Cafe Cerita Kambing di Shah Alam !

by - Isnin, November 23, 2015

 

Kalau aku di Shah Alam , Cafe Cerita Kambing pasti menjadi tumpuan aku makan tengahari bila aku teringinkan makanan yang sedap dan bersih ! Haaa.. meh aku cerita..

Semalam , aku dan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ke Anggerik Mall , Shah Alam. Tujuan , hanya satu.. nak review kedai makan bernama Cafe Cerita Kambing yang terletak di tingkat 1 , Anggerik Mall. Ala , kat food court dia.

image

Menurut rakan yang offer job ni , masakan kambing Chef Zakaria ni sedap ! Haaa ! Tu yang aku bersungguh nak pergi sangat tuuu.. Maklumlah hantu kambing !

Jam 11.30 pagi , seperti yang dijanjikan.. semua rakan blogger sampai tepat pada masanya dan tak sabar nak rasa masakan Chef Zakaria dan isterinya. Apakah benar sedap ?

image

Sementara menunggu juadah disiapkan , aku berbual dulu dengan Chef Zakaria. Katanya , Cafe Cerita Kambing ni baru je beroperasi. Dia lebih pada bisnis cateringnya. Setiap minggu ada je tempahan dan menu utamanya adalah KAMBING ! Apa saja masakan kambing , dia akan buatkan.. Mana mana yang berminat nak tempah , terutamanya yang nak buat aqiqah , boleh tempah masakan darinya ! Kena tempah awal awal yer.. hehehe.

image

Membantu menyediakan masakan di pagi itu ialah isterinya yang sangat sporting dan peramah ! Dua dua laaa peramah ! Memang selesa bila duduk berbual dengan diorang ..

image

Masa untuk makan dah tiba.. masing masing beratur .. ala ala buffet la katakan.. Dan menikmati juadah..

Aku amik nasi beriani dan ayam masala. Tak ketinggalan ada ayam masak merah dalam pinggan aku ! Sungguh menyelerakan sama sekali ! Nasi beriani dia.. perghhh ..

image

image

Alhamdulillah , sedap ! Selain ada nasi , ada mee kari dan mee jawa. Menurut Chef Zakaria , juadah yang disajikan pada kami ni , sikit je. Ikutkan banyak lagi ada cuma tak berkesempatan nak buat.. Bagi aku ni pon dah banyak !  Sedap sedap belaka..

Sebelum balik , aku tapau kambing bakar ! Hahahaa.. Sedap kauuu ! Lembut jer rasa..

image

Harga ? Murah jeee.. serius ! Tak la seringgit dua.. Macam nasi beriani kambing tu , dalam RM12 kalau tak silap aku. Ok la kan ? Tempat bersih.. suasana makan pon tenang..

Bagi yang minat kambing , sila ke Cafe Cerita Kambing. InshaAllah puashati punya… Tak caya , g rasa sendiri !

Ok.. bagi yang kaki makan , jangan lupa turun Shah Alam untuk ke Pesta Makanan Anggerik Mall minggu depan !

image

Bagi yang berminat nak buat tempahan , boleh hubungi Chef Zakaria atau isterinya , Puan Noraziah atau Chef sendiri seperti yang tertera di dalam gambar di bawah..

image

Tak nampak ? Nak bermanja la tuuu..

Chef Zakaria : 011 3176 0227

Puan Aziah :  019 2816 308  ( tel )  | 019 3531 320 ( whatsapp )

Atau boleh ke Facebook mereka iaitu di Nor Aziah Dahari atau Endau Briyani Caterers.

image

Bergambar kenangan sebelum pulang.. hehehe.. Puashati ! Berbaloi aku datang jauh jauh nun dari Sepang..

You May Also Like

16 comments

  1. Pasti nak kena try ni... menu kambing....nasi beriani...pergh my faveret......

    BalasPadam
  2. Terliuq tgok kambing tu..kat sini tak ada

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..sendawa kambing pagi ni..huh terbaik.

    BalasPadam
  4. Kambing bakar tu menggiurkan.... Nak pergi makan lg.... 😁😁😁

    BalasPadam
  5. sesuai betul bagi peminat kambing

    BalasPadam
  6. Suami suka makan kambing, tp julia kena hati2 nak makan daging kambing hehehhe, nampak sedap

    BalasPadam
  7. Nasi beriani dia sedap..lembut.. Makan gitu je tak yah lauk pun boleh layan.

    BalasPadam
  8. nampak pon memang Sedap. Kalau harga beriani kambing RM12 dah kira ok dah tuh.. yang penting sedap dan tempat bersih.

    BalasPadam
  9. Konpem kena singgah sana bila pi Shah Alam

    BalasPadam
  10. memang sangat sangat puas makan.. sedappp

    BalasPadam
  11. Uiii..terbaca pulak entry ni..Huh! Sungguh nampak sedap!! Kambing pulak tu..adoiii

    BalasPadam
  12. Assalammualaikum...

    Alhamdulillah dan Terima kasih diatas kesudian Sudara Ben n team ke Cafe Cerita Kambing.

    Syukur yg hanya dapat kami lafazkan kerana Rakan2 semua berpuashati dgn Juadah yang kami Sajikan.

    Sesungguhnya yang baik dari Allah,yang buruk dari kesilapan kami.


    Kpd Sahabat2 yg ingin menikmati Sajian Sunnah ini,Jemputlah datang ke Cafe kami di Anggerik Mall,Shah Alam.

    Jazakallah

    BalasPadam
  13. memang wajib cuba,try tau sedap oiii

    BalasPadam
  14. Memang puas hati makan kat sini. Sedap! HEhe

    BalasPadam
  15. Sedap dan owner kedai sangat baik.Paling suka laksa johor dia. Sedapnya!!

    BalasPadam