Jika blogger mula mengkritik...

by - Selasa, Mei 14, 2019

Bila aku dipanggil buat review makanan , aku sedikit cuak ! Yelah , aku ni bukanlah tau memasak pun. Makan telur setengah masak pun dah kira sedap giler ! Ni kan pulak nak suruh nilai masakan orang ! Haaa.. Pastu nak promote pada pembaca blog dan juga rakan rakan di media sosial ! 

Serius.. aku paling takut nak tunjuk ibu jari tegak ! Tapi lagi takut nak tunjuk jari tengah ! Haa.. Maksudnya jika pergi review kat tempat tu , makanan dia tak sedap atau biasa biasa jer tapi dikatakan sedap giler aihhh ! 



Maka cara aku mudah jer bila pergi buat review.. Makanan tu kena dengan tekak aku, bukanlah keutamaan. Yang utama ialah layanan , kebersihan , persekitaran yang selesa seperti tandas, surau , tempat letak kereta , mesra kanak kanak dan sebagainya. 

Aku pernah buat review burger yang sedang viral beberapa tahun lepas. Bila aku makan , aku cam.. hurmm.... hurm... camana nak tulis eh ? Takkan nak tulis sedap walhal tidak ? Dan kebetulan , pemilik restoran tu datang bertanya pada aku akan burger tu. Aku berterus terang pada dia , tak sedap! Dia terkejut. Aku minta maaf sebab aku tak boleh tulis di blog mengenainya. Dan pemilik restoran tu minta aku datang sekali lagi dan berjanji akan perbaiki. 

Pernah juga buat review di sebuah restoran popular satu masa tapi dah mula suram. Bila ke sana , banyak sangat kekurangan yang aku nampak. Aku berterus terang kepada pemilik dan mintak dia perbaiki jika dia nak kedai dia tu kembali laris. Bab makanan tu , dah tak segah seperti yang diperkatakan. Apa yang aku boleh buat ialah bagitau mengenai jualan makanan di situ. Bab sedap atau tidak , bergantung pada tekak masing masing. Dan masalah muncul bila ada rakan pembaca pergi ke sana dan bagitau tak sedap mana pun ! Malu pun ada !!! 

Dan satu lagi masalah ialah... bila blogger pergi buat review , masakan memang power power belaka!  Tapi bila kita pergi semula sebagai pelanggan biasa , masakan dah tak semenarik ketika pergi review ! Salah siapa ?? 

Sebab tu sekarang ni, aku memilih untuk pergi buat review makanan. Kalau melibatkan lokasi yang menarik , aku nak ! Contoh seperti Utan Cafe dan BBQ Lamb Kemensah. Dua lokasi menarik ni , membuatkan makanan automatik jadi menarik. Ditambah layanan yang mesra. Menutup kelemahan atau kekurangan yang ada. Sememangnya tiada yang sempurna walaupun di hotel. 

Seperkara lagi... di negara kita ni tak leh nak jujur sangat. Jujur kang , kena blacklist seperti aku dah kena. Hahahhaa.. Tak jujur , kata menjilat lak ! Dah tu ? Ikutkan aku.. aku lebih suka nak kritik. Masuk masuk restoran tu , cari kekurangan tapi kita diajar untuk cari kelebihan berbanding kekurangan sebab kita sendiri pun tak sempurna. 

Bab makanan ni.. sememangnya orang nak sedap sedap jer makanan  tapi payah sebab lidah dan tekak kita berbeza ! Bagi aku , nasi McDonalds sekarang ni sedap !! Dan ada yang kata macam nasi mamak jer ! Nak kata apa kan ? Yang penting , kakitangan senyum selalu. Tak sedap pon , jadi sedap.

Bila diberikan komen atau nasihat , ada pulak yang tak boleh terima. Mau pulak dia update status hentam kita. Jenis yang boleh terima , akan bagi private message. Bukan mudah nak jadi blogger ni.  Sememangnya aku suka jenis yang mencari kekurangan ni. Seronok tulis berbanding nak mengampu ni. Hahahaha..



You May Also Like

6 comments

  1. Betul aben. Ada blogger tulis semua sedap.Kita ni pon pergi la support,sekali tak sedap.Roti kosong dia lg sedap dari yg ***** . Kecewa sangat.. Datang jauh tau. Iskkk.

    BalasPadam
  2. Sedap itu subjektif Ben...so kita makan kita tulis pada yang sedap bagi tekak kita, kalau tak sedap memang aku tulis kurang sedap bagi tekak aku..kadang kita kata sedap, org kata tak sedap, begitulah sebaliknya kan ...

    BalasPadam
  3. Barulah betul, sedap katakan sedap tak sedap katakan tak sedap setel masalah..tuan kedai pun tahu kekurangan n upgrade bg rasa sedap...terbaik bro

    BalasPadam
  4. Lepas ni kalau buat food review kena tulis disclaimer siap2. Apa yg sedap bagi saya belum tentu sedap bagi orang lain.. Hehehe

    BalasPadam
  5. dh cuba nasi mcd tu gak... memang sdappp... pekena plak ngan ayam spicy dia yg rangup tu. pecah peluh !! puashati :D

    BalasPadam
  6. yup btl3..nk review benda tak betul pun tak elok juga..

    BalasPadam