Qhaliff dah berusia 6 tahun. Zahra, adiknya dah 4 tahun. Masing masing dah petah berkata kata walaupun masih ada pelat lagi. Namun suara hati mereka perlu dititikberatkan terutama Qhaliff yang dah mula bersekolah walaupun tadika , adakalanya dia mengambarkan betapa dia memerlukan bersama keluarganya.
Aku memerhati dalam senyap tindak tanduk mereka. Belajar mengenali mereka. Ditambah lagi dengan ilmu yang aku baru perolehi di The Parenthood yang aku hadiri beberapa minggu lepas , aku gunakan dengan sebaiknya.
Jangan persiakan setiap saat bila bersama anak-anak !
Masa berlalu begitu saja. Kita sedia maklum , kita sendiri pernah jadi ' anak-anak kecil'. Ditanya kembali apakah saat saat paling indah bersama ibu bapa kita , pastinya akan termenung sejenak.Terlalu banyak ? Tak ingat ? Atau takda ? Jangan ingat bawa pergi bercuti saja dah memadai. Itulah antara kesilapan yang kita sebagai ibu bapa dah buat !
Apa yang diperlukan oleh anak anak kita ialah masa kita ! Itulah yang mereka inginkan. Saat saat bersama mereka, kita masih leka dengan kerja kita. Masih leka dengan telefon pintar kita... di zaman ni ! Kan ? Bila anak anak buat perangai , kita bentak.. kita marah ! Walhal ketika itu kita sedang bercuti bersama sama mereka... tapi hakikatnya kita 'tidak bersama mereka' ! .
Maka, baru-baru ni.. aku bawa sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Aku nak luangkan masa bersama anak-anak terutama Qhaliff dan Zahra. Aku sedar aku akan 'kehilangan' kemanjaan mereka tidak lama lagi. Dan aku nak 'tinggalkan' kenangan indah buat mereka..
" Qhaliff nak petik strawberi..".
" Ara pun nak petik strawberi dengan daddy..dengan abang..".
Sehingga sekarang , bila dia nampak buah strawberi di pasaraya , dia akan cakap mengenai aktiviti dia di ladang strawberi.
" Hari kan Qhaliff ngan Ara petik strawberi ni kan ? Best ! " . Katanya.
" Nak pergi lagi ke ? ". Tanya aku
" Naakkkkkk.. Best ! ". Jawabnya pantas.
Mampu lemparkan senyuman. Bukan saja dia happy malah aku sendiri pon happy di sana. Tapi tak semestinya kena gi bercuti baru dapat luangkan masa bersama. Di rumah sendiri pun kita dapat abiskan masa kualiti bersama anak anak. Tolak semua gajet ke tepi. Keluarkan mainan dan bermain bersama sama atau buat sesuatu yang memberikan dia kenangan... seperti tabung duit !
Inilah saat saat indah mereka bersama kami.. Mereka senantiasa bercerita mengenainya pada rakan-rakan sekolah.. pada guru mereka. Dan pantang ada cuti , mereka ajak pergi jalan jalan. Seronok abiskan masa bersama.
Dan kita , sila simpan semua gajet ! Terima kasih Kao kerana menganjurkan My Modern Parenthood. Tak sia sia gi sana ari tu.
33 comments
Terbaik lah aben! Parents memang kena luangkan byk masa dengan anak2 pun. Thumbs up untuk aben!
BalasPadamTeringat nostalgia zaman kanak2 dulu... kalau diberikan rezeki anak, Haida pun nak anak2 haida rasakan pengalaman mcm ni.
BalasPadamTeringat nostalgia zaman kanak2 dulu... kalau diberikan rezeki anak, Haida pun nak anak2 haida rasakan pengalaman mcm ni.
BalasPadamMemang betul... Masa yang paling bernilai. Dengan anak-anak...
BalasPadamTakut ia berlalu begitu sahaja...
Ambilah peluang ni...
Setuju sangat... Sebelum masa meninggalkan kita, sama-sama manfaatkan masa bersama anak-anak. Best yer petik strawberry tu... Nak bawa anak2 pergi petik strawberry gak la
BalasPadammasa berkualiti bersama anak-anak..tanpa gadet ..gaya hiduo lebih sehat 💪💪
BalasPadamDulu sedih bila baca part masa dgn anak...skrg bila baca part ben rasa mcm juju di tempat ben...seronok bersama anak dan keluarga isi masa lapang buat sama2...terbaiklah my modern parenthood
BalasPadamSetuju..didikan anak² bermula dari ibubapa. Perlu luangkan masa untuk anak dan kerap tanya masalah mereka.
