BEN ASHAARI



Ketika wife mengandungkan Qhaliff , dia ada cakap pada aku. Nanti masa nak melahirkan , dia nak aku turut berada di sisi dan tengok betapa sukarnya dan sakitnya ketika itu. Aku angguk. Dalam hati aku, memang mengelabah. Bukanlah aku takutkan darah atau cuak.. aku ada alasan tersendiri. Takkan nak cerita kot ? Hahahaa.. Tapi yang pastinya, aku tetap 'kena' masuk atau wife akan gelakkan aku seumur hidup ! Dia mencabar aku. 

Aku sahut ! Masih ingat lagi aku , bila tiba masanya. Aku tak boleh masuk sebab wife ada masalah dan kena buat Ceaser untuk 'keluarkan' Qhaliff. Bermakna aku tak boleh masuk ke dalam bilik pembedahan. Kena tunggu luar ! Dan penantian itu satu penyiksaan. Doa tak henti henti agar kedua-duanya selamat. 

Aku tak kisah la camana cara sekali pun baby tu keluar walaupun ada orang kata kalau 'beranak normal' tu baru terasa melahirkan anak berbanding 'melalui tingkap'. Bagi aku , tu kenyataan orang tak cukup akal ! Kedua duanya tetap bertarung dengan nyawa ! Dan Alhamdulillah , segalanya dipermudahkan Allah. 

1 hari usia.

Walaupun aku tak dapat tengok buat pertama kali , tapi pengalaman membersihkan uri dan menanamnya buat pertama kali amatlah..hurm... buat aku terasa gentar. Pelbagai perasaan ketika tu hadir. Jam 12 malam ketika tu. Masih dalam ingatan. Ada yang menyuruh aku simpan dalam peti ais terlebih dahulu dan siang nanti baru tanam. Aku yang ketika tu tiada orang nak 'guide' , terasa cuak dan nekad. Tanam juga di waktu malam tu gak. Terbayang cerita cerita seram. Aduh , menakutkan. 

Alhamdulillah.. selesai part tu ! Esoknya aku kembali ke hospital Putrajaya untuk urusan wife dan baby. Nah.... segalanya aku uruskan sendiri. Disini dah bermula peranan aku sebagai ayah. Kesukaran yang aku hadapi adalah petunjuk... bersedia untuk hadapi pelbagai lagi kesukaran dan ujian membesarkan anak. Cerita tu masih ada lagi di dalam blog. Boleh baca di SINI.

Kemudian giliran Zahra. Ujian aku ketika ni amatlah berat. Di saat wife nak melahirkan anak , ayah aku pula berada di wad . Kanser ! Turut sama akan jalani pembedahan. Isteri atau ayah ? Mana satu yang perlu aku berada di sisi ? 

Lahir di Hospital Putrajaya. Normal tapi aku tak berada di sisi untuk menemani wife. Dan uri Zahra , kali ni aku minta mak bidan kenalan mak aku uruskan. Aku tanam sendiri. Kenapa aku buat gitu ? Teringat Qhaliff sewaktu dalam pantang , setiap malam dia menangis. Ketika tu dia di umah mak mertua. Terpaksa minta bantuan Ustaz untuk uruskan. Aku syak sebab uri yang aku tanam tu. Hurmm. Maka sebab tu , kali ni kena bersihkan betul betul. Dan Alhamdulillah , selesai. Zahra takda isu semasa pantang. 


Dan yang ketiga , Aariz. Kali ni  lahir di Prince Court. Rezeki Aariz dan wife di sponsor sepenuhnya. Alhamdulillah. Dan bermakna aku boleh berada di sisi setiap saat ! Hehehehe.. Merakamkan kelahiran ? Tidak sama sekali. Aku cuma amik gambar biasa jer. Aku rakamkan dalam kepala aku jer. Masih terbayang saat saat tu. Huhuhu.. Dan terbayang saat baby tu keluar. Meremang bulu roma aku. Sesungguhnya perjuangan melahirkan anak, bukanlah mudah. Sewajarnya para suami kena masuk dan tonton sendiri. Jangan rekod dan post di media sosial. Simpan sendiri sudah. 

Selepas melihat semua ni... cuba jaga anak anak kita tu sendiri. Dari mandikan, tukar lampin, susukan dan bangun awal pagi untuk dodoi baby ketika dia menangis.. Besarkan sendiri dari kecil hinggalah mereka mampu berlari ! Dari situ barulah tau bukanlah mudah tapi ianya menyeronokkan. Kepayahan itu cumalah ujian. Ketika tu baru tau kesukaran mak ayah kita dulu dulu , membesarkan kita.


Aku paham. Zaman ni ada para isteri kita terpaksa bekerja demi membantu suami mereka.. kan ? Terpaksa tinggalkan pada pengasuh atau amik bibik. Kalau boleh , nak jaga sendiri.. kan ? Yer..  semua parents nak gitu. 

Yang penting... kita jangan sekadar nak bagitau dunia part betapa sukarnya nak melahirkan anak jer. Membesarkan anak juga bukan mudah... terutama di zaman ni ! Tak kira la kita kaya atau miskin , membesarkan anak perlukan keikhlasan dan kasih sayang. 

Sekarang.. aku ada 3 orang anak.. dan sehingga kini , aku tidur jam 2-3 pagi dan bangun 5 pagi ! Wife bangun.. aku bangun. Uruskan anak ! Penat ? Huhu.. Mandi pagi pun kadang kadang jam 6 petang ! Sendiri mau ingat la... 

Hargai pasangan anda yang lahirkan anak anda...dan menjaga anak anda tu !
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Hari pertama selepas cuti panjang , wife berjaya pujuk dia di dalam kereta tapi segalanya ada harga ! Kena singgah di Petronas terlebih dahulu. Belikan Sneakers dan air kotak terlebih dahulu. Mungkin dia lapar pagi hari tu yang buat angkara. Begitu juga setiap kali balik sekolah , memang kena sediakan Sneakers jugak. Kelaparan. 

Semalam... bukan setakat Sneakers jer.. Terpaksa belikan jugak ! Dan dia ok terus selepas tu.


Di dalam kereta.. dia bagitau ibunya... " Kenapa daddy tak sayang dia ? Daddy pukul Qhaliff.. ". Terpaksa la si ibu menerangkan segalanya. Begitulah nasib si ayah. Walhal aku ni la yang manjakan dia sangat. Terpaksa la naik tangan bila dah terlalu berlemak dan melampau. Cakap baik berkali kali dah. Sesekali terpaksa buat untuk elakkan dia berkata seperti Sazali satu hari nanti ! Lebih baik aku 'ajar' dia sekarang.  Sekurangnya kena tau hormatkan orang tua dan orang lebih tua darinya. 

Balik je petang semalam , dia ceria. Tapi episod dia kena rotan ngan aku ( rotan manja jer ) , tetap dia ingati dan ulangkali mengucapkannya. Cakap aku tak sayangkan dia. Mampu pandang dia jer. Jelaskanlah camana pun , itu yang dia ingat. Tak pe la. Aku redha. Biarlah aku yang 'dicop' begitu. Ibu dia jangan. 

Sedih juga. Tapi gitulah anak anak. Mereka jujur luahkan perasaan. Hari ni , aku cuba cara lain. Aku baca tips di blog selepas google , semalam. Dan aku terlupa cara aku sebelum ni. Masa nak kejut tu , jangan keras. Berlembut. Usap kepala.. cium pipi pastu dukung ke bilik air. Mudah je mandi. Takda masalah.

