Pertama kali terima whatsapp dari Qhaliff !

by - Rabu, Mei 29, 2019


Wife balik kerja. Aku bersiap untuk keluar. 

" Daddy nak pergi mana ? " Tanya Qhaliff. 

Aku senyum. " Daddy ada work. Malam nanti baru balik.. ". 


 Kurta dari Nawy.My . Suka pakai kurta ni sebab kain dia selesa giler ! Dan designya memang menepati citarasa aku.

Semalam aku gi berbuka puasa di Cyberview atas urusan kerja. Boleh tahan berbuka di situ. Banyak giler pilihan. Katanya lebih 300 juadah ! Perghh.. Harga sekepala pun leh tahan gak la. Heee..Tapi aku hanya mampu makan beberapa jenis jer. Entah mengapa , aku takda selera sangat nak makan tapi aku lapar ! Hahahaa..

Selepas register nama... dapat la cenderahati menarik gitu. Hee... Saja aku amik pink sebab tau Zahra akan nak punya.


Selesai berbuka , aku dapat mesej dari wife. Sebelum tu pun aku dah dimaklumkan oleh Qhaliff.. Dia kirim Cheezy Wedges ! Huhuh..  Ok la... Dah set mana nak gi beli. KFC Kota Warisan , 24 jam. Dan dalam perjalanan pulang tu aku terima mesej lagi..



Aku beli 2 set. Aku punya ayam. Dan sampai je rumah... Ayam aku , Qhaliff amik. Cheezy Wedges tu aku makan ! Abis la gemuk woiiiiii !  Pagi ni , wife bagitau yang mesej tu ditulis sendiri oleh Qhaliff. Awalnya aku ingat wife yang tulis. Huhuh.. Abis laaa pasni ! Sibuk bermesej la ngan daddy. Dan bahaya gak Qhaliff sekarang ni..

" Daddy.. daddy cakap ngan sapa tu ? " Tanya dia bila tengok aku dok bercakap di telefon dengan seseorang. Dan dia akan tanya...

" Kenapa orang tu telefon ? " Haaaa... gitu sekali haaa .. Pastu akan cerita kat mak dia ! Memang tak boleh ikut aku kalau aku gi mana mana event dah pasni. Hahahaha..

You May Also Like

5 comments

  1. wah..pandai dah qhalif type mesej..

    BalasPadam
  2. Episod 1 :Zahra..maggi dan gula-gula
    Episod 2 :Qhaliff dan Cheezy Wedges
    Hehehe..

    BalasPadam
  3. Hahahhaha reporter dah Qhaliff habis lah daddy...habislahhhhhhh hahahaha terus daddy xmo bawak pi event...gituuu

    BalasPadam