Alamak... daddy terlupa la , Zahra !

by - Khamis, Mei 09, 2019

Aku ingat dah sebelum tu. Tapi terus terang , aku tak ingat pun ! Selepas wife bagitau , baru aku teringat. Semalam hari lahir Zahra. Aku dah plan nak ucap tepat jam 12 tengah malam. Tapi terlena la pulak ! Pagi hari , kelam kabut dengan sekolah. Terlupa nak ucap. Dah petang , baru teringat. Tu pun selepas wife bagitau ! Rasa bersalah sungguh ! 

Dalam kereta.. petang semalam. Ketika bervideo call dengan Zahra , dia cakap ngan aku.. 
" Daddy tak wish happy birthday kat Aara pun ? ". Adoiyaiiii ! Hampeh la bini aku sorang ni. Dia la tu yang bisik kat Zahra ! 

" Malam ni , kita gi Alamanda eh. Aara nak beli apa ? Daddy belanja. ". Pujuk aku . Terus dia cakap apa dia nak. Hurm... Perempuan. Bukan susah nak pujuk Kan kan ? Ajak je gi shopping.. Ok selalu !



Sesungguhnya , anak kedua ni memang misteri orangnya !

Begitulah nasib anak kedua , kan ? Aku anak kedua. Harijadi bukanlah satu kepentingan pun. Dah usia 42 tahun ni, tak pernah la ada kenangan sambut harijadi dan aku tak kisah pun. Asalkan aku panjang umur dan sihat dah. Nak makan kek pastu tunggu dapat hadiah tu, tidak la sama sekali. Tapi ada la mak dan arwah ayah kasi duit bila harijadi tu. Beli la apa aku nak. Hee.. Cuma takda la nak tiup kek bagai aihhh... Aku pun segan ! Hahahaha...

Cuma aku respek sungguh la pada insan insan yang rajin nak buat sambutan harijadi ni. Kalau aku , tak rajin nak buat semua tu. Nak persiapkan.. nak kemas. Fuh , penat siot ! Aku nak kawin satu tika dulu pun , penat nak berkenduri. Pengsan 2 hari weh ! Hahahaha..  

Antara sebab aku tak berminat dengan majlis majlis ni , bukanlah sebab penat tapi isu selepas majlis. Ada je yang tak puashati ! Makanan tak cukup , tak sedap , tak dilayan... mm mcm hal ! Baik tak payah buat ! Senang !

Selamat Hari Lahir , sayang !

You May Also Like

11 comments

  1. Happy Birthday Aara. Betul tu, dapat shopping pun ok. Hahaahahha..

    BalasPadam
  2. Happy beday Zahra. Nama sama anak saya. Tapi dia Fatimah az Zahra

    Saya follow sini!
    [Jemput blogwalking blog saya] :)

    BalasPadam
  3. Selamat hari Lahir Zahra..Semoga menjadi anak solehah & berjaya dunia akhirat...Acik pun anak ke-2

    BalasPadam
  4. Hikmah daddy terlupa tu Aara..hihi..sanah helwah Aara.Moga jadi anak yang menyenangkan insan disekelilingmu..aamiin.

    BalasPadam
  5. Happy birthday Zahra.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..
    Anak no 2 memang misteri dan unik.. :)

    BalasPadam
  6. Happy birthday Arra, Semoga semua impian awak menjadi kenyataan..

    BalasPadam
  7. happy birthday, zahra..! semoga sentiasa comel, dimurahkan rezeki & kesihatan yg baik. amin..

    BalasPadam
  8. Happy Besday Ara,yeyayyyy shopping heheehhe...kannnn malasnya nk ngemas kalau buat majlis ehhhh hehhe...family tak ajar gak sambut2 besday...tiup kek bagai,org kg hehehe

    BalasPadam
  9. suka statement anak ke2 memang misteri..pasangan saya anak no2..susah juga nak memahami beliau

    BalasPadam