Apa perancangan aku jika kerajaan Madani tarik subsidi petrol ?
Katanya bakal dilaksanakan pertengahan tahun depan. Jika ianya berlaku, banyak aktiviti harian aku kena rombak semula sebab melibatkan penggunaan petrol. Antaranya gi solat berjemaah ke masjid yang mana jarak dari rumah aku ke masjid , 4km. Pergi balik , 8 km.
Ke sekolah , antar anak anak lak.. 2km. Pergi balik 4 km. 2 kali ulang alik dah 8km sehari. Manakala untuk ke gym pula , hampir 8km. Pergi balik , 16 km. Biasanya aku akan pergi 2 kali sehari. Maka dah jadi berapa ? Petrol aku isi, 5 hari sekali. Kos terlibat dalam RM50.
Wife aku lak ? Ke pejabat dia setiap hari.. 20km. Tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Ambil masa untuk sampai ke pejabat, hampir sejam ! Seminggu sekali isi , hampir RM70 gak la. Tu pun cuma guna untuk pergi balik kerja jer.
Kalau aku ke rumah mak aku.. biasanya seminggu sekali, Jarak dalam 40km. Pergi balik 80km. Ke rumah adik ipar di Sungai Buloh , sebulan 2 kali.. jarak 70km.. gi balik 140 km. Dan balik kampung , Kelantan ? Akan isi 2 kali penuh. Berapa dah ?
Jika subsidi petrol ditarik dan harga akan naik , rasanya aku akan potong bahagian aktiviti harian aku yakni ke gym. Aku mungkin tak perlu dah jadi ahli di gym tu dan hanya akan pergi gym seminggu 3 kali saja kot? Selebihnya aku bersenam di rumah jer. Perlu ingat.. aku gi gym hari hari sebab itu cara aku bersosial cara sihat.Ke masjid , inshaAllah diteruskan.
Cuma persoalannya.. apakah subsidi petrol akan ditarik seperti yang diperkatakan ? Bagi aku , ada dua kemungkinan.. Pertama , kerajaan memang takda duit dah. Takda income. Pelabur pun tak nak masuk sebab takda daya tarikan terutama dari sudut pentadbiran dan yang kedua , ini cuma strategi 'superhero' memandangkan tak lama lagi akan ada pilihanraya. Kita pun tahu yang 'mereka' ni dah spin banyak perkara berkali kali. Nanti bila sampai masa, akan ada cerita lain pulak. Automatik, mereka dijulang sebagai wira rakyat terutama pada penyokong mereka.
Aku bukanlah penyokong mana mana parti. Dari kerajaan dulu lagi aku dah mengkritik jika ada yang tak betul dan zalim pada rakyat seperti AES , GST dan jangan lupa pada tahun 2017 , petrol pun pernah diapungkan.. jadi mahal weh ! Aku hentam gak !!
Kalau dah tahu mahal , kerja keras la eh ? Abah kau.. kau nak rakyat Malaysia ni jadi hamba pada duniawi ke ? Sapa yang dulu beria berjuang untuk rakyat ? Turun harga petrol... tol.. pendidikan percuma. Sekarang ???
Lagi pun kata mereka.. hanya T15 je yang kena ! Yang lain tak kena weh. Betul. Tapi masa isi petrol tu, kau pun kena isi mahal !! Memang la formula diorang duit bantuan akan diberikan. Kau ingat rutin harian kau sama je ke ? Lainlah duduk dalam gua. Memang sama jer.
Tu belum masuk bab pemakanan sihat. Katanya akan turut naik juga. Yang tak sihat , murah ! Heee.. makin ramai sakit la ye ? Kos perubatan makin mahal. Sekali demam selsema , gi klinik swasta dah telan RM60-70 ! Gi klinik kerajaan ? Hahahaha.. adoilah.
Tunggu dan lihat jer la kita. Oh ya, kalau korang yang baca ni para sibertrooper PH , fikirkan keberkatan pendapatan korang tu ya. Jenuh kalau rakyat Malaysia hari hari berdoa pada Allah meminta pertolongan. Penat weh.. kena kencing hari hari ! Tak penat ke ??? Tanya sama hati tu...




0 comments