Selepas tu, nak bersiap... Nah di sini hampir berlaku masalah. Dia kata dia nak duduk rumah. Aku bisik kat dia. 

" Tengok tu Zahra. Tidur. Qhaliff rasa duduk rumah best ? Tidur. Pastu tengok tv ? Best ? Zahra tu hari hari cakap ngan daddy , dia nak gi sekolah ! Dia kata boring duduk rumah. Qhaliff best la.. Ada kawan. Boleh belajar. Boleh main dengan kawan kawan. Duduk rumah nak buat apa ? Ni tengok.. Qhaliff dah boleh keluar rumah. Daddy ngan Zahra duduk je..".

Dia terdiam. Terus pakai seluar dan baju. Sejujurnya , memang boring ! Hahaaha.. Ada orang suka duduk rumah jer tapi aku sesekali boleh la. Tepu duduk rumah. Idea takda nak tulis blog. 

Dan berjaya. Qhaliff keluar rumah dengan gembira tapi bersyarat. Malam ni dia nak makan pizza ! 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Qhaliff dah berusia 6 tahun. Zahra, adiknya dah 4 tahun. Masing masing dah petah berkata kata walaupun masih ada pelat lagi. Namun suara hati mereka perlu dititikberatkan terutama Qhaliff yang dah mula bersekolah walaupun tadika , adakalanya dia mengambarkan betapa dia memerlukan bersama keluarganya.

Aku memerhati dalam senyap tindak tanduk mereka. Belajar mengenali mereka. Ditambah lagi dengan ilmu yang aku baru perolehi di The Parenthood yang aku hadiri beberapa minggu lepas , aku gunakan dengan sebaiknya. 



Jangan persiakan setiap saat bila bersama anak-anak ! 

Masa berlalu begitu saja. Kita sedia maklum , kita sendiri pernah jadi ' anak-anak kecil'. Ditanya kembali apakah saat saat paling indah bersama ibu bapa kita , pastinya akan termenung sejenak.Terlalu banyak ? Tak ingat ? Atau takda ? Jangan ingat bawa pergi bercuti saja dah memadai. Itulah antara kesilapan yang kita sebagai ibu bapa dah buat ! 

Apa yang diperlukan oleh anak anak kita ialah masa kita ! Itulah yang mereka inginkan. Saat saat bersama mereka, kita masih leka dengan kerja kita. Masih leka dengan telefon pintar kita... di zaman ni ! Kan ? Bila anak anak buat perangai , kita bentak.. kita marah ! Walhal ketika itu kita sedang bercuti bersama sama mereka... tapi hakikatnya kita 'tidak bersama mereka' ! .

Maka, baru-baru ni.. aku bawa sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Aku nak luangkan masa bersama anak-anak terutama Qhaliff dan Zahra. Aku sedar aku akan 'kehilangan' kemanjaan mereka tidak lama lagi. Dan aku nak 'tinggalkan' kenangan indah buat mereka.. 

" Qhaliff nak petik strawberi..". 
" Ara pun nak petik strawberi dengan daddy..dengan abang..".





Sehingga sekarang , bila dia nampak buah strawberi di pasaraya , dia akan cakap mengenai aktiviti dia di ladang strawberi. 

" Hari kan Qhaliff ngan Ara petik strawberi ni kan ? Best ! " . Katanya. 

" Nak pergi lagi ke ? ". Tanya aku 

" Naakkkkkk.. Best ! ". Jawabnya pantas. 

Mampu lemparkan senyuman. Bukan saja dia happy malah aku sendiri pon happy di sana.  Tapi tak semestinya kena gi bercuti baru dapat luangkan masa bersama. Di rumah sendiri pun kita dapat abiskan masa kualiti bersama anak anak. Tolak semua gajet ke tepi. Keluarkan mainan dan bermain bersama sama atau buat sesuatu yang memberikan dia kenangan... seperti tabung duit ! 



Inilah saat saat indah mereka bersama kami.. Mereka senantiasa bercerita mengenainya pada rakan-rakan sekolah.. pada guru mereka.  Dan pantang ada cuti , mereka ajak pergi jalan jalan. Seronok abiskan masa bersama. 

Dan kita , sila simpan semua gajet ! Terima kasih Kao kerana menganjurkan My Modern Parenthood. Tak sia sia gi sana ari tu. 
Share
Tweet
Pin
Share
33 comments
Nakal sangat tapi melucukan 

Pelan hari Ahad.. Pagi gi gym. Dari jam 9-11 pagi pastu bawak famili gi makan tengahari. Selesai uruskan diorang , nak ke PWTC untuk projek #KBBA9 bersama Utusan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. 

Cantik dah pelan ni kan ? Ok... segalanya berjalan seperti yang dirancang sehinggalah Aariz berjaya 'mengubah' segalanya di saat akhir! Bayangkan , aku dah bersiap... gajet dalam beg. Pelan nak ke Cheras dan parking kereta di LRT sana. Cun dah ! Selepas solat Zohor , aku keluar dari umah aku nun di Sepang. 

Tapi aku berbelah bagi jugak sebab lutut aku kembali bengkak akibat tersadung kelmarin. Awalnya tak terasa tapi disebabkan lutut aku ada masalah sebelum ni , kesannya mula terasa semalam. Dan hari ni bengkaknya menyukarkan aku untuk bergerak kecuali guna knee guard. 

Aku cuba juga untuk keluar. Ketika aku melangkah keluar dari rumah , Aariz terperasan aku di muka pintu. Dia memandang aku dengan muka... 10 sen ! Dia tak menangis dan tidak mengejar aku tapi pandangan dia sejuta makna ! Aduhhhhh... aku keraskan hati juga. 

Aku hidupkan enjin kereta dan terus bergerak. Wajah Aariz masih bermain di benak aku. Aduh ! Aku cuba hilangkan tapi tak sampai hati. Camana ni ? Teringatkan akan minggu lepas yang dia banyak abiskan masa di rumah mak aku , dan tidak ke mana mana.. aku rasa cam kesian pulak kat dia. Lama tak bawak dia berjalan jalan kat taman terutamanya di Putrajaya.

Hurm.. camana ni? Antara tugas dan tanggungjawab. Dalam memandu , kepala aku bercelaru. Akhirnya aku nekad. Aku buat U-Turn. Biasanya , kalau dalam keadaan bercelaru gini , baik aku jangan pergi. Kalau teruskan , akan terjadi sesuatu yang di luar jangkaan dan mesti menyesal punya ! Hahahaha.. Dalam kes ni , aku risaukan lutut aku. 

Ok.. aku patah balik ke rumah. Singgah kedai dan beli aiskrim sorang satu. Dan sampai je rumah.. masing masing pakat gembira. Wife pun muka happy. Yelah , hari minggu kot ??? Takkan nak keras kat rumah je kan ?

Dan jam 5.. aku ajak semua keluar ke taman.. seronok Aariz ! 



Lagi pun , aku nak diorang penat. Malam karang , boleh tidur awal semua. Harapan aku gitu laaa... dan Aariz pon tampak puashati dapat keluar jalan jalan. Alhamdulillah... Bak kata orang , ni masa emas mereka.. nanti bila dah besar pasti merindui saat saat ni.. kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
3 orang anak aku. 3 kali pengalaman yang berbeza. Pertama , si sulung tanpa adik. Kedua , anak no dua ada abang dan ketiga , adik yang punya abang dan kakak. Berbeza beza cara. Bagaimana aku hadapinya ? 

