Tekanan darah naik, bagaimana nak turunkan dengan segera ?

by - Sabtu, November 21, 2020

Asam keping di Lazada. Tapau banyak banyak. 


Adik mesej di grup Whatsapp. Katanya  tekanan darah mak naik. Beberapa hari dah. Terus aku call mak aku. Tanya apa yang dia salah makan ? Aku memang dok selalu je nasihat untuk jaga pemakanan. Jangan makan makanan luar selalu sangat. Tak bagus untuk kesihatan. Kita tau makanan yang dijual di luar tu, sukatan dan kualiti bahan bukanlah dari yang terbaik. Maaf cakap la yer.. Masing masing pun nak untung kan? Pembeli nak murah , penjual nak kena cover kos dan juga nak untung sikit. Ok la.. Pandai pandai la memasing. 

Mak aku kata dia takde makan apa pun.. cam biasa jer.Huhuhu.. Tak caya aku. Aku kena pergi lawat dia gak dan tengok sendiri. Nasib baik dia duduk dengan adik perempuan aku. Boleh la jugak dia dan anak anak dia tengokkan mak. 

Bila aku ke sana.. adik ipar aku cakap mak aku aritu dok sedap bedal satu jenis makanan ni. Haish... gula ada.. garam ada ! Lengkap ! Adoi. Patut la naik tekanan darah. Bangun tidur , sakit kepala. Berpinar pinar. Dan sangat tak selesa. Yer , aku tau sebab aku dulu rajin dapat. 

Tapi selepas aku amalkan air asam keping atau asam gelugur seminggu 2 kali , Alhamdulillah.. aku takda masalah dengan tekanan darah tinggi walaupun aku tak check. Hahaha.. Camana aku tau ? Kalau aku bangun pagi dengan segar bugar.. takda pening kepala atau berpinar. tu tandanya aku ok ! Dan paling utama ialah penjagaan makanan. Memang wife masak akan skip garam dan gula untuk aku. Huhuh.. Kalau makan di luar tu, aku kena tengok kedai mana aku masuk. 

Air Asam Keping atau Asam Gelugur. 

Cara nak buat tak susah. Dapatkan  asam keping yang original. Yang baru lepas dijemur. Ada je jual kat kedai kedai. Dapatkan yang tebal tebal isinya. Pastu basuh sedikit. Rendamkan asam keping tu dalam air panas. Biarkan hingga suam. Oh ya, letak dalam 4-5 keping. Lagi masam lagi bagus.  Sakit perut ? Bagus juga sebab asam keping ni bagus untuk turunkan berat badan. Bila sakit perut tu tanda nak keluarkan hampas dalam perut tu jer.. Ok la..



Dah suam, minum sampai abis. Satu cawan ! Selepas minum, gi baring dulu.. Rehat dalam sejam. Itu jika sebelah pagi. Jika sebelah makan , minum air tu sebelum tidur. Pastikan rehat yang cukup , bila tekanan darah naik. Sangat bahaya bila tekanan darah naik, kita dok buat kerja di dapur atau masuk tandas. Tu pasal ada kes tergelincir di tandas ! 

Pastikan suam ketika minum. Jangan simpan dalam peti ais. Tak menjadi sangat. Mak aku , dia buat dalam bekas besar pastu simpan dalam peti ais. Tu pasal tak menjadi. Aku suruh adik aku buatkan suam pastu terus minum. 

Alhamdulillah.. aku call baru ni, tekanan dah turun. Takda dah pening pening selepas bangun tidur. Aku pun macam tu. Memang akan minum setiap hari Isnin atau hujung minggu... pagi dan malam.

Moga bermanfaat. Oh ya.. pastikan dapatkan pemeriksaan lanjut juga dengan doktor.

You May Also Like

4 comments

  1. Un rendam, sampai kulat...hahaha nampak.tak.malasnya nak minum.. biar tettutup dlm.gelas, sampai lupa.

    BalasPadam
  2. Sama.. Mak pun amalkan cara ni jugak. Lagi satu buat jus timun

    BalasPadam
  3. Saya memang suka makan asam keping yang ditambah ke dalam masakan tu... tak sangka pula boleh buat sebagai air minum untuk mengurangkan tekanan darah tinggi... nanti nak cuba juga lah... thanks Aben atas perkongsian ini...

    BalasPadam
  4. Apa rasanya tu.. Kene cuba sekali la.. Hehehe

    BalasPadam