dah tau prosedur, senang terus .. dan selesai pon kos pembedahannya.. Maklumlah , kami ni bukan orang senang ! Aku pun bukan kaya ! Bila dah tak mampu , jangan la banyak songeh ! Kita nak mohon bantuan.. nak mintak duit pemberi zakat ! Kena la tau yang mereka tu penjaga amanah. Kalau semudah tu main bagi jer , jawabnya tak sampai seminggu.. abis laaa duit zakat ! Macam BRIM pada awal dulu.. Main bagi je sapa datang mintak ! Bila dah dapat , gi open table ! Beli kredit handphone.. Tukar handphone.. Belanja  awek laaa.. Iskhhh….
Kelmarin ada sorang hamba Allah mesej aku di whatsapp.. Dia nak mohon bantuan zakat untuk anaknya.. Dia ceritakan masalahnya pada aku dan aku forwardkan pada pegawai LZS yang aku kenal. Kemudian dia forwardkan pada pegawai yang sepatutnya untuk mendapatkan penjelasan.. Dan pagi ni , hamba Allah tu pergi sekali lagi ke Lembaga Zakat Selangor untuk memohon sekali lagi dengan ‘info’ yg dia tau.. Sebelum ni dia g main mintak jer tanpa tau apa apa maklumat. Nak bertanya pon tak reti sangat camana.. Tapi kali ni dia tau camana nak bercerita dan .. Alhamdulillah , dia dapat bantuan yang dia nak tu !
Bayangkan.. datang seorang lelaki sado..sihat tubuh badan dan berkata begini pada anda ..
Bang , saya lapar.. nak makan ! Bak RM10 ! “ .
Nak bagi ke tak ?? Apsal tak bagi ?? Mesti tergaru jap kepala.. Bukanlah tak boleh bagi.. Boleh je bagi tapi mesti nak tau apa cerita sebenarnya kan ? Apasal ko mintak duit orang walhal ko sihat ! Sado lak tu ! Cer cerita skit .. Nak gak tau.. kot kot leh tolong viralkan kat media sosial !
Kita kena tau.. Kalau ada pegawai Zakat yang banyak songeh , gi la cari pegawai lain.. Ingat kat situ ada sorang dua je ke kerja ? Mesti ada sebab musabab punya ! Kenapa dia tak layak dapat atau kenapa dia patut dapat ! Haaa..
Bukan apa.. ada kes tipu duit Zakat ni ! Aku tak nak cakap pasal penipuan ni.. Gi la godek sendiri ! Buat la usaha sama dengan mana mana Pusat Zakat atau Lembaga Zakat dan bantu la mana mana asnaf yang korang rasa layak , terus ke pihak sepatutnya ! Bukan update dalam blog untuk memburukkan atau menjatuhkan maruah mereka yang berkerja di bawah Pusat Zakat ni.. Kalau diorang semua berenti kerja , sapa nak uruskan semua ni ? Korang ke ??? Hehehe.. Gaji ciput je bang.. Bukan gaji menteri ! Ada ke nampak pegawai zakat pakai BMW ? Tapi suruh kerja non stop cari asnaf atau fakir.. Ingat diorang tak de keje lain ke ? Diorang nak kena urus rumah kebajikan.. tabung pendidikan lagi.. banyak wooo ! Kakitangan tak banyak ! Maklumlah , nak tambah kakitangan lagi , kena guna duit rakyat lagi.. Sapa nak bayar kan ? Kita gak kena bayar ! Bukannya ada sungai duit atau pokok duit ! Petik dan bayar gaji ! Kalau gitu punya senang.. kan kan ?

Ok .. meh aku bagitauuu .. Lembaga Zakat ada buat cara mudah ! Kalau ada sebarang maklumat , gi je pm ke fan page LEMBAGA ZAKAT SELANGOR. Andai kata luar daerah Selangor sekali pon , cuba la mintak tolong mereka. Seperti aku mintak mereka rujuk satu kes di Pulau Pinang. Mereka akan hubungi pegawai di sana dan bagi info.. InshaAllah…

Tak perlu nak marah marah.. Kalau kita amanahkan hak kita pada orang lain untuk beri pada orang lain , pastinya mereka akan memikulnya dengan cermat , jujur dan paling penting sampai ke mereka yang selayaknya ! Kan kan ?

Sebagai blogger yang bijaksana , korang pun tahu dah.. Menghentam bukan menyelesaikan masalah.. Mereka perlukan infomasi dan kita berikan pada mereka. Kita buat kerja kita dan biarkan mereka buat kerja mereka ! Permudahkan.. InshaAllah..

Dah bayar zakat ke ? Bukan zakat fitrah..Zakat harta.. zakat pendapatan.. Banyak tauuu ! Ingat zakat tu cuma ada zakat fitrah je kee ? Huhuu .. Zakat Perniagaan , Zakat Wang Simpanan , Zakat Emas/Perak , Zakat Saham , Zakat KWSP , Zakat Pertanian , Zakat Penternakan dan Zakat Ma’adin, Kunuz & Rikaz .. Amacam ? Dah ? Nak tau lebih lanjut , leh je ke Jenis Jenis Zakat ..
Bayar zakat tau.. Hehehee..

You May Also Like

6 comments

  1. Well said ben. Jangan nak asyik hentam je, sedangkan diri sendiri pun tak banyak membantu. Kalau rasa pihak berwajib kurang menjalankan peranan, then pi laa turun padang tolong apa yg patut, bukan dok jadi keyboard warrior ja

    BalasPadam
  2. Biasalah ben..org lagi suka viral dari check procedure to apply..semua cari publisiti murah..pas tu salahkan pihak terbabit padahal diri sendiri x usaha..letih org macam ni

    BalasPadam
  3. Bagus dengan penerangan Ben nie,mintak yang dok hentam2 tu,baca entry nie bagi paham..

    BalasPadam
  4. Viral benda tak sahih memang tak elok, fitnah namanya. Tapi bab urusan agihan zakat memang kena tambah baik lagi.

    BalasPadam
  5. Btul aben. Sebab cerita tak betul, ramai tertipu bukan senang pgg duit amanah ni.

    BalasPadam