Berakhirnya era jam tangan ?
Setiap kali aku lalu kedai jam , aku pasti akan berhenti seketika. Melihat keindahan dan keunikan ciptaan jam tangan yang berada di dalam kaca pameran kedai tersebut membuatkan aku menelan air liur ! Cantik cantik belaka !
Aku minat jam. Tapi aku tak minat nak jadikan koleksi. Aku gemar pakai jam hingga jam tu rosak atau ada penganti baru.. maka jam tu aku akan simpan terus.
Dan kehadiran pelbagai smart watch di pasaran sekarang ni membuatkan aku terfikir.. apakah zaman kegemilangan jam tangan berenjin akan berakhir ? Tak kira la analog atau digital… akan digantikan dengan smart watch yang mampu buat macam macam perkara ! Malah antaramuka jam tu boleh berubah berubah.. tak la boring kan ?
Semalam , aku tonton satu youtube mengenai smart watch dan paling gempak ialah dari LG ! Huhuhuh.. Sememangnya telefon pintar LG pon ketahui umum , mmg gempak terutama kameranya ! Sayangnya , susah nak dapat telefon pintar berjenama LG ni..
Ok.. ni smart watch LG ! Lagi gempak dari Apple punya yer !
Kelebihan ? Perghhhh.. dasat ! Dasyat dasyat ! Kalau tak mengenang aku baru rembat treadmill , aku confirm beli online dah ! Huhuh..
Tapi yang ni gempak ! Yang atas tu , kalau aku bawak BMW.. sesuai laa.. hehehe .. Yang bawah ni sesuai dengan aku..
Dia ada , ‘ Ok Google’ .. Macam SIRI Iphone laa… Bagi arahan pada jam tu.. dia buat la kerja dia.. GPS pon ada..
Dan yang ni penting untuk aku yang semakin kerap lupa jadual harian !
Hurm… jangka hayat pon lama dah skang ni smart watch.. balik umah , charge ! Senang citer..
Kalau korang , korang masih nak guna jam tradisional atau yang moden gini ? Teringat aku pada James Bond. Dah jadi kenyataan , kan ?
Spesifikasi jam ni ?
OS : Android Wear
Paparan : 1.3” Full Circle P-OLED
Dimensi : 46.4 x 53.6 x 9.7 mm
Berat : 62 g
Bateri : 410 mAh
Processor : CPU Qualcomm® Snapdragon™ 400, 1.2GHz
Bluetooth® : 4.0
Jumlah Internal Memory : 4GB eMMC* ( memory up to 3 GB), 512MB RAM
Sensors : 9-Axis (Gyro, Accelerometer, Compass), PPG (Heart rate monitor), Barometer
Kalis Debu & Air : IP67**
Harga je aku tak tau.. heehhe .. Amacam ? Menarik ?
6 comments
Kalau SA pilih yg design modern..jam adalah keperluan..kalau xde jam rasa x complete....
BalasPadamHaruslah menarik..ada gps,,reminder..wah..
BalasPadambagus jam ni...heheh..tp sy dah lama tak pakai jam sejak form 5
BalasPadamMenarik, serius baru tau. Feel superhero la pakai jam ni
BalasPadamLG ni memang best.. tapi baru tau ada juga jam jenama ni
BalasPadamterbaik.
BalasPadambut tu la, byk la plak gajet karang :)
aida & mr.asben kolot skit.
masih pakai jam lama.
beli la jugak jam lain, but both of them masih lagi connected to jam yg kami beli sama2 2006 yg lepas.
masih maintain, just tuko bateri aje.
nanti nak share jam yg ben citer ni dgn mr.asben.
dia confirm kurang berkenan ~ old school sangggaaattt dia tu :)