3-4 bulan lepas , bil elektrik melambung hingga hampir mencecah RM500 ! Ramai mengadu akan kenaikan mendadak ini ? Apakah puncanya?
Terbang tinggi sang helang ,
Ke tanah jua mencari rezeki ,
Bil elektrik sudah datang ,
Degup jantung tiba tiba terhenti !
Eh , terpantun juga aku. Hahahaha.. Ok ok.. kita nak memekak kat media sosial tiada guna kan ? Apa yang boleh kita lakukan ? Yang pertama , perhatikan pergerakkan bil elektrik anda. Pastikan korang simpan segala bil yang ada yer. Mudah untuk urusan di masa hadapan.
Jika kenaikan begitu pelik , sila ke Kedai TNB yang berhampiran dengan korang. Buat aduan di sana dan bawa bil bil berapa bulan yang lepas dan jua yang terkini. Telefon pon boleh tapi aku suka pergi. Senang nak cerita. Malas nak ulang cerita nanti.
Dalam masa 7 hari bekerja , tindakan akan diambil seperti juruteknik TNB datang ke rumah untuk membuat siasatan. Dalam kes aku ni, rasanya aku buat report minggu lepas. Selasa dia datang. Cepat la juga. Terima kasih TNB !
Pemeriksaan meter dilakukan. Katanya penggunaan elektrik memang tinggi di dalam rumah. Siasat punya siasat , rupanya aircond di luar rumah aku ni ha yang menjadi punca ! Er... yeke ? Aircond ni dipasang hampir 12 jam di sebelah malam dan jika aku ada di rumah di sebelah siang , yer.. aku akan pasang ! Kalau tak pasang , berkuap rumah woiii !!
Dinasihati aku untuk tukar aircond yang lebih baik. Mungkin aircond ni bermasalah. Aku rasa aku kena guna kipas berdiri tu la kot. Kipas cam kat kedai mamak tu. Heeehee... Dan katanya jika bil datang lagi bulan ni , dengan jumlah yang tinggi , buat sekali lagi report. Anggaran dia sepatutnya bil aku dengan kadar penggunaan elektrik aku ialah RM200++.
Petang tu.. bil elektrik sampai dan jumlahnya..
Dah turun. Kalau korang ada masalah serupa aku , pertama.. cuba servis aircond tu. Bukan apaa.. masa cuaca panas ari tu , aircond bekerja keras. Aku servis aircond aku bulan lepas dan ... yup , turun. Sebab tu aku terima pendapat juruteknik TNB tu.
Baca : Bila kali terakhir korang servis aircond rumah ?