Alhamdulillah. Aku sembuh dari virus Covid 19 Stage 5 !
Sejujurnya aku terkejut bila tengok postingnya di Instagram. Seorang yang cukup happy go lucky dan meriah serta aktif. Tiba tiba tengok terdampar begini ! Aku cam.. Allahu ! Semalam baru tengok posting dia kat gym.. workout dengan badan sadonya ! Tiba tiba.. ?
Sebenarnya dah 2 orang kenalan aku di Instagram sakit teruk akibat Covid 19. Seorang lagi bukan calang calang orangnya. Berpangkat besar dan bergelar Dato. Selepas tu , postingnya banyak ke arah kebaikan. Alhamdulillah..
Aku rasa ramai nak tau kisah kawan ni. Bagaimana dia melawan Covid 19 yang ramai dok pandang rendah kemampuannya jika di dalam badan kita ! Jangan main main yer.. Kawan kita ni , 30 hari dalam wad melawan Covid 19 !
Semoga kita amik pengajaran dan kesedaran ! Patuhi SOP. Jarakkan diri ketika berbual. Guna Face Mask. Senantiasa basuh tangan. Jangan bersentuhan ! Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Tak kira la ko di negeri PKP atau tidak ! Buat masa sekarang , kita kena anggap mereka di depan kita tu , berpotensi ada Covid 19 ! Diorang positif, kita juga yang akan ikut join kena kuarantin !
Dari Instagram bro ZickoSyah
Syukur Alhamdulillah. Aku sihat juga selama berberapa hari melawan virus covid-19. Ni antara serba sedikit pengalaman aku kena virus covid19. Moga moga ada yg baru dijangkiti atau yang belum kena jangkiti , kita ambil iktibar semoga kita di jauhkan dri dijangkiti virus ni. Ramai menganggap kalau terkena ni , kena kurantin 2 minggu bagi pnadol dan boleh balik ternaya tidak covid ada peringkat dia. Ni serba sedikit tahap jangkitan covid19:
Terdapat 5 peringkat klinikal COVID-19.
- Tahap 1. tanpa gejala.
- Tahap 2. simptomatik dan tiada radang paru-paru.
- Tahap 3. simptomatik dan radang paru-paru.
- Tahap 4. simptomatik, radang paru-paru dan oksigen tambahan diperlukan.
- Tahap 5. sakit teruk dengan kegagalan multiorgan.
Sebenarnya sebelum kena masuk wad aku sudah demam on off. Makan panadol sihat pas tu sakit balik . 5 hari juga aku tahan sakit d rumah. Lepas tu ada kekuatan sikit baru la p hospital, Lepas check doktor sahkan aku POSITIF COVID-19.
Sedih juga tapi tawakal ja mau sembuh, aku kurang bernasib baik sebab aku mempunyai symptom yg teruk, ada jenis covid x symptom. ni antara symptom aku:
- demam
- sakit kepala
- hilang deria bau
- Sesak nafas
- batuk
Lepas chek aku terus kena bawa di pusat kurantin Kota Belud. Malam pertama aku bergelut sendiri demam yg teruk sakit kepala , demam time tu teruk suhu 38.8 . Sampai la malam ke 2 di pusat kurantin di Kota Belud aku kena chek dan di bawa semula ke hospital untuk rawatan chek tekanan darah dan sebaginya.
Sampai ja naik kerusi roda p emergency HQE. Ndak menyangka time tu aku boleh terkena virus, bila tgk kiri kanan semua pakai PPE perasan time tu jgn cakap la takut pun ada sebab yala covid ni mana ada ubat !!
Time di emergency aku kena check jantung paru-paru dan mmg covid sudah serang paru-paru badan penuh dengan wayar time tu . Lepas 8 jam di emergency aku terus di bawa masuk wad biasa untuk hari pertama d HQE. Malam pertama d wad biasa aku mula rasa demam tapi dalam keadaan terkawal. hari kedua keadaan aku makin teruk nafas makin sesak, malam tu juga aku dipindahkan wad , tingkat 3 di HDW( unit rawatan rapi ) sebelah dengan ICU.
Sampai di HDW baru oksigen aku dinaikkan lagi, sebab nafas makin sesak serius mmg susah bernafas padahal aku takda sejarah asthma dan sebagainya. Keadaan aku makin terkawal di HDW. Keesokkan harinya keadaan aku makin sesak nafas dan ditukar lagi oksigen yg lagi tinggi. Mcm2 jarum kena. Serius sakit lagi-lagi kena jarum saraf nadi untuk check tepat oksigen dalam badan.