Secara jujurnya, kita sebagai penjaga mereka perlukan mental yang sihat semasa menghadapi situasi begini. Jika ketika tu dalam keadaaan stress, jauhi mereka dan mintak pasangan kita uruskan. Jika tidak , akan ada yang jadi 'mangsa dera'. 

Oh ya... ada yang tak tau. Ok, secara mudahnya ialah suatu keadaan emosional yang biasa dialami oleh anak anak berusia 1 hingga 4 tahun dan ianya terjadi pada anak anak yang belum mampu menggunakan kata kata untuk mengekspresikan rasa frustasi mereka akibat tidak memenuhi keinginan mereka atau sekadar ingin mendapatkan perhatian dari orang tuanya saja. 


Sewaktu Qhaliff dulu... seingat aku dia tak banyak ragam sebab aku selalu tunaikan keinginan dia. Maka bila berada di luar rumah , dia tak banyak karenah. Seingat aku laa... Naik angin sebab dia tu takda tapi disebabkan mungkin ketika tu aku kepenatan fizikal dan mental, hanya sebab kecil..mampu buat aku naik angin. Sebab tu pentingnya pasangan kita dalam keadaan ok.. 

Bila pasangan kita begitu pula , kita pantas amik alih keadaan ! Maka bila anak buat pasal , kita dah bersedia. 


Zahra... lebih matang berbanding Qhaliff dan Aariz. Mudah diuruskan. 


Yearghhh... ni pandai ! Budak nii kecik ni kaki tantrum. Tapi dia belum tunjuk skill guling guling bila berada di tempat orang ramai bila nakkan sesuatu kecuali bila dia dalam kepenatan atau mengantuk , dia akan mula bikin pasal. Suruh la buat apa pun , dia tak kisah ! Siap boleh buang barang ! Nahhh... ni dapat perangai sapa pun tak tau laa !

Apa yang aku buat ? Dukung je terus dan cium dia.. Bergurau kejap ngan dia kasi dia ketawa.. dan dia akan ok !


Tengking , herdik , naik tangan.. jauhkan la ! Masa nak terjadi begitu , cepat cepat istighfar.. dan bertenang. Selalu aku buat ingatan begini pada diri aku... Anak orang lain ada yang 'kurang sihat' tapi parents mereka boleh cool ! Kenapa tidak aku ? 

Memang aku ada gak tinggi suara pada anak anak tapi bagi aku itu perlu untuk tunjukkan yang aku 'bukan main main' memandangkan mereka selalu 'main main'  dengan aku. Tunjukkan sapa yang berkuasa di dalam rumah ni !  Huhuhu.. 

Kalau korang rajin google , ada banyak tips untuk kawal anak anak bertantrum ni. InshaAllah berguna. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Qhaliff minta izin nak 'main' handphone. 5 minit masa diberikan. Itu yang biasa dibuat ketika dia minta izin dari ibunya. Qhaliff menurut saja. Selepas 5 minit , bila kita minta.. dia akan beri. Mudah. Tak da berlaku kes kes guling. Dia pun dah bijak. 

" Qhaliff.. kepala tu. Jangan menunduk gitu sangat. Nanti sakit leher.." . Tegur aku. Qhaliff segera betulkan cara duduk dan pegang telefon pintar. Dan yang aku perasan... setiap apa saja yang dia buat , aku tegur.. dia pasti akan kembalikan pada aku atau pada adik dia. Maksudnya , apa yang diajar pada dia , dia akan 'turunkan' pada orang lain. 

Pointnya ? Kanak-kanak sekarang ni pintar pintar belaka. Faktor pemakanan atau genetik, aku bukan pakar menilainya tapi yang pastinya. mereka di usia 1 tahun ke atas ni , jangan dipandang ringan tahap pemikiran mereka. Mereka sudah pantas menyerap dan menggunakannya kembali. Ibu bapa kena bijak manfaatkan peluang peluang begini. 

Aariz , 1 tahun ++.. dah pandai bawa diri bila kena marah

Apa kena buat bila dapati anak kita semakin pintar atau mula reti menggunakan otak mereka ? Yer... cara terbaik hantar mereka ke tadika atau tabika. Dan ibu bapa lepaskan segalanya pada guru guru di sana. Pandai pandai la korang mengajarnya. Hurmm.. satu kesilapan dah dimulakan di situ. 

Dan di tadika...anak anak kita dididik dengan pelbagai ilmu oleh guru guru yang berpengalaman. Terima kasih cikgu-cikgu sekalian. Teringat aku tahun lepas... Qhaliff di usia 5 tahun. Aku pergi ke Hari Terbuka dan bertemu dengan guru kelasnya. Dia menerangkan pencapaian Qhaliff. Di sini kesilapan aku ! Qhaliff dimaklumkan belum lancar membaca. Aku terlupa ! Dan aku mula tekankan bab membaca pada Qhaliff. Aduh.. silap sangat perbuatan aku tu ! Perbuatan aku ditegur oleh wife. Aku ubah. Aku serahkan bab ni pada wife. Dan Qhaliff lebih selesa dengan wife bab belajar ni. 

Aku ajar apa lak ? Hurmm.... akhlak ! Er , aku tak la kata akhlak aku tu bagus.. Tapi  aku cuba ajar sebaik mungkin. Dan semalam wife panggil aku. Ketika tu dia sedang ajar Qhaliff membaca. Alhamdulillah...banyak dah kemajuan dia. Dan paling bagus , Qhaliff semakin matang. Selain belajar di sekolah.. ketika bersama sama aku pon dia banyak belajar. Aku bawa dia keluar ketika berjumpa orang atau keluar berdua makan bersama. Suruh dia berinteraksi dengan orang dewasa.. seperti nak order makanan. Kena beri keyakinan pada dia. Tapi aku belum bersedia untuk lepaskan dia keluar bermain dengan rakan rakan setaman perumahan yang jauh dewasa dari dia. Dia belum bersedia sama sekali. 

Ok ok.. Aku terbaca satu artikal yang sangat bagus semalam di blog PnNoraZura Ismail. Aku copy paste sini eh. Aku tau , ramai malas nak klik dan baca kat sana.. Aku mudahkan.

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK - PERLUKAH ANAK PANDAI MEMBACA SEAWAL 7 TAHUN? 

Teks : Nor Azura Ismail
pnnorazuraismail@gmail.com


SETUJUKAH ANDA, anak-anak  yang bakal berumur 7 tahun yang  akan   memasuki  tahun 1 di sekolah rendah perlu dipastIkan telah pandai membaca?  

Sebagai seorang pengiat industri pendidikan awal kanak-kanak,  jawapan saya  ialah  sangat tidak bersetuju sama sekali.  Jawapan yang sering tak terjawab di minda saya,  aduhai mengapa perlu menekan  dan memaksa anak-anak di bawah 7 tahun ini belajar beria-ria  dan buat latih tubi membaca seperti anak-anak yang telah bersekolah? Kenapa nak marah pada anak memasuki umur 7 tahun yang belum dapat membaca lagi?  

Sebenarnya, kita sebagai pendidik dan ibu bapa belum memahami  anak-anak. Dan paling parah, kita tidak memahami konsep pendidikan awal kanak-kanak. 

