Taste of Shanghai di Putrajaya Seafood Restaurant , khas untuk Ramadan saja !

by - Khamis, Mei 16, 2019

" Yeaayyyyy... Kita nak makan kat mana , daddy ? ". Tanya Qhaliff.

" Suprise ! Ikut jer..". Jawab aku ringkas. 

Tak banyak cerita.. semua naik ke bilik atas untuk mandi dan seterusnya bersiap. Walaupun mereka tak berpuasa, tapi diorang tau , berbuka puasa di luar sesekali memang best ! Aku pun saja bawa untuk hilangkan tekanan diorang belajar di sekolah walaupun baru darjah 1. Hahaha.. Memang nampak stress terutama bila melibatkan kerja rumah ! Hu.. 

Destinasi kali ini ialah Putrajaya Seafood Restaurant  yang terletak di Taman Botani, Putrajaya. Waze jer Putrajaya Seafood Restaurant.. confirm jumpa  punya. Tak susah pun. Sebenarnya , lama dah aku teringin nak datang makan kat sini tapi tak berkesempatan. 

Dan tempat ni pun ada kenangan terindah. Hee.. Di sini la aku selalu berdating ngan wife... masa bercinta dulu ! Heee.. kembali bersama 3 orang anak dah ! Hahahaha.. Alhamdulillah , ada jodoh untuk bersatu. Lalalaaa..


Ahaa... Aku suka permandangan di Taman Botani ni. Kena pulak petang tadi , hujan lebat. Maka cuaca sejuk dan menarik. Alhamdulillah. Hujan berhenti di kala kami nak ke sini. Aku risau gak sebenarnya sebab aku tak berani nak memandu dalam keadaan hujan lebat. Pengalaman dilanggar dari belakang membuatkan aku jadi begitu. Hee.. lari topik lak ! 

Ok.. Jangan risau di sini. Pengawal keselamatan ada merata rata. Dan pastinya mereka yang nak berbuka puasa di luar rumah ni , akan tertanya tanya.. surau ada ke ? Makanan halal ke ? Parking camana lak ? Senang tak ? Semuanya terjawab di kala aku di sini. Surau bersih. Parking percuma. Tandas bersih. Makanan halal. Apa lagi nak tau ? View jgn cerita la.. memang best ! Korang ada pilihan nak makan di dalam atau di luar. Merokok tidak dibenarkan. Maka nyaman la suasana kan ? Hee.. 







Ok.. Korang ada pilihan di sini. Tiada buffet untuk tahun ni. Korang boleh makan ala carte atau juga menu khas untuk Ramadan ni iaitu Taste Of Shanghai gitu..Telah bermula pada 7 May hari tu dan akan berakhir 2 Julai 2019. Bagi yang mengemari masakan cina , boleh la cuba menu ni ! 

Untuk Taste Of Shanghai , ada 3 menu pilihan. Menu A , RM65  per pax untuk 2 orang makan. Menu B , RM75 per pax juga untuk 2 orang makan. Dan Menu C , RM85 per pax untuk 4 orang makan. Bagi aku, harga ni berpatutan la malah ada yang kata murah ! Haaa.. murah la kan ?



Aku pilih set Menu C. Berbaloi makan untuk 5 beranak. Memang kenyang la dan best part ialah , makanan tak abis tu boleh dibungkus bawa pulang ! Nah.. tak payah dah nak masak untuk sahur ! Heeee.. Tak membazir la kan ? 

Penuh satu meja. Semua sedap sedap belaka.

Agak unik rasanya bagi aku yang pertama kali menikmatinya.

Makan ngan nasi goreng , sedap woii ! 

Patut rasa ni ! 2 mangkuk ni memang aku punya ! Aariz , suka gak. Abang dan kakak dia taknak. .



Sedikit maklumat tambahan.. mereka juga menerima tempahan untuk catering serendah RM50 sekepala.  Haaa , tunggu apa lagi ? Gi la rasa sendiri. Pastu komen kat sini eh... kalau tak sedap , komen kat chef sana ! Hahahaha.. 

Taman Botani Putrajaya

Precinct 1, 62000 Putrajaya

Untuk tempahan :

Tel : +603 8889 1188


You May Also Like

17 comments

  1. Wow.. best giler menu dia.. banyak btul..

    BalasPadam
  2. X pernah perasaan pun restoran ni sepanjang dok turun putrajaya..Hehehhe..Menarik jgk tempat ni.Tak penuh dgn org.Santai ja..

    BalasPadam
  3. lauk tu, sungguh mewah. Nampak menyelerakan

    BalasPadam
  4. Ehh murah lah harga set tu. Kalau beli kat bazar Ramadhan pun dah melayang rm50 sefamili, baik tambah skit pi restoran ni leh makan selesa, tak yah berhidang & basuh pinggan bagai hahahaha

    BalasPadam
  5. Menarik lah menu taste of shanghai ni...haaa skrg tercari2 port nak sambut besday husband juju..okey take note this place. Tq ben kasi idea.

    BalasPadam
  6. Lama dah teringin nak mkn kat sini, nanti kena cuba ni. Harga set dia pun takdelah mahal sgt!

    BalasPadam
  7. Wah, best yer meriah menu berbuka kat sini. Bagus lah tak habis boleh tapau, takde la membazir kan

    BalasPadam
  8. Wahh ketam dia nampak menyelerakan!

    BalasPadam
  9. Harga berpatutan .. mmg best dapat bawak family berbuka dengan suasana cam gini.

    BalasPadam
  10. menarik.Romantik la pula tempat ni yea.Sesuai sangat utk aben.Ehehe..betul2 mengimbau ni.

    Btw ketam tu nampak mengancam la.Taklah mahal harga utk 2 org yea

    BalasPadam
  11. fuhhh ... penuh meja memang puas hati sangat kalau gini . bawak family best ni !

    BalasPadam
  12. Kebahagiaan itu bilamana anak-anak gembira. Begitulah.

    BalasPadam
  13. bestnya dahla murah. nak cuba laaa

    BalasPadam
  14. ikan tu sedapnyaaa...best bawk family makan dekat luar

    BalasPadam
  15. Untuk 4 orang RM85 ok lah.

    BalasPadam
  16. dah call utk reservation..menu set C tu charge 85 for maximum 4 person

    BalasPadam