Kenapa aku terlena ketika menonton Avengers : Infiniti War untuk kali kedua ?
Lepas meeting pagi tadi di Q Sentral , aku ada banyak masa lagi sebelum nak ke PNB Perdana Hotel untuk review buffet Ramadan. Meeting tadi dalam 45 minit jer. Mudah dan ringkas. Pantas dan santai. Cepat jer.
Teringat yang aku tak sempat abiskan movie Avengers kelmarin, maka aku rasa aku nak tonton buat kali kedua kalinya.. seorang diri ! Biasa dah layan sorang diri ! Check aplikasi GSC. Ok..aku amik show kul 12 tengahari. Pastu beli pop corn dan Sneakers. Feveret aku untuk hilangkan penat atau ngantuk ! Moga tak tidur dalam panggung lagi ! Hahahaa..
Aku masuk 12.05. Citer belum mula lagi. Hehehe... Penonton boleh dikira. Yelah , waktu kerja la katakan. Heheheh... Syok keje sendiri kan ? Huhuhu.. Tak syok ialah kais pagi makan pagi. Hee.. Ada pro n con la gitu. Melainkan bisnes juta juta la... cam Tony Stark giteeew ! Huhu..
Duduk. Port best. Makan sneakers dan layan ice lemon tea ! Yummy. Ok.. citer start dah ! Terus mata aku terkebil kebil ! Jadah apakah ini !!! Apasal automatik ngantuk ??? Aku cuba lawan mata.. aku gagal. Aku terlena dan berharap akan jaga sebelum babak semalam.. yang aku terlepas tu !
Yearghh... aku terjaga juga pada babak tu dan berjaya abiskan sehingga selepas kredit ! Ok... aku tau kenapa ! Sememangnya yang ni memang 'mengantukkan' aku sebab banyak dialog ! Segalanya adalah untuk 'akan datang' punya ! Hurmmmm...
Nak kata aku penat sangat tu , pon ye gak tapi lepas abis je movie tu, aku cerah jer mata ! Takda unsur unsur mengantuk sama sekali pun.
Cerita best ke tak ? Cerita memang best la...Babak lawan pon puashati. Cuma aku kesian kat si Thanos tu jer.. niat dia baik cuma cara je la tak betul.. kan ? Hehehehe
Jom tengok siapa si Thanos ni..
4 comments
Babak lawan puas hati kira best la...
BalasPadamBabak lawan puas hati kira best la...
BalasPadamBab byk ckp atau byk dialog tu dah tak best. Tp kdg abaikan je. Sebab nak tgk action dorang tu. hehe
BalasPadamAlaaa bilalah dapat tengok ni, tunggu keluar kat Astro Best jelah.
BalasPadam