Jangan kongsi jika tak pasti !

by - Ahad, Januari 17, 2021

Jumaat , 10.42 malam.. terima mesej . Posting mintak sumbangan. Aku terus abaikan mesej tu. Tapi aku tak delete sebab aku tak check lagi kandungan Instagram si penghantar.. Keesokan petang hari, aku baru berkesempatan nak belek semula. Aku sibuk uruskan Zahra yang demam dek kerana mandi kolam terlalu lama. Huhuh.. 

Sepatutnya aku ikut bisikan hati aku. Kalau ikut , mungkin jalan ceritanya lain ! Walaupun perit , tapi banyak hikmah dari apa yang berlaku. Kena pastikan selepas ni... hati hati ! Jangan mudah percaya atau mudah kasihan. Periksa sumber dan banyakkan bertanya. Jika was was , jangan sesekali kongsi ! Atau kita akan menanggung akibatnya.  

Semalaman aku tak tidur. Memikirkan ayat ayat yang perlu aku lontarkan ketika membuat laporan nanti. Perlu tepat dan betul. Bukti kena ada. Tunjuk pada anggota yang mengambil report supaya report atau laporan tu betul kandungannya.

Ketika ni.. akan nampak la sapa kawan sebenar kau ! Ketika hilang semangat.. ketika segalanya rasa tidak berbaloi inilah muncul kawan kawan yang menyokong memberi kembali semangat menghadirkan senyuman seterusnya. Bukan kerana mudah gelabah tapi sebab tak sangka sama sekali. Kita berniat baik untuk bantu orang rupanya ditipu hidup hidup ! Terus tak berani nak berkongsi dah apa apa di media sosial ! 


Yang pasti.. pengajaran kali ni sangat mematangkan aku. Walaupun dah berbelas tahun dalam dunia media sosial , tapi di zaman sekarang ni.. zaman ramai manusia semakin hitam hatinya... tak kisah dah halal atau haram. Yang penting , poket berisi ! 

Insaf aku.. insaf.. Pasni memang 500% aku akan berhati hati bila melibatkan posting ! Bukan sebab takut dek polis tapi ianya akan melibatkan semua ! Diri kita dan ahli keluarga kita.  Semua terpalit. Sahabat handai mahu juga karier kita.. 

Selesai. Masalah selesai dengan baik. Alhamdulillah.



You May Also Like

4 comments