Jenayah tak kira tempat dan mangsa !
Hurm.. bunuh dan rogol. Suspek , warga asing ! Punca ? Tak pasti lagi.. Tapi perhatikan persekitaran rumah kita.. Apakah peluang peluang yang ada membolehkan berlakunya jenayah terancang ?
Hurm.. Contohnya.. jika di kawasan peruamahn kita ada buat ubahsuai .. pastikan segala peralatan di simpan dengan baik . Jika tidak , ianya boleh disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ! Tuan rumah dan jiran harus peka bab ni. Adalah perlu saling mengingati dan berwaspada. Jangan hingga berlaku kejadian tak diingini , barulah nak menyesal ! Kena fikir panjang.. Sama sama menjaga keselamatan !
Bayangkan tangga yang terbiar ini digunakan untuk masuk ke rumah ketika tuan rumah takde. Orang luar nampak ingat , kerja kerja renovation sedang dilakukan walhal ? Nampak tak permainannya ?
Terbaru yang aku dapat mesej bergambar dari rakan di Whatsapp.. Aku tak pasti kesahihan tapi ianya tak mustahil boleh berlaku memandangkan di negara kita sekarang ni , macam macam perangai manusia ada .. dan di luar jangkaan !
Maka , wahai teman sekalian, sila berhati hati.. Bila turun dari kereta.. bila berseorangan.. mintak pertolangan darii Allah. Hati hatilah ..
Yang suami pon.. janganlah ‘lepas’ isteri bersama anak 100% ! Kena kena la jugak amik sikap bertanggungjawab. Ada suami , lepas kerja.. terus melepak ! Malam baru balik.. OT kononnya.. hurmm.. Tinggalah anak ngan bini berdua kat rumah..
Yang kaki media sosial.. jangan la dok gatal gatal update bagitau dunia mengenai apa korang buat ketika ini.. kalau dok makan , amik gambar makan tu ok dah.. Tak yah bagitau keseorangan la.. Haa.. Tu cari pasal namanya !
Semoga Allah lindungi kita semua ..
4 comments
tu la..seriau sekarang ni..D
BalasPadammacam macam hal sekarang. kadang tu takut nak pergi kedai ngan anak. abih tak kan tak masak kita ni? mintak dijauhkan lah
BalasPadambimbang dengan dunia sekarang...
BalasPadamsedihnya..betul..mesti lebih berhati hati..
BalasPadam