Dok dengar je sebelum ni ASAP Steamboat And Grill sedap dan terletak di Puchong. Huhuh.. Tak berkesempatan lagi aku nak merasa makan kat sana. Tapi sekarang , aku boleh pergi je bila bila masa. Kenapa ? Sebabnya ASAP Steamboat And Grill dah buka cawangan terbaru mereka di Bandar Baru Bangi dan menariknya mereka masih mengekalkan konsep yang sama iaitu ' berstimbot' di dalam suasana kampung yang mana mementingkan hiasan dalaman yang unik serta ruangan parkir yang luas serta mencukupi bagi para pengunjung. Er , 250 orang dalam satu satu masa. InshaAllah.
Dari rumah aku, di Sepang nak ke ASAP Steamboat And Grill cawangan Bandar Baru Bangi ni tak jauh mana pun. Dalam 20 minit dah boleh sampai. Terletak di Desa Sentosa Fasa 2 , nak ke sini cuma perlu Waze jer.. Set ke Desa Sentosa Fasa 2 , inshaAllah jumpa.
Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam , ASAP Steamboat And Grill yang mana dimiliki sepenuhnya oleh Nurul Izzah Catering ini cuma mengenakan bayaran sebanyak RM42 seorang bagi orang dewasa dan kanak kanak cuma RM21. Ok la kan ? Puas makan woo.. Macam macam pilihan ada kat sini. Confirm balik kekenyangan sangat sangat. Huhuh.. cam aku.
Sememangnya luas dan menarik ASAP Steamboat And Grill cawangan Bandar Baru Salak Tinggi ni.
Luas. Parking mudah. Tandas dan surau yang selesa turut disediakan. Maka , jangan risau la yer. Kebersihan amat tip top di sini.
Dirasmikan oleh Tuan Haji Haron Khamis pada 1hb Julai 2018. Baru je kan ? Masih bau kedai gitu.. Aku yang bukan peminat steamboat pun berpuashati makan di sini. Alhamdulillah.. Dengan harga RM42 tu, pastinya korang akan pulang dengan senyuman. Yang bestnya , makan sambil bersantai di sini.
Sedap dan banyak pilihan gitu. Er , ada 115 jenis pilihan makanan disediakan di stesen buffet termasuklah aneka pilihan Yong Tau Fu seperti pepahat , kepah , lala , udang , kerang , sotong dan banyak lagi. Tidak lupa juga buat pengemar daging.. ada kambing , lembu , ayam dan ikan. Menariknya setiap hidangan daging ni diperap dengan empat jenis perapan... BBQ , Asap Spicy , Madu dan Black Pepper. Sedap ? Hehehe.. sedap !
Bagi yang ingin kan kelainan , ada juga nasi goreng , mee goreng , spagetti bolognese , sup tulang dan nasi putih. Untuk anak anak pulak ada ais krim , dadih , jagung kukus , pau , hot dog dan banyak lagi.
Ada kugiran juga yer. Tak la boring dan senyap je.. Hehehe.. Layan wooo !
Sedap nampak ? Hahaha.. Yeaghhh.. Pastikan korang tempah awal awal sebelum datang. Takut penuh jer.. Hehehe..
Rajin rajin tengok Instagram ASAP utk promosi terkini.
Info ASAP STEAMBOAT AND GRILL cawangan BANDAR BARU SALAK TINGGI :
Alamat : Jalan Taman Sentosa , Desa Sentosa Fasa 2 , 43650 , Bandar Baru Salak Tinggi , Selangor.
No Whatsapp untuk tempahan : 013 766 8944
Instagram : https://www.instagram.com/asapsteamboatgrill/