Suatu ketika dulu, saya pernah membuat kesilapan  dalam merealisasikan pendidikan awal kanak-kanak ini kepada anak-anak berumur 4, 5 dan 6 tahun . Ketika itu saya mengusahakan perniagaan TADIKA saya sendiri. Matlamat akhir saya dan juga bagi memenuhi harapan tinggi ibu bapa ialah di akhir tahun pembelajaran nanti, anak-anak ini mesti sudah  boleh membaca. Maka , saya akan sedaya upaya memastikan matlamat tersebut tercapai. Apa yang saya buat? Antaranya, saya perkenalkan kepada ibu bapa program membaca dengan cepat,  adakan  sesi belajar  ‘one to one’  dengan anak-anak kecil ini ,  adakan kelas tambahan membaca.  Lagi, saya beri latih tubi membaca setiap hari dan hakikatnya saya paksa emosi anak-anak ini  untuk belajar.  Hasilnya, kerana anak-anak ibarat span yang mudah menyerap apa sahaja,  lalu  ramailah anak-anak keluaran TADIKA saya boleh membaca dengan baik . Malah, bukan sekadar bacaan dalam Bahasa Malayasia bahkan bacaan dalam bahasa Inggeris juga.  Itulah yang diimpikan ibu bapa.

Aduh, bangganya saya kerana dapat melahirkan anak-anak yang boleh baca di awal usia. Anak-anak itu terus dilabel sebagai anak yang cerdik dan pintar yang boleh membaca di awal usia sebelum 6 tahun.  Itu yang kebanyakan TADIKA akan cuba capai. TADIKA yang dapat mengeluarkan  anak-anak yang boleh baca, itulah TADIKA yang terbaik pada pandangan dan persepsi ibu bapa. Secara tidak langsung inilah perkara utama yang dapat mempromosi TADIKA supaya ramai lagi ibu bapa yang menghantar anak ke situ.


Tetapi, saya mula perasan, anak-anak yang boleh baca awal usia biasanya adalah anak-anak yang kurang keyakinan diri, penakut, pemalu, pendiam, kategori anak-anak yang tak banyak bermain malah kurang pandai bergaul dan berkomunikasi.  Mereka mempunyai emosi yang kurang sihat dan self esteem yang rendah.  Saya perasan itu semua. 

Saya juga perasan , anak-anak yang tak pandai baca pada usia 5@6 tahun adalah anak-anak yang tak boleh duduk diam, aktif dan banyak bermain serta banyak meneroka dan banyak keinginan serta perasaan ingin tahu. Saya mula tertanya mengapa?

Bila saya terjun ke bidang pendidikan awal kanak-kanak yang lebih muda sedari 0 hingga 4 tahun, saya mula sedar akan kesilapan saya. Saya mula belajar mengenai  tahap demi tahap perkembangan kanak-kanak. Saya korek pelbagai potensi awal  yang boleh dibentuk di peringkat  awal usia anak-anak.  Dan apa yang penting saya mula belajar memahami tingkahlaku , kerenah serta sikap semulajadi  kanak-kanak. 

Saya teruja untuk mengetahui bahawa antara sikap atau tabiat semulajadi anak-anak ialah BERMAIN. Kerja hakiki anak-anak  di bawah umur 7 tahun ialah BERMAIN dan bukannya belajar.

Selama ini persepsi saya dan juga kebanyakan ibu bapa di luar sana terhadap pendidikan awal kanak-kanak andalah salah. Pendidikan awal bukan bermaksud  memberi pelajaran formal seperti membaca kepada anak-anak. Pendidikan awal bermakna mengenalpasti tahap perkembangan  dan memberi galakan untuk anak mencapai tahap perkembangan yang tertentu. Pendidikan awal juga bermakna mengenalpasti  potensi diri anak  dan membantu  mengilap potensi tersebut.

Justeru itu,  saya dan anda sebagai  pendidik  maupun ibu bapa perlu tahu dan faham akan setiap aspek  tahap perkembangan kanak-kanak supaya  kita dapat beri galakan ,sokongan dan dorongan untuk anak.

Apakah aspek perkembangan awal kanak-kanak?

Perkembangan sosiemosi – bentuk emosi yang positif pada anak seperti yakin diri, berani
Perkembangan  bahasa – galak anak menggunakan bahasa yang betul dan bijak berkomunikasi
Perkembangan kognitif – galak anak berfikir , menggunakan deria untuk meneroka dan belajar pelbagai dari alam dan persekitaran.
Perkembangan kerohanian- terapkan nilai moral, akhlak dan ketuhanan
Perkembangan fizikal – galak anak tingkatkan moto halus dan moto kasar
Perkembangan  kreativiti dan estetika – galak anak supaya kreatif dan mempunyai imiginasi pelbagai


Malah mengikut kurikulum PERMATA yang menjadi panduan perkembangan pembelajaran di TASKA , antara perkembangan lain yang turut perlu dibentuk pada anak  ialah perkembangan sahsiah  - belajar bergaul  dan komunikasi  serta literasi awal.  


Bagaimana  pula cara terbaik menggalakkan semua aspek perkembangan ini? Adakah melalui pembelajaran formal seperti di sekolah? Adakah dengan memberi anak-anak kecil ini latih tubi dan pelbagai tugasan atau kerja rumah.

Tahukah anda sebenarnya setiap aspek perkembangan  ini boleh diterapkan kepada anak-anak dengan mudah hanya melalui  bermain sahaja.  Bukankah bermain kerja hakiki anak? Mereka memang bermain tetapi secara tak langsung mereka banyak belajar menyuburkan pelbagai aspek perkembangan tersebut  hanya melalui bermain. Jadi, biarkan anak-anak  bermain.

Anak main blok, mereka berfikir bagaimana susun blok menjadi tinggi
Anak main  pasir, bina istana, mereka cuba merealisasikan imiginasi mereka.
Anak berlari sekeliling rumah@ taman, mereka belajar meneroka persekitaran
Anak main olok-olok dengan kawan sebaya, mereka belajar bersosial dan bergaul serta berkomunikasi dengan bahasa yang betul.
Anak yang suka usik itu ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.
Anak yang aktif berlari, mereka membina kecergasan diri.

Jad, mengapa perlu dipaksa anak duduk sebelah anda dengan keadan anda marah dan tinggi suara untuk  ajar mereka membaca. Mengapa pula masih ada TADIKA yang menyusun ruang susunatur dalam kelas sama seperti belajar di sekolah? Mengapa  pihak TADIKA perlu stress ajar anak-anak membaca dan beri pula kerja rumah yang banyak.


Entah kenapa saya memang tak boleh terima kalau dengar seorang cikgu di TADIKA cuba menakutkan dan menginggatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak boleh baca dengan baik sebelum  masuk tahun 1. Mereka terangkan pada ibu bapa betapa hebatnya persaingan akademik anak-anak  di  tahun 1. Kalau  kebetulan jika  anak 6 tahun  itu tak boleh baca, cikgu cadangkan pula  ibu bapa hantar anak ke kelas tambahan.  Bagi saya, memadai sajalah kalau anak yang tak boleh baca itu telah kenal huruf dan boleh menyebut dua sukukata. Mereka bukan tak pandai , mereka cuma belum bersedia. Percayalah.

