Health Tour 2/2020: Pengalaman bersama STIKES Hang Tuah , Tanjung Pinang dari Indonesia
Kali ini , rombongan dari STIKES atau Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Indonesia pula. Dan buat pertama kalinya aku menjejaki kaki aku ke jeti Berjaya Waterfront Jetty Terminal. Barulah aku tau yang mana situlah pintu masuk pelancong pelancong dari kepulauan Riau seperti Tanjung Pinang dan Batam.
Weyy !! Banyaknya aku tak tau mengenai pengangkutan laut ni ??? Ingatkan selama ni nak ke Indonesia , naik kapal terbang jer. Mudah dan pantas. Rupa rupanya, jalan laut antara yang sering mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan juga Indonesia. Fuh...
Ok..sambung cerita..Ini pengalaman ke dua aku dalam dunia Health Tourism. Selepas menyambut mereka di pintu masuk , En. Nash atau Nasaruddin Mohein dari NQ Services ( sudah berpengalaman lebih dari 7 tahun dalam bidang Health Tourism ) , membawa mereka terus ke bas pesiaran yang sudah menanti sejam lebih awal. Aku pun join sama la. Tugas aku ialah melogkan segala pengerakkan mereka.
Rombongan terdiri dari 22 orang pelajar , 5 orang staff dan 2 orang guru atau dosen. Mereka ini adalah bakal bakal jururawat yang mana akan menghabiskan pelajaran mereka pada hujung tahun ini dan seterusnya akan menabur bakti dalam dan juga luar negara.
Mereka akan dibawa ke tempat tempat pendidikan dan juga ke tempat pelancongan dalam negara. Maknanya , belajar sambil melancong gitu. Kalau belajar saja pun boleh stress kan ? Maka , biarlah santai santai tetapi serius !
Antaranya , mereka ke MAHSA University yang mana mereka akan diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar berpegalaman puluhan tahun lamanya serta dibawa melawat ke makmal makmal perubatan yang mana pelajar pelajar dari Tanjung Pinang ini amat kagum sekali melihatnya.
Seterusnya mereka ke KPJ Damansara Specialist Hospital. Di sini mereka berpeluang melihat sendiri kemudahan kemudahan perubatan sambil diberikan penerangan bermaklumat. Turut juga mereka diberi ceramah ringkas mengenai IVF yang sering dibuat di situ oleh pengajar berpengalaman. Satu ilmu bermakna buat mereka dan juga aku.

Bagi menenangkan fikiran mereka.. hehe... Mereka dibawa ke tempat yang mereka inginkan seperti KLCC , Bukit Bintang , Central Market , Seremban , Kuala Pilah dan juga Batu Caves. Alhamdulillah , segalanya berjalan dengan baik. Mereka selamat pulang ke Tanjung Pinang menerusi Johor Bahru dengan menggunakan feri. InshaAllah , ada peluang.. aku nak ke Tanjung Pinang untuk melihat sendiri adat dan budaya di sana pula.
Jutaan terima kasih kepada Dato Seri Dr. Heri Priatna dan Soni Hendra Sitindaon atas peluang dan kepercayaan yang diberikan pada NQ Services.
11 comments
Bagus program macam ni, berjalan negara orang, dapat tambah ilmu.
BalasPadamSerius Eirna pun x tau ada alternatif mcm tu. Macam best ja dgr.
BalasPadamseronok la lawatan sambil belaja gini. mcm2 ilmu dpt spnjg join prog gini
BalasPadamProgram yang bagus, secara tak langsung memperkenalkan lg Malaysia di mata luar selain dapat bertukar ilmu
BalasPadamWah sambil berjalan dpt.ilmu
BalasPadamPergh baru tau boleh ikut jln darat erk.. Seronok diaorg dpt join rommbongan ni..
BalasPadamWah... Beruntungnya pelajar-pelajar ni. Program yang bagus sekali, ambil menimba ilmu dapat berjalan mengenali Malaysia. Good luck semua!
BalasPadammenarik. sambil belajar sambil berjalan
BalasPadamsemoga mereka sukses dlm menimba ilmu kejururawatan & jadik jururawat yg b'jaya 1 hari nanti.
BalasPadamSekali sekala dapat melawat tempat2 menarik best jugak kan. Bagus la ada program macam ni. Byk ilmu tu
BalasPadamKalau kat penang org indonesia or malaysia akan ikut jalan laut ke indo
BalasPadam