Kelas tambahan sekolah rendah dan menengah memudahkan mak ayah cam aku ni ha !

by - Selasa, Januari 19, 2021

Semalam , buat pertama kali Qhaliff join kelas online. Suka dia ! Tak sabar nak duduk depan laptop dan belajar dan pada masa yang sama , dapat kawan serta cikgu baru. Nasib baik ada kelas malam online ni. Boleh dia buat latihan dengan cikgu berpengalaman dan paling penting dia tak boring dah di rumah. Dia tau tiap malam dia akan akan belajar. Tak lagi boring ! Ngadap gajet pun lama lama tepu ! 

Semalam kelas Bahasa Melayu. Aku duduk sebelah dia dan tonton sendiri bagaimana cikgu BM tu ajar. Memang murid murid dalam kelas tu beri perhatian dan turut amik serta dalam pembelajaran tu. Maksudnya , cikgu tanya , diorang jawab. Cikgu kasi soalan , diorang jawab. Dalam tempoh masa singkat , masing masing memberikan komitmen. Cikgu pulak takda la serius memanjang. Sangat membantu murid.

Malam ni Matematik. Ahaa.. Tahun 3. Alhamdulillah. Aku bukanlah nak stresskan dia. Buat mana termampu je. Aku tak nak bila dia besar nanti, dia cakap mak ayah dia tak bagi dia pelajaran dan salahkan mak ayah dia. Sekurang-kurangnya , dia belajar , dia faham dan dia praktikan dalam kehidupan dia. Bukan sekadar untuk lulus dalam peperiksaan dan masuk universiti ! No no no ! Tidak sama sekali. Aku nak dia jadi manusia yang berguna pada agama , negara dan bangsa ! 

Bulan Februari ni , Zahra join lak untuk Tahun 1. Aku nak tengok camana dia lak. Kelas online untuk Qhaliff dan Zahra , malam jer.. Ok la. Kena susun atur waktu gym aku semula. Huhuh..







Kalau korang nak tau dengan lebih lanjut , boleh terus whatsapp ke Puan Fida di 011-56998919







You May Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah. Pengisian waktu melalui agenda menuntut ilmu.

    BalasPadam
  2. eh samalah , nnt kelas zahra. nnt kita masuk kelas sama2 k.. sekelas lah kita gituu

    BalasPadam
  3. bagus. bagus. BEN, takpe ke anak-anak kecik pakai headphone?

    BalasPadam
  4. assalam, okay ke kelas online yang ni, saya masih cari kelas online untuk anak.

    BalasPadam
  5. assalam, nak tanya, okay kelas online yg ni ye, saya masih cari kelas online untuk anak

    BalasPadam