Saranan yang tular di media sosial oleh netizen.
Secara jujurnya , aku sokong 100% ! Berdasarkan pengalaman aku mengajar di sekolah dan juga berkhidmat di kementerian, pemakaian guru dan juga penjawat awam memainkan peranan yang bagi aku sangat penting.
Yang pertama , kita boleh nampak disiplin di kalangan mereka. Kedua , bangga dengan jawatan serta perkhidmatan yang meraka dukung. Secara tidak langsung , mereka akan memberikan perkhidmatan dengan jujur , ikhlas dan juga amanah.
Ketiga... boleh kesan mana mana penjawat awam atau guru yang kaki curik tulang. Jumlahnya kecil tapi ianya mampu memberi kesan negatif pada rakan sekerja mereka. Ini yang patut dielakkan. Tak kira la apa jua pangkat dan juga jawatan , mereka patut bergerak sebagai satu pasukan... kan ?
Dan yang keempat... di pejabat pejabat kerajaan , pemakaian yang sopan perlu dititikberatkan. Ini boleh elakkan masalah masalah yang tak sepatutnya berlaku seperti gangguan seksual dan sebagainya. Tolong jangan komen kata nenek tua pon kalau nak kena kacau pon , kena kacau gak.. Perempuan bertudung litup pon belum tentu baik perangai ! Nah... itu isu lain ! Sekarang ni kita fokus pada ... ko nak kerja ke nak gi majlis keramaian ?
Kelima... penjimatan ! Banyak jimat wooo... Bayangkan kalau pakai baju koperat setiap hari dan hari Khamis baju batik... nahhhh , pastinya para suami akan tarik nafas legaaaa.. kan ? Dan isteri mereka akan cantik berpakaian bila keluar bersama pasangan mereka jeee.. yakni hujung minggu.. kan kan ?
Tak yah sentap !