BEN ASHAARI



 

Beberapa ekor kambing memanjat sebuah pokok argan di sebuah kawasan gurun dekat Essaouira, barat Maghribi untuk memakan buahnya yang manis. Pokok yang dapat hidup pada musim kemarau itu digunakan oleh penduduk Maghribi untuk menghasilkan sejenis minyak bagi pembuatan kosmetik dan ubat.

Kambing yang takde tangan tu pun berusaha untuk mencari makanan .. Kita , yang punya akal dan kudrat ni asyik dok mengeluh  takde rezeki , takde kerja atau tak cukup makan ..

Hurmm ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

IMG-20120827-WA0001

Dua tiga hari ni asyik merengek nak ajak keluar.. Pastu nak tidur atas bahu mak dia jer .. Ditambah lagi tadi dengan cirit berat pagi tadi , buat menambahkan lagi kesian aku pada dia ..

Hurmm .. Patutlah ramai bapa mengalah pada anak kecilnya terutama bila mereka menjerit nak mainan .. Aku nanti entah camana .. Dapat mainan atau dapat rotan ?

Bila tengok dia sakit gini , kita sanggup buat apa saja .. Tapi bila anak tengok bapa dia sakit ,ada yang tak sabar tunggu nak rebut harta !

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Biasanya aku tonton drama ni , gitu gitu jer. Malas nak bg komitmen pada drama-drama begini walaupun bagus penghayatan wataknya .. Bukan tak bagus tapi penat nak mengumpat dalam hati.

Dan tadi , aku tertengok la sedikit drama KAU YG TERINDAH bila kita tak ni .. Aku yang tak tau hujung pangkal drama ni , aku kecewa bila lihat ada babak ‘kurang ajar’ .  Hurmm .. Apa sekali pun alasannya , sebagai anak , atau orang luar tiada hak nak bersikap kurang ajar.

Manakala pelakon pulak , bagi aku la kan .. Kalau benar la pelakon tu bagus , tak perlulah nak pakai baju baju yang .. hurmm .. Faham kan maksud aku ? Biarlah bakat yang membuatkan kita diminati bukan kerana seksi ..

Entahlah .. Kadang kadang , bila kita kritik .. mereka kata kita tak sokong produk tempatan . Tapi bila kita sokong , kita lak seolah mengiyakan segala yang dipaparkan dalam tu ..

Walaupun ada yang kata itulah yang  berlaku dalam masyarakat kita , kenapa tak cuba mengubahnya dalam bentuk yang lebih positif. Biarlah setiap episod tu punya daya tarikan yang menginsafkan dan memberi kesedaran. Bukan nak tunggu hujung drama baru nak nampak segalanya..

Entahlah .. Ni sekadar pandangan aku jer .. Nak lihat masyarakat kita semakin berpendidikan dan berilmu dunia akhirat. Kita semakin jauh walaupun dekat ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Qhaliff berak lagi .. Dan kali ni mmg cirit birit dan najisnya ada sedikit berbuih .. Ada aku amik gambar tu .. Nak tengok ke ? Hehee. . Tak pe la .. