Jom ke HalFest 2019 di MIECC, Seri Kembangan !
Semalam aku ke HalFest 2019 ( Halal Fiesta Malaysia 2019 ) di MIECC , Seri Kembangan. Kesilapan aku ke sana ialah dengan menggunakan Grab ! Hahaha.. Kenapa ? Heee.. sebab bila aku masuk je dalam dewan pameran , aku cam... woww ! Banyaknyaaa produk produk Halal tempatan ada di sini ! Shopping makanan wooo ! Dan peluang terbuka luas untuk jadi agen serta mencari rakan perniagaan. Mau kena pandai cari dan bijak berkomunikasi.
Ketika aku sampai tu, (lepas solat Jumaat ), dijadualkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr.Wan Azizah akan tiba untuk merasmikan HalFest ni dan turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mujahit Yusof.
Aku pun tunggu la sekejap. Nak dengar sendiri apa yang mereka ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia mengenai perniagaan Halal di Malaysia ni. Sebagai orang Islam , adalah wajib aku utamakan produk produk Halal yang berada di depan mata aku. Bukan apa.. benda benda makanan ni , bila masuk dalam badan kita akan jadi darah daging. Makanan yang tak bersih, akan rosakkan kita juga ! Sebab tu pentingnya makanan terutamanya ni , perlukan yang Halal ! Kan kan ? Haa..
Kemudian aku masuk ke dalam dewan pameran. Ramainya orang !! Melayu , Cina, India pun ada wooo ! Produk Halal ni bukan untuk orang Islam jer.. Yang bukan Islam pun nak sebab mereka tahu akan kualiti serta mutunya sewaktu menghasilkan produk produk ini !
Sewaktu pusing dewan ni , aku kagum sama sekali ! Produk produk Halal ni bukan calang calang punya produk. Mereka menanti masa saja untuk ke luar negara. Hanya memerlukan 'jambatan' yang sesuai jer !
Ada yang tak paham kenapa perlu ada cop HALAL ni ? Cop HALAL ni secara umumnya la kan.. produk yang dihasilkan itu terhindar dari kekotoran ! Bayangkan lokasi sewaktu produk tu dihasilkan.
Ni baru sikit jer ! Haaa.. Kalau aku cerita part camana sebilangan pekerja terutamanya di restoran tu, mesti korang kata aku buat fitnah ! Nah , korang pandai pandai la korek sendiri ! Sebab tu bila nampak ada HALAL tu , InshaAllah segalanya terjamin kerana untuk dapatkan HALAL tu amat payah dan sukar prosedurnya. Tapi ramai usahawan dah berjaya dapatkannya. Dan ramai usahawan yang bukan Islam turut memohonnya kerana sememangnya ramai dah tahu akan 'keistimewaan' perakauan HALAL ni !
Ayam Bismi ! Dah cuba beberapa kali beli secara online. Bagus !!
Kebanyakkan produk produk makanan di dalam Halfest ni. Aku mencari produk Cosmoderm untuk dibeli.Stok dah abis. Kot kot la ada diskaun kat sini. Hehehehe.. Kenapa Cosmoderm ? Sebab produk Cosmoderm ada perakauan HALAL dari Jakim. Dan sememangnya Cosmoderm dah sebati dengan aku. Malah ramai kawan kawan aku pun dah cuba. Terus jatuh cinta gitu !
Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman bersama produk Cosmderm
Hurm.. tak jumpa lak. Ramai orang. Sana sini menawarkan produk produk mereka. Aku takut .... aku takut duit abis ! Hahahaha.. Maka aku suruh wife beli secara online jer la. Ada diskaun gak buat masa skang ni. Beli secara online di web Cosmoderm lebih mudah ! Tak perlu nak berebut sama sekali !
www.cosmoderm.com.my
12 comments
Meriah. Alhamdulillah ramai dah mula sedar produk Halal ni penting untuk semua.
BalasPadamNampak banner dia haritu. Hehe mcm best ni semua produk confirm halal
BalasPadamJom best halalfest ni...
BalasPadamShowe gel mmg beli online..susah yakmat nak.beli di watson semua..xdak stok
BalasPadamBetul tu aben. Nak dapat halal ni pegawai perlu particular banyak.
BalasPadambagus pameran halfest ni. Dapat info berguna. Baru terbuka mata tentang isu halal ni. Banyak cabang rupanya
BalasPadammenarik program ni, apatah lagi sekarang musim mencari barangan halal, ayam bismi tu menarik. nak cuba jugak nanti!
BalasPadamItulah pasal, kadang bila kita tanya ada tak cop halal , melenting marah huhu padahal untuk kebersihan juga
BalasPadamMenarik...rasanya kena pi jugak Kat sini, tgk sendiri baru best...
BalasPadamdekat seri kembangan ye..menarik ni...
BalasPadamNak pi. Nak pi. Tapi tak tau lah betul2 nak pi ke x..
BalasPadamBagus ada program camni, kita lebih peka dan ambik tahu pasal produk² halal.
BalasPadam