Sapa nak jaga adik kalau daddy dah takda ?

by - Jumaat, Januari 22, 2021


Bawa dia bersenam. Lama dah tak berjalan jalan dengan dia. Disebabkan diberi keizinan mereka yang bersenam ni boleh berdua, maka aku bawa Qhaliff naik turun bukit.. dan melawat ke sekolah dia. Hilangkan rindu dia pada sekolah. Dan dia memang rindukan kawan kawan dia. 

Sambil berjalan tu... aku banyak menasihati dia. Dia diam jer. Sesekali menyampuk. Dia tak puashati kenapa asyik dia 'disuruh' buat itu ini bila di rumah. Suruh buatkan roti coklat.. susu untuk adik adik dia. Kemas katil dan sebagainya. 

" Asyik abang , abang.. abang jer.. Ingat butler ker ?" kata Qhaliff. 

Aku jawab.. " Qhaliff.. kalau daddy takda nanti... sapa nak tolong ibu ? Sapa nak jaga adik adik Qhaliff , yer ? Nak orang amik adik adik Qhaliff ke ? Nak berpisah dengan diorang ? Kalau abang sendiri tak rajin.. camana ? Qhaliff dah besar. Kena ada rasa tanggungjawab. Bukan kecik lagi. ".

Dia senyap. 

"Daddy ngan ibu.. sayangkan Qhaliff , Zahra ngan Aariz. Diorang kecik lagi. Nanti dah besar skit, diorang pun kena belajar bertanggungjawab macam Qhaliff sekarang ni. " sambung aku sambil tepuk bahu dia. 


Begitulah... Sejujurnya , aku tak merasa seperti mana mereka rasa. Arwah ayah aku terpaksa bekerja keras siang malam untuk mencari rezeki besarkan anak anak dia. Tak berpeluang untuk berjalan berdua dengan dia. Tapi , aku mengerti. Dia nak kehidupan keluarga dia senang. Tak nak tengok anak anak dia tak cukup makan dan pakai ! 

Aku pernah teringat dulu.. aku nakkan sepasang kasut bola berkualiti. Dia termenung. Dia ajak aku ke kedai. Sebelum tu, singgah ke pejabat dia. Tak lama kemudian , dia keluar dari pejabat dia. Dan terus ke kedai.. Bila aku teringat akan hal tu, aku bertanya pada arwah ayah... Dan dia cakap , dia terpaksa pinjam duit untuk membeli kasut yang aku nak tu. Mengalir air mata aku.  Sejak tu, aku tak mintak dah benda mahal mahal dari dia. 

Pengalaman kehidupan , mendewasakan kita. Cuma keadaan jer berbeza. Jalan cerita.. tetap sama.

You May Also Like

2 comments

  1. Sekarang kalau ditanya pada PC apa yang PC harapkan..salah satu harapan dan doa PC adalah nak babah mama sihat.Masa kecil anak-anak banayak protes kenapa itu mengapa begini tapi seiringnya waktu semua itu akan menjadi satu titik kesedaran dan mungkin penyesalan.

    BalasPadam