BalasPadambanyak manfaat bila kita meluangkan masa bersama anak anak.Bole jadi hilang stress bila layan karenah anak anak. Ganjarannya pun banyak yang menanti...
BalasPadambestnya.. ibu bapa mmg adalah guru pertama buat anak2.
BalasPadamKena pergi lagi ben! Bagi depa ingat bebetul!
BalasPadamwaktu kita kecil...mak ayah berusaha untuk bersama kita..bila kita dewasa disaat mereka sudah semakin berusia..kita usahakan pula untuk luangkan lebih masa bersama mereka...
BalasPadamSeronok tumpang happy tengok Qhaliff Zahra pi holiday,
BalasPadamhappy kat sana.
Alhamdulillah
Nina pun sama! Mendalam rasa bahagia tu bila melihat Anak² gelak ketawa bersama, menangis bersama eh! Macam lirik lagu lak...
Walau kat mana pun, sentiasa fokus bersama anak².
Ppsstt.... Lain kali nak ikut join event KAO parenting tuu
Seronok tumpang happy tengok Qhaliff Zahra pi holiday,
BalasPadamhappy kat sana.
Alhamdulillah
Nina pun sama! Mendalam rasa bahagia tu bila melihat Anak² gelak ketawa bersama, menangis bersama eh! Macam lirik lagu lak...
Walau kat mana pun, sentiasa fokus bersama anak².
Ppsstt.... Lain kali nak ikut join event KAO parenting tuu
sekarang ramai yg spent masa dengan gajet.
BalasPadamtermasuk family sendiri..
kalau bercuti tu rasa x complete dh skarang.
Masa berkualiti bersama anak menjadi memori terindah yang akan mereka kenang kelak.
BalasPadamKurangnya masa bersama anak bila terbaca blog aben. Ok. Letak hp tepi.
BalasPadamMoment bersama tu yang penting, tak kira masa bercuti ke, kat rumah, mana² pun... Insyaallah akan diingati sampau bila²
BalasPadamTq aben utk tips,insya allah nak cuba praktikkan .
BalasPadamBetul tu aben, anak anak ingat masa yang kita habiskan bersama diorang. Jadi kenangan indah sampai bila bila
BalasPadamBdk pun pandai skrg ni .. dia org nak kualti time dgn parents
BalasPadamMasa itu emas. Bila dah terlepas tu tak akan dapat diundurkan lagi. Habiskan masa bersama keluarga seberapa banyak yang boleh supaya perhubungan yang lebih erat akan membentuk keperibadian mereka di masa hadapan
BalasPadambtul tu. kdang budak2 terdedah dengan gajet ni sungguh kita sedng kehilangan masa chilhod dengan budak2 ni. terpaksa simpan hp dan bermain dengan dia.aku pun kdg leka dengan hp smpai tk sempat nk bermain dengan dia. sedar sndri...
BalasPadamPerkara paling yg di ingati...masa yg berkualiti bersama mak ayah...lagi2 moment best..sedapnya strwabstra tu..hahaha
BalasPadamAnak2 happy, kita pun happy. Anak2 pun lagi bijak, boleh tumpu perhatian dgn apa yang dia belajar. Bukan senang jadi ibu bapa
BalasPadamBetul even surirumah pun kdg sekejapnya masa dengan dorg tgk2 dah makin besar huu
BalasPadamSeronoknya tgk dpt mbesarkan zuriat dunia akhirt.... Tak sabar menanti klahiran sicomel dlm perut yanie ni.
BalasPadamBetul, masa berkualiti dengan anak² jangan disiakan. Nanti bila mereka dah besar susah dah nak luangkan masa bersama.
BalasPadambetul tu..kene ada masa untuk bersama mereka..masa sekrg la kita kena bersama denagn mereka selalu..dah besar mesti takkan dapat sama selalu
BalasPadamBetul kena ada masa utk anak.. tp skang tgh biasakan handle 2kids.. harap boleh berlaku adil
BalasPadamMasa anak-anak kecil ni lah kena luangkan banyak masa dengan diorang.. kalau x, nanti bila diorang dah besar, susah dah nak rapat semula
BalasPadamHarap semua parents faham maksud aben ni T.T
BalasPadamSetuju. MASA adalah yang perkara terbaik utk bahagiakan anak2. Walaupun penat kerja, tetap kena cari masa berkualiti untuk anak2.
BalasPadam