Selama berapa hari di HDW, kencing & berak semua d atas katil. Tapi aku jarang buang air besar time di HDW. Tapi pernah sekali aku buang air besar semuanya dI atas katil..😢 Paling risau adalah bab meneran. Bila-bila masa boleh sesak nafas. Yes, lepas meneran aku sesak nafas yg xampun. Kesian nurse semua dorang yg buat bersihkan. Aku keluar juga air mata. Balik-balik aku ucap “ tq nurse” “ Ndak apa, bha. Bisa sudah kami yg penting kamu sihat ”. Hanya Allah balas jasa baik dorang selama aku di sana . Tq nurse dan doktor yg jaga aku d hdw HQE1. Sedih kencing dan buang air besar d katil .
Keadan pun semakin hari semakin ok. Aku boleh sudah bcakap dulu time masuk wad bercakap ja aku penat dan boleh sesak nafas. Tapi, alhamdulillah makin ok. Doktor ada check jantung dia cakap ada bengkak sikit dan takut paru-paru ada darah beku. Pas tu dorang akan buat CT Scan untuk detail. Masuk terowong ct scan mmg seram lagi lagi masuk ubat dalam badan. Risk dia ubat tu boleh rosakkan buah pinggang tapi Alhamdulillah keputusan ct scan ok.
Alhamdulillah lepas berapa hari di HDW, oksigen makin pulih dan paru2 mula berkembang dan boleh bernafas dengan tenang, tidak lama tu aku dipindah ke wad biasa tapi masih pakai bantuan alat pernafasan.
setelah 4 hari d wad biasa perkara yg paling happy adalah aku x perlu sudah guna bantuan alat pernafasan. syukur alhamdulillah dan selepas 11 hari d wad barula merasa masuk toilet !
Paling happy bila dapat mandi. Ya Allah.. teruja mandi setelah 13 hari tak mandi. Menangis dalam toilet berdoa time mandi 😢. Alhamdulillah keadaan aku di wad biasa makin ok cuma kadar gula dalam badan naik mungkin disebabkan ubat dalam badan dan selama di wad aku hari2 kena insulline.
Keadaan aku semakin hari semakin ok di wad biasa. Alhamdulillah. tapi tangan pula bengkak bekas jaram ( bengkak yg amat sakit ) ambil masa lama nak pulih keluar wad pun masih bengakak dan sambung makan antibiotic.
Selain bengkak bahu pula tisu koyak, mmg sakit tak dapat tido dalam wad xtau pasal apa mungkin terlalu banyak baring d wad atau sakit sudah lama . Lepas keluar wad aku sambung buat rawatan di biorehab. Sekarang masih buat rawatan susulan di Birorehab.
Pesanan untuk semua ..
Dont be selfish!!!
Frontliners keje siang malam tanpa rehat dah setahun, ambil risiko yg sgt tinggi. Kes makin naik, hospital penuh, ambulan smpai tak cukup. Wang ringgit tak payah cakaplah. Berapa dah hbs, tapi masih ade lagi yang jenis dont care dont bother, sebab ape, sebab tak kene kat batang hidung sendiri.
Semoga doa yg ikhlas dr semua ni Allah makbulkan dan hapuskan lah musibah yg melanda kita semua dan selamatkan semua pesakit yg sedang bertarung dgn Covid 19 ni.. ya Allah.
.
Ameen YRA
Zicko Syah
Bekas pesakit covid19 Stage 5 "
Begitulah sedikit perkongsian darinya. Sedikit sebanyak memberi kesedaran buat aku dan juga rakan rakan yang merasakan Covid 19 ni cumalah selsema biasa saja. Kalau dah kena , sembuh dalam masa yang singkat, Alhamdulillah.. Jika berpanjangan , moga moga cepat kembali sembuh seperti sedia kala.
5 comments
Betapa teruk bila dah terkena..tapi kat tempat Ema ni macam kebal belaka..dah tak pakai facemask..berhimpun..bersukan. moga dijauhi dari covid ni
BalasPadamSemoga dapat dijadikan iktibar buat semua.
BalasPadamALhamdulillah! Semoga Ben sentiasa sihat
BalasPadamBaca pun tau covid ni bukan main2
BalasPadamBetul, jangan pandang remeh sebab Covid ni memang serius. Jangan anggap KKM saja tipu figure jumlah pesakit sbb nak dapat beli vaksin. Terus jangan SOP, moga kita semua dilindungi!
BalasPadam