Ini cerita anak saya yang berumur 6 tahun.  Saya hanya hantar dia ke TADIKA sebaik umurnya 6 tahun. Baru ni, saya baca ‘whatapp group’  dari guru TADIKA nya. Cikgu post  jadual peperiksaan akhir tahun dan pesan ibu bapa pantau anak-anak belajar di rumah.
Kalau ibu bapa lain, mungkin akan rasa cikgu TADIKA sangat prihatin .Aduhai kesian anak-anak, tahun-tahun di mana  kerja hakiki mereka sepatutnya bermain tetapi mereka perlu pula duduk menelaah seperti kakak abang yang akan menghadapi peperiksaan di sekolah.

Sekali lagi, ingin saya ingatkan, hakikatnya anak-anak memang perlu bermain. Hakikatnya anak-anak ini  tidak perlu dipaksa untuk belajar. Percaya tak bahawa apa yang perlu diterapkan terlebih dahulu ialah ilmu mengenai kehidupan disamping membentuk anak dalam setiap aspek perkembangan  yang telah saya nyatakan tadi.  Keinginan untuk belajar akan datang sendiri bila anak telah bersedia menerima pembelajaran formal. Masanya pasti akan muncul juga. Yang pasti setiap anak adalah berbeza pencapaiannya.  


Teringat saya  pernah terbaca bahawa pendidikan awal anak di Jepun bermula dengan mendidik akhlak. Pendidikan berteraskan peperiksaan bermula hanya bila anak berumur 10 tahun sahaja.

Berbeza dengan sistem pendidikan  kita yang telah  diwarisi begini, bila  nak masuk  tahun 1 sebolehnya anak mesti dah boleh  membaca dengan baik. Cikgu di tahun 1 suka kalau anak-anak sudah boleh membaca.  Lalu kasihan anak-anak yang dikelompokkan dalam kumpulan belum boleh membaca.  Seawal usia 7 tahun anak-anak telah mula dinilai tahap pencapaian akademiknya. Bukahkah sebenarnya dalam silibus pembelajaran tahun 1 anak-anak perlu diajar semua huruf dan gabungan sukukata hingga boleh baca. Akan tetapi,  anak-anak ini pula dikategori sebagai anak-anak yang ketinggalan.  

Lain orang mungkin lain pandangan. Mungkin ada ibu bapa tidak setuju dengan pandangan saya bahawa  anak tidak perlu dipaksa untuk belajar membaca.

Tapi saya membuktikan salah seorang anak saya  yang tidak boleh  membaca di awal usia dan yang kurang penonjolan akademik  ketika di sekolah rendah ( kini dia berusia 19 tahun),  dia merupakan pelajar terbaik SPM di sekolahnya,. Bakal menduduki STPM tahun ini dan dia akan membuktikan dia  bakal  pelajar terbaik STPM di sekolahnya juga.  Satu ketika dulu, ketika di sekolah  rendah dia tidak  pernah dapat nombor 1 dalam kelasnya.

Apa yang penting, biarlah anak-anak  kecil yang di bawah 7 tahun ini belajar kerana minat dan kesediaan  mereka. Tugas kita beri dorongan dan galakan bukan paksaan.  Apa yang penting,  kejayaan anak-anak bukanlah hanya diukur dari kejayaan akademik sahaja. Lihatlah kejayaan anak pelbagai aspek. Setiap anak mempunyai potensi diri yang berbeza.  Apa sahaja potensi yang berjaya digilap dan diserlahkan oleh anak,  itulah kejayaan buat anak-anak. Jangan lupa juga  doa kita sebagai pendidik dan juga ibu bapa. 


CHILDREN ARE NATURAL LEARNERS. 
CURIOSITY IS THE ENGINE TO ACHIEVEMENTS

Alangkah bagusnya jika ada di Malaysia


Apa pendapat korang ? Pendapat aku.. aku setuju dengan artikal sama sekali. Aku sebagai bapa pun sendiri tertekan  tengok anak anak dah ada kerja rumah. Tengok buku latihan mereka pon dah buat mata aku terbeliak. Ada yang kata kita kena ikut zaman ! Nah , apa la sangat pencapaian di zaman kita ni. Ada MRT je pun. Bukannya ada kereta terbang atau bangunan di angkasa. Tak banyak mana pun perbezaan ! 

Yang aku nampak ialah... anak anak sekarang , adab dan tatasusila mereka semakin hancur ! Tak reti nak hormat orang tua. Tiada lagi jalan menunduk. Tiada lagi ' maafkan saya, tumpang lalu yer. '. Tiada lagi senyuman bila bersua dengan mereka yang tua. Aku tak salahkan cikgu. Ada orang tua sendiri pun tunjuk perangai gitu. Itulah hakikat yang berlaku di negara kita. 

Tak kira la sekolah biasa ke.. sekolah agama ke.. ini yang aku perasan. Dan inilah yang patut kena ubah. Jangan diajar mengenai akhlak Rasulullah s.a.w tapi tak mewarisinya. Yang mengajar pon tak buat gitu.. apatah lagi yang diajar ! Nah, ini berpunca hanya sebab nak ilmu saja tapi tidak mengamalkan. Nak ilmu semata mata untuk duduki peperiksaan. Dapat markah tinggi dan cemerlang. Cukup ! 

Nak tuding jari kat sapa ? Dasar pendidikan negara ? Hurmm.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Terbaca berita mengenai suami penyanyi terkenal dihadapkan ke mahkamah dek atas tuduhan dera anak. Tercari gak di mana dan apa yang dilakukan sang ayah pada anak kesayangannya. Hurm... si ibu tak nak komen apa apa. Serah pada mahkamah. Tu je aku boleh ulas sebab aku risau ulasan aku tak tepat..

Aku ada 3 orang anak. Masing masing masih kecik. Yang si sulung , dah berakal sedikit.Alhamdulillah. Nampak macam mudah nak didik. Tapi bukan dengan aku la.. Ngan aku , diayam-ayamkan jer. Bila aku marah , merajuk masuk bilik. Ngan maknya, mudah belaka !  Kena gi pujuk semula. Cakap baik baik...peluk.. cium dahi... baru ok ! Huhuh.. 

Zahra, jenis pandai main psikologi ngan aku. Kalau aku cakap keras , dia buat bodoh. Kena cakap lembut lembut jer. Mengundang amarah ? Hurm.. sebenarnya tak pun.. mudah jer. Kena didik dan terangkan betul betul... tunjuk contoh dan diorang ikut.

Aariz ? Dan nak masuk 2 tahun.. nampaknya dia ni mencabar sedikit tapi dah makin mudah nak ajar dia. Kadang kadang dia saja suka provoke.. Sesekali aku 'babap' tangan dia... saja nak tengok reaksi dia. Merajuk , cari mak dia. Si kakak akan bela dia. Abang , tengok jer.. tapi simpan dulu. Dia tunggu aku cool dulu baru dia kembalikan laporan pada aku..

" Daddy pukul Aariz tadi kenapa ? Dia kan baby lagi ? ". Biasanya gitu laa...


Tak perlu rotan rotan. Kita kena tunjuk contoh dari awal lagi. Diorang pon reti tertekan gak. Hujung minggu , luangkan masa dengan mereka. Bawak berjalan ke rumah sepupu. main sesama mereka.. bawak beriadah mana mana... barulah diorang sendiri hormat dengan kita.. 

