Cerita sebenar kenapa makcik tu buang sampah ke dalam sungai.

by - Rabu, Januari 06, 2021

 "ASSALAMUALAIKUM WBT. 

BERKENAAN DGN VIRAL SEBUAH KERETA BERHENTI ATAS JAMBATAN TOHOK SAMPAH KE DALAM SUNGAI..SATNI ADMIN TELAH DIHU8UNGI OL£H KELUARGA PIHAK YG DI VIRAL BELIAU MEMOHON BERBANYAK2 MAAF..

SE8ENARNYA. MEREKA RARU BALIK DARI BERUBAT DI KUALA KRAI.. PIHAK MEREKA DISURUH OLEH PERAWAT TRADISIONAL SUPAYA MEMBUANG BARANG 'SAKA ' ITU KE DLM ARUS SUNGAI YG MENGALIR. JADI ITU SEBABLAH KENAPA MEREKA MEMBUANG BUNGKUSAN 'TU KE DALAM ARUS SUNGAI. MOHON SEMUA PIHAK..

TOLONG HENTIKAN MENYE8AR DAN MEMAKI HAMUN KELUARGA I'lU. KASIHANILAH MEREKA..DRP VIRAL KES ITU..MENYEBABKAN PESAKIT TU..MENANGIS DAN KEMURUNGAN..HARAP PUAK2 KITA BOLEH FAHAM SITUASI YG MERE)(A ALAMI. "
 

Video tu ada aku kongsikan jugak di Facebook aku. Geram sebenarnya bila melihatkan perbuatan gitu ditambah lagi dengan situasi banjir begini. Perbuatan membuang sampah keluar dari kereta tu memang tak dapat diterima sama sekali. Tapi selepas penjelasan begini.. nak kata apa dah kan ?

Benar atau tidak... Wallahualam.  Cuma yang merisaukan. pasni jika ada yang buat perkara yang sama , mau jugak dia kata nak buang saka dia lak ! Adoi la.. naya gini.. Huhuhu..

Video tu dah pun aku delete dari Facebook aku. Jika benar katanya , aku minta maaf juga sebab share.

You May Also Like

3 comments

  1. Perbuatan empunya diri tu yang menimbulkan fitnah. Tapi pihak tu dah bagi penjelasan dan minta maaf. Apa boleh buat..

    BalasPadam
  2. Blh buat di tempat yg lebih privacy dan tertutup.

    BalasPadam
  3. elok mak cik tu bertaubat
    "Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam."Riwayat Muslim (5957)

    "Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW." Riwayat Ahmad (9171)

    BalasPadam