Buffet Ramadan : Pilihan di tangan korang. Apasal nak meroyan ?
Tergelak aku baca tweet akak Maya Karin ni. Yelah , takkan baru tau kot ? Selama ni buffet Ramadan di hotel punya harga murah ke ? Pastu nak bunyi pasal kanak kanak punya harga ? Budak budak memang la makan skit jer tapi perlu tahu la kan.. diorang makan camana ? Amik sini skit.. amik sana sikit.. Makan tak abis. Dah amik yang lain. Camana tu ?
Aku bukanlah pengemar buffet Ramadan sejak umur 40an ni. Tak larat nak makan banyak banyak. Tengok makanan berselera tapi bila nak makan... sikit jer boleh masuk. Sebab tu bila ada jemputan berbuka puasa , aku fikir masak masak. Pergi hanya untuk penuhi jemputan jer. Selepas solat Maghrib , makan sedikit pastu balik. Makan cuit sana sini. Amik yang terasa nak makan. Yang nak makan banyak , silakanlah. Perut masing masing.
Kalau nak murah , ada jer restoran yang buffet Ramadan yang murah. Contohnya , di Utan Cafe.
Kanak kanak cuma kena charge RM10 jer. Makanan sedap sedap cuma tak seperti di hotel yang terlalu banyak pilihan ! Di Utan Cafe ni , makan makanan yang memang nak dimakan. Haaa.. Sedap lak tu ! Kalau tak caya, gi tengok sendiri la kat Facebook Utan Cafe. Muka muka pelanggan yang puashati !
Kalau nak jimat , buat cam aku jer. Makan kat rumah. Buka dengan kurma,air suam disusuli dengan air protein untuk bekalkan tenaga . Pastu solat. Lepas solat , makan la sedikit. Apa yang ada atas meja tu je aku jamah. Alhamdulillah.. dapat tenaga semula untuk teruskan kehidupan.
Nak lagi jimat ? Buffet Ramadan kat masjid kan ada. Apa nak susah ? Free jer. Nah... segalanya di tangan kita. Ikut kemampuan dan selera masing masing. Rasa mahal , jangan bising. Ada orang nak makan besar sesekali bersama keluarga dan sahabat handai.
Kan kan ?
5 comments
iyeee...buffet ramadhan harga ratus tu tengok la tempat kat mana...dan pilihan makanan dia macam mana...banding dengan yang harga rm50 ke bawah..
BalasPadampernah je try yang bawah rm100, tempat jauh sikit, pilihan makanan pun tak banyak..tapi tetap puas hati macam yang rega rm100 lebih...sebab bole rasa semua pilihan yang tak banyak tu...
sedap ke tak sedap, itu subjektif! gituhhh
betul, awak nak mahal ke nak murah nak percuma ke ..pilihan kat atas diri awak sendiri okay.
BalasPadamHaritu aku dah menaip panjang-panjang Ben nak up pasal kes ni, sebab aku pun dapat tempias gak gara-gara ye la pomot hotel harga mahal tapi tu laa..dah nama pun blogger untuk bg info dan sebar, so mungkin kita tak mampu tapi ada yang mampu tengah mencari..
BalasPadamTapi sebab taknak panjang cite, tak jadi aku post huhuh..
Terpulang hak memasingkan, rasa mahal jangan pergi makan. Kita rasa mahal, ada yang kata murah..susah nak puaskan hati orang..
Padahal mereka tak tau, kita pergi pun makan alaa seciput je, cuma memenuhi undangan aje ..tu pun rezeki dapat bawak anak, dapatlah anak merasanya..
Betul tu.. Pilihan ditangan dan poket masing-masing..
BalasPadamBetul pilihan atas tangan masing-masing. Ada yang jual tudung harga ribu riban pun ramai je yang membeli, baju2 designer yang dijual dengan harga puluh2 ribu malah ada yang mencecah ratus ribu sepasang,ramai jugak yang membeli.sebab rakyat malaysia ni mampu. Mampu membeli. Pada yang tak mampu, ada lagi pilihan yang lebih murah,contoh mcm beli tudung kat jalan TAR jer,pun tetap tutup aurat jugak,sama je mcm beli tudung harga tudung ratus2, ribu-riban tu,dosa pahala tetap Allah akan hitung walaupun pakai tudung harga juta-juta. So,pilihan kat tangan masing-masing. Kalau nak makan dalam suasana yang selesa ,berairkond,tak sesak,dan ada duit pergi je lah makan buffet ramadhan di hotel-hotel semua tu.
BalasPadam