Dan paling penting.. pasangan kita kena bijak baca emosi kita. Bila kita dalam mood tak bagus , minta pasangan cepat cepat take over ! Jangan bagi amarah menguasai diri bila bersama anak anak. Bahaya sangat tu. Jangan menyesal selepas melakukan sesuatu di luar kawalan. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Teringat satu cerita... di mana bapak dia sibuk mencari duit bagi menampung perbelanjaan kehidupan keluarganya. Pergi pagi , pulang malam. Anak anak dah tidur... tak sempat nak tengok muka ayah mereka. Awal pagi , dah keluar bekerja. Datang Sabtu Ahad , mereka pula kena gi kelas tambahan. Demi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Terpaksa ! 

Si anak kecil , di satu hari berkata... 

" Ayah.. apalah gunanya kami berjaya. Kami mungkin akan banggakan ayah. Tapi kami dahagakan kasih sayang seorang ayah. Apakah ayah nak tengok kami besarkan anak anak dengan cara ini juga ? Jika harta yang dicari , sampai bila takkan cukup, ayah. Kami rindukan ayah. Kalau tak cukup duit , biarlah kami turut membantu ayah. Asalkan ayah ada di rumah setiap malam bersama kami semua.. ".

Kadang kadang aku terfikir.. aku belikan mainan yang mahal mahal untuk Qhaliff satu tika dulu , dia main sekejap jer ! Kenapa ??? Dia bukan nak sangat. Dia nak beli pastu nak main dengan aku. Itu je pun. Belilah mainan berharga RM2 sekali pun... yang penting si ayah atau ibu bermain bersama mereka. 

Maka sebab itulah sekarang ini aku kurangkan masa aku di dunia media sosial dan banyakkan masa dengan anak anak. Masa berlalu dengan begitu pantas. Tau tau mereka dah besar dan bakal meninggalkan kita.  Ketika itu , kita akan rindukan masa masa bersama mereka ! 




Mereka bukannya nak pergi ke Disneyland.. Legoland... tapi mereka nak kita ada disisi mereka...menemani.. bermain dengan kita. Itulah yang mereka inginkan... 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Minum secawan dulu susu kambing Lazz sebelum mula buat entri ni. Nak kasi tampak segar di kala mata mula mengantuk. Hehehe.. Yang aku minum ni , kurang gula yer. Bagus untuk mereka yang nak jaga kesihatan dan mencari minuman yang bagus untuk diminum pagi dan malam... 

Cicah sekali ngan biskut oat.. Dap oii ! Setiap malam buat gini , kurus ! Klik SINI untuk order !

Ok... dah minum secawan.. boleh sambung cerita. Selepas dia punya tahap muntah tu , yang mana aku berpeluh dahi dan ketiak... tertanya apakah itu alahan kesan dari mengandung ? Atau sekadar demam ? Dia pernah kata.. dia susah nak demam.. tapi kalau dah demam , fuhhhh... dasat ! Haaaa..

Hasil dari ujian pregnancy tu , dia hanya satu line jer ditunjukkan. Dia lega , aku pun lega ! Kenapa lega ? Masing masing belum bersedia untuk anak ke 4 atau ikutkan , kami dah 'tua' untuk menimang anak.  Alhamdulillah , 3 orang dah cukup walaupun tak cukup sebenarnya. 

Selain faktor tua , banyak lagi faktor kena amik berat seperti ekonomi , keadaan politik negara yang mana mampu mempengaruhi pertumbuhan anak anak di masa hadapan. Huhuh.. Serius ! Hahahaha... Yelah , aku pun kerja ... kais pagi makan pagi.. ada job , boleh makan.. Takda job ? Haaa.. Nak kena sekarang ni ekonomi tak tentu.. makhluk asing je kata ok ! Hurmm.. 

Yer... tu bukan isunya ! Macam macam cara boleh cari rezeki. Aku tau. Tapi kita kena ikut kemampuan diri dan aku tak nak anak anak terabai sama sekali ! Aku sibuk cari duit , anak anak tak tentu hala kehidupan mereka. 

Dan malam tadi , dia pun datang period. Nah... lengkap ! Andai Allah beri lagi , kami akan terima. Tidak akan menolak sama sekali. Cuma sekarang ni , Allah tahu.. kami berdua belum bersedia. Aariz dan Zahra pon belum puas bermanja dengan aku.. 

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
3 hari.... berturut turut , wife mengadu mual. Selera makan , tiada. Muntah belum lagi. Tapi selera makan tiada. Demam dan batuk mula menyerang. Tu tanda tanda awal sebelum Qhaliff , Zahra dan Aariz muncul dalam hidup aku.

Aku dah terbayangkan rutin kehidupan aku , sepanjang 9 bulan akan datang ! Fuh , berpeluh ketiak aku terutamanya dengan Aariz yang nak cecah 2 tahun tapi dia punya nakal , ya Allahhhhhhh ! Boleh bikin aku bertukar hijau ! Spesis jenis suka memanjat meja dan kerusi ! Berbeza sungguh dengan abang dan kakak dia.

Jika betul 'berisi' , aku perlu susun pelan A dan B. Camana nak uruskan 3 orang anak di kala wife mengandung. Nak tunggu lepas trimester tu.. fuh, kesabaran tahap maksima diperlukan sama sekali. Jika tidak 'berisi' , moga sakitnya itu tidaklah serius...sekadar demam biasa jer..

Pagi tadi... Wife terpaksa MC. Memang dah tak larat dah. Muntah dan sakit kepala. Bau dapur pon tak boleh. Apa ???? Bau dapur  ??? Ok, itu tanda tandanya juga.  Akhirnya , wife buat sendiri pregnancy test..


Wife sengaja tinggalkan di tandas. 

Lepas tengok tu , aku tarik nafas lega. Petang tadi gak gi klinik untuk pemeriksaan lanjut. Ubat diberi. Suntikan juga diambil. Dapat MC dua hari. Ok , laaa.. giliran aku lak jaga anak anak selepas aku cedera di lutut ari tu.. dia yang jaga untuk 2 hari. Huhu... 

Apakah Aariz dah bersedia untuk adiknya ? 
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Jam dah masuk kul 1 pagi. Aku baru nak layan drama Korea. Lagi 3 episod nak selesai. Zahra turut sama tak tidur. Selagi aku tak tidur.. dia pon tak nak tidur walhal mengantuk. Paksa la camana pun... dia jawab... 

" Nak tengok tv..". Dengan selamba jer kata kata tu dilontarkan. Huhu...

Bingung. Aku cuba memaksa. Dia dah baring atas lengan aku. Kebas terasa. Maklumlah , baru je workout. Camana eh ? Disuruh tutup tv , dia tak nak. Malah kita kena hentam balik. Hahaha.. Anak dara sorang ni kan... Pastu mintak susu botol. Aku pulak kena bangun.. 

Akhirnya... Dari drama Korea di Iflix... aku tukar aplikasi. Amik Lagu Anak Islam.


Tanpa disuruh , dia bangun... tutup home teater.. tutup tv. Baring sebelah aku. Tak sampai seminit , senyap ! Haik ??? Tu je ??? Tapi... ngan aku aku sekali tidur ! Hahahaha.. Tak abis juga drama Korea aku ni ! Orang lain tengok 2 hari ... aku nak masuk seminggu dah ni. Hahaha.. Ternyata aku tak mudah ketagihan drama drama ni. Lalalala... 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Semalam , aku garang dengan diorang. Entah kenapa.. angin aku semalam lain macam sangat ! Stress dan terlalu kepenatan mungkin. Tiada senyuman terpamer di wajah. Namun tiada yang bertanya kenapa dan mengapa !

