Kalau begini pembelajaran kelas secara online maka..
Aku duduk depan dia. Buat kerja aku sendiri. Dan pada masa sama , aku mendengar suara cikgu dia yang mengarahkan pelajar pelajarnya menyalin soalan. Mata pelajaran Matematik. Tajuk Nilai. Lega aku dengar.
Dia dah belajar minggu lepas dan malam tadi di kelas tambahan Matematik bersama Fly High Training Centre. Aku tak nak dia jadi cam aku. Lemah Matematik bukan kerana tak tau atau bengap tapi sebab tak faham konsep ! Bila yang asas dah lemah , maka yang akan datang.. memang ke laut dalam la !
Kemudian cikgu tanya dah abis salin ke belum ? Aku suruh Qhaliff screen shot dan save walaupun dia dah abis salin. Aku suruh dia buat jawapan tapi dia tak nak. Katanya nak buat sama sama dengan cikgu nanti. Aku angguk. Betul gak tu.
Kemudian cikgu kasi latihan kedua. Cerakinkan. Kedengaran cikgu mintak muridnya berikan jawapan pada salah satu soalan. Ada murid bijak berikan jawapan. Pastu , dia suruh abiskan menyalin. Tiba-tiba segalanya sunyi sepi ! Apa dah jadi ? Aku tengok jam... belum cukup setengah jam lagi. Masalah internet sejak dari semalam.. tak selesai lagi ? Bila segalanya dah ok , dalam kelas di.. tinggal 3 orang . Lain hilang ! Aik ?? Abis dah kelas ? Hurm.. tu je la ?
Aku tergaru kepala. Jenuh cam ni. Aku terbayangkan murid lain yang tak masuk kelas.. dan takda gajet serta internet untuk dapatkan ilmu ! Bagaimana mereka nak teruskan pembelajaran ? Siannya mereka. Allahu Akhbar... Kerajaan dan Kementerian kena lakukan sesuatu dengan segera ! Atau kita akan lahirkan ramai rakyat yang buta ilmu selepas ni... Takkan nak salahkan Covid 19 gak ?
Ada cikgu yang komited , akan buatkan satu video teknik dan cara menyelesaikan masalah latihan yang diberi. Takkan nak suruh murid tengok di Youtube kan ? Baguslah ada cikgu yang buat kaedah begini. Alhamdulillah.. murid faham.
Selepas kelas Matematik , Qhaliff teruskan kelas Bahasa Arab. Aku dengar Ustaz tu mengajar. Bagus sekali. Murid bertanya , dan dia menjawab dengan tenang dan nada yang lembut. Aku yang dengar pun terasa sejuk hati.
Masalah yang timbul semasa kelas online ialah murid tak mute atau matikan microfon. Dengar adik mereka menangis.. suara mak menjerit dan pelbagai lagi suara. Cikgu dah arahkan tutupt tapi... krik krik ! Parents , tolong eh.. perhatikan juga anak anak tu. Jangan lepas on laptop terus hilang !
Kos mendapatkan ilmu di zaman Covid 19 ni sangatlah tinggi sekali. Aku yakin ramai mula mencongak untuk mengadaikan barang kemas yang ada atau keluarkan duit simpanan... demi masa depan anak anak.
4 comments
Perjuangan pengajaran dan pembelajaran terkini. Moga para guru dan murid Allah permudahkan urusan berkongsi ilmu dan menuntut ilmu. Aamiin.
BalasPadamKadang-kadang bebudak nih banyak sangat benda sampingan dier kat rumah tue... tu yang mudah divert perhatian tue... huhuhu... sabor je la bhai..
BalasPadamC++
bertabahlah budak2 sekarang, nak tak nak tetap kena hadap
BalasPadamApakan daya... Sebagai ibubapa hanya Usaha semampunya jer.
BalasPadam