Aku tak nak bagi alasan walhal aku tahu kenapa aku begitu. Pagi ni.. aku google kembali gambar gambar mereka sewaktu kecil dahulu. Qhaliff , 6 tahun aku jaga sendiri. Zahra, dah masuk 4 tahun. Aariz, 2 tahun.. 




Bukan mudah nak jadi penulis ni dan pada masa sama nak jaga anak dan dapatkan $$ yang mencukupi untuk cover semua hutang piutang , setiap bulan ! Aku bukan ada pendapatan tetap. Kalau aku tak bergerak , maka tiada yang masuk. Aku tiada setiausaha. Aku tiada penganti. Sakit demam camana sekali pun , aku kena juga menulis ! Otak kena senantiasa ligat. Cari idea yang segar setiap hari. Tiada istilah bercuti... kerja , kerja dan kerja.. Bukan aku nak sangat tapi terpaksa ! 

Itu tak ditambah lagi dengan masalah masalah yang datang tiba tiba , tanpa dijangka ! Hurmm..Takda yang bertanya. Sendiri kena pendam. Sendiri yang kena selesaikan. Nasib baik ada 3 orang anak... penguat semangat untuk terus berjuang. 

Kena terus berjuang... 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments





Cepat masa berlalu. Tau tau mereka besar dah. Dari tak reti berjalan... sekarang dah berlari. Dari tak reti bercakap..sekarang dah mengajar kita kembali. Dan paling menarik. mereka meniru setiap perbuatan kita. Permainan pertama yang mereka akan bermain bersama ialah , main masak masak atau ibu dan ayah. Kemudian si sulung yang dah bersekolah , akan main cikgu cikgu dengan adiknya. Perhatikan setiap tutur kata mereka ketika mereka bermain. Siapa mereka tiru ?

Budak sekarang semakin bijak. Aariz yang belum pun cecah 2 tahun , dah cepat sentap dengan bapak dia. Pastu bijak membodek untuk menangkan hati ayahnya.Hurmmm... Kita kena hati hati dengan mereka. Apa yang kita tunjuk pada mereka , akan diserap 100%. Mereka belum bijak lagi untuk menilai mana baik dan mana yang buruk. 

Maka , berhati-hatilah... Nak marah anak anak tu boleh , tapi perlu bijak menangkan semula atau mereka akan simpan dalam hati...berhari hari. Jangan biarkan jadi batu dalam hati mereka kerana mereka akan kembalikan kepada kita.. atau adik beradiknya. 

Kita yang corakkan mereka.... 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Dah pandai dah diaaaa.. Pandai nak berjalan jalan amik angin. Kalau tak bawak , dia meraung dengan begitu cemerlang sekali ! Boleh menghadirkan rasa geram. Hahahaha.. Geram nak gigit dia. Tapi bukanlah nak marah pun. Dia pun reti bosan duduk dalam rumah. 

Minggu ni , aku ulang alik ke umah mak. Banyak kerja melibatkan blog dan juga group KBBA9. Ada je agenda dan program. Macam minggu ni , ada projek Fotophone yang dikendalikan oleh group KBBA9 sendiri. Satu lagi pencapaian cemerlang.. InshaAllah.. Dan aku ada banyak meeting. Maka terpaksalah aku tinggalah diorang sementara pada mak. 

Tenaga pengajar dari Sony ! 

Sebab itulah bila Aariz nampak je aku.. dia punya sondol kat aku.. aduh... Ajak keluar dari rumah. Lepak depan umah pon jadilah. Hahahaa.. Dan dia punya lepak amik angin tu.. fuh , macam orang tua. Tengok sana ... tengok sini.. pastu bebel bahasa Jerman. 

Bila tengok dia.. rasa kasihan dan bersyukur. Dikala ramai anak rakan rakan tidak sihat. anak aku begitu ceria. Alhamdulillah. Sebab tu aku kata jangan merungut ! Banyakkan bersabar dan bersyukur. Kan ? Memang budak budak gitu... rileks sudah... heeeee...
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Jam 8 pagi. Aku bersiap nak gi gym. Qhaliff tengok aku ngan muka seposen. Aku wat tak nampak dan keraskan hati. Aku nak lama skit kat gym sebab biasanya hujung minggu takda orang sangat. Maka aku boleh guna macam macam mesin yang ada... 

Aku keluar ... hidupkan enjin. Termenung jap. Hurmm.... Aku masuk balik. 

" Gi mandi cepat... ". Arah aku pada Qhaliff. Dengan pantas dia berlari masuk bilik air. Dan cepat cepat bersiap. Pastu dia amik kasut baru dia. Aku tanya kenapa bawak kasut baru tu ? Dia kata nak gi gym ? Macam daddy tuuu laa.. 

Aduhhhh.. kes naya sungguh laa.. Nasib baik la aku jenis tak merokok. Kalau tak , jenuh nak menjawab dengan dia kenapa dan mengapa ! 


Dan sampai gym... dia pun bersiap... Fuh , beria... mesti nak sado gak ni ! Nak lawan daddy la tuu.. huhu.. Lepas dia pakai kasut.. dia mintak handphone.. Layan game ! Tu je tujuan dia gi gym !!! Bila takda  orang , baru dia berani nak usik sana sini.. hurm... Bagus gak. Dia tak ganggu orang lain. 

Dia bagitau mak dia yang dia ada 'island'. Dia nak hilangkannya.. macam daddy ! Huhuhuh.. Daddy gak jadi role model ! 


Daddy kena berusaha lebih kuat ni. Kena tunjuk contoh contoh positif pada sorang lagi anak jantan ! 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Seronok dia.. Sejak di Melaka hari tu lagi dia nakkan kasut tu ! Nak beli kat sana , Zahra pun jerit nak. Tapi size takda. Untuk elakkan berlakunya drama di shopping mall tu , maka dua dua la tak dapat..termasuk ibunya sekali ! Walhal... Qhaliff dah pegang dah kotaknya.. huhuh.. Sian.

Dan sejak dari hari tersebut , dia pun dok bisik dan heboh kat tadika dia yang dia nak beli kasut baru. Aduhhhh.... pandai tul main psikologi. Hari-hari dok tanya bila nak gi Alamanda. Menurut wife , dia beria nak beli kasut baru sebab nak gi trip nanti. Huhhhh.... dah macam anak dara lak ! Nak gi sana sini , mesti kena beli sesuatu yang baru !!! 

Tadi , gi IPC Shopping Centre.. kat situ ada kedai yang sama.. maka belikan je la. Nasib baik Zahra tak mintak gak.. kalau tak , memang bergolok gadai la bapak dia. 


Selepas dapat apa yang dia nak.. maka dia jadilah anak yang sangat dengar kata serta peramah. Banyak suara dan memuji. Harap satu hari nanti , dia tak jadi ahli politik. 

Aku bukanlah nak manjakan dia sangat tapi aku nak dia ingat... kalau dia berkesempatan membaca entri entri aku yang ditulis khas untuk dia ,  aku nak dia ingat dan tau yang apa dia dapat tu bukanlah dari ehsan mana mana kerabat diraja atau duit dana mana mana tabung kebajikan mahupun amanah tapi hasil titik peluh bapak dia setiap malam bercengkang mata mencari rezeki.. mencari idea.. mengerah keringat.. di kala orang lain tidur , bapak dia dok pikir apa yang perlu dibuat untuk memastikan setiap hari akan dapat diteruskan kehidupan dia dan keluarganya. 

Yer.. Qhaliff perlu tau.. dulu datuk dia pun begitu juga. Aku pernah mintak kasut bola dari ayah.. dan dia meminjam duit dari kawan kawannya... lalu dibelikan kasut bola yang aku nak sangat ! Selepas aku dapat tau mengenainya... air mata tumpah tanpa henti. Menyesal ? Hurmmm.. satu je dia nak iaitu aku gembira ! 

Yer.. aku pun nak tengok wajah anak aku gembira. Biarlah aku susah sekejap... asal anak anak gembira. 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Jam dah tunjuk 12 lebih..tengah malam ! Lagi beberapa minit nak cecah jam 1 pagi ! Zahra masih berusaha lawan mata dia. Aku tutup tv.. dia meraung. Camana eh nak buat ? Kang dia bising , abis semua bangun. Dah bertambah masalah aku.. 

Aku cuba satu lagi trick.. harap berjaya la ! Sebelum ni , berjaya gak la... Tapi tak bagus trick ni sebenarnya.. tapi aku nak cuba. Aku kasi dia tab.. Dia suka laaa... Dia layan My Little Pony. Siap menari nari ! Adehh... kesilapan sungguh. 

Aku amik balik , lagi kuat dia meraung. . Aku tutup lampu. Tiba-tiba aku teringat ! Ok, terus aku pasang Lagu Anak Islam.




Tau apa berlaku ? Dia automatik kasi aku tab tu.. dan tarik selimut. Dan , tak sampai 5 minit... lena dah ! Huhhhhh.... 

Sebelum ni memang aku 'dendangkan' Aariz dalam buaian. Memang lena berjam jam. Kalau ngan mak dia , memang tak jalan la.. heee.. Ngan aku jer. Tapi aku kena 'join' zikir sekali la.. Bukan pasang jer.. 

Macam tadi.. Aariz dah sangat mengantuk..Mak dia masih sibuk mengemas. Maka aku la tidurkan dia. Masuk bilik... ngadap buaian. Aariz tarik sendiri buaian tu.. Hahaha.. ketara mengantuk tuu. Terus aku masukkan dia dan pasang zikir... 

Lenaaa...


Alhamdulillah... saja anak anak ni nak bapak dia kumpul banyak pahala... Huhuh..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Aku tak suka garang dengan anak-anak kecil terutamanya anak anak aku sendiri. Cakap sehabis lembut dah dengan mereka. Tapi kalau aku dah tukar jadi 'Hulk' ... Hulk original sendiri boleh bertukar jadi manusia dan bertukar jadi Flash ! Haaaaa..

Malam tadi.. betul punya marah aku kat diorang... Qhaliff dan Zahra. Ceritanya gini..Tak pe la. Cerita tu biarlah aku je tahu. Tapi yang pasti , ianya mengundang kegeraman aku yang amat sangat. Dan diorang buat muka cool jer ! Bertambah geram la aku. 

Bila aku bertukar , baru masing masing cuak ! Sebenarnya tak la geram mana sangat tapi kena ajar skit diorang supaya ada rasa takut dengan bapak dia ni haa.. Diorang tau bapak diorang ni manjakan diorang. Tu amik kesempatan masing masing.. Grrr...

Nah... bila dah 'amuk' , masing masing lena terus. Tak payah nak dodoi dodoi dah. Zahra pun tak berlengangkan aku pun semalam.. lena jer ! Adeh.. boleh pulak ! Tapi kesian gak la. Hurmm... Sian tu , kesian la.. Cuma kes semalam tu , rasanya kena didik skit supaya kena pandai jaga kebersihan terutama di rumah. Nanti dah sekolah , diorang dah bersedia dan tau apa kena buat.. Tak de la kena marah ngan cikgu lak nanti. 



Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Berlatar belakangkan rumah flat tempat bapak dia membesar, yakni aku.. sebagai tanda kenangan yang mana flat ni bakal diruntuh untuk dibina apartment yang berpuluh tingkat tingginya , pastinya akan menghadirka sejuta kenangan buat aku dan mereka. 

Sedih sebenarnya... tempat ni ada banyak kemudahan untuk kanak kanak. Jika nanti dibina apartment yang tinggi melambai , pastinya semua ni tiada lagi atau jika ada pun , nak bermain kat sini tak semudah sekarang... 

Qhaliff , 6 tahun.. Zahra 4 tahun dan Aariz 2 tahun. Tak lama lagi , diorang akan tengok balik gambar gambar mereka masa kecil dan tersengih seperti mana aku tunjuk kat Qhaliff , gambar dia masa baby. Dia sendiri tak percaya yang dia dulu tembam dan debab.. 

Dan gambar ni nanti , aku nak diorang kenang... daddy dia cuma membesar di rumah flat gini jer. Kecil tapi gembira. Dia sekarang membesar di rumah yang besar.. Beruntung dapat rumah yang luas! Dengan ni dapat memberi dia inspirasi untuk lebih berjaya di masa akan datang... Begitu juga dengan adik adik dia.. 

Seronok sebenarnya duduk kat flat ni tapi sayangnya.. zaman ni zaman pentingkan diri sendiri. Hurmm.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Ingat lagi aku.. satu tika dulu ketika Zahra masih kecil. Ada yang cam perli laa. Kenapa dan mengapa Zahra punya rambut gitu.. apasal terpacak pacak ? Aku mampu senym jela.. Memang Zahra masa kecik dulu rambut dia tak lebat sangat dan kelihatan cam sedikit pelik. Heeee.. aku senyum je la bila orang kata gitu. 

Faham faham je la mulut manusia ni.. kan ? Ada je tak kena !


Zahra tak banyak karenah pun. Dia ngam ngan abang dia. Senang je mereka berdua. Nak ke hulu ke hilir berdua dalam kereta pon ok jer. Makan pun tak memilih. Senang bela kata orang. Heeee... Cuma sayang part menyusu badan tu jer.. tak sampai cam abang dia , 4 tahun. Zahra 2 tahun lebih jer..

Dan dia semakin membesar... Sekejap je masa berlalu. Anak dara ni semakin ikut jejak aku. Muka masam memanjang ! Hanya kan tersenyum dengan orang tertentu atau bila dah ngan dengan seseorang. Dia ni jual mahal... dan garang ! Kelemahan dia ? Hurmm, senang sangat ! 



Pertama kali gunting rambut.. 

Sekarang dia dah 4 tahun usia. Tahun depan dah boleh masuk tadika. Ikutkan tahun pon boleh dah tapi rasanya biarlah dia abiskan masa dengan aku dulu di rumah dengan adik dia , Aariz. Latih dia jadi kakak dulu sebelum lepaskan dia. Kasi ada rasa tanggungjawab di rumah.. 

4 tahun... bijak dah dia. Cepat tangkap dan kembalikan balik pada kita ! Kena bijak guna psikologi dengan dia ni. Atau dia takkan berganjak dari tempat duduk dia ! 



Bertudung ? Daahh.... dia sibuk dah mintak nak pakai tudung. InshaAllah nanti senang je dia nak tutup aurat. Lentur dari sekarang.. kan ? 

Pasni Aariz lak.. The Joker dalam rumah ! Apa lak ragam dia. Ni pon dah pandai bergaduh dah diorang bertiga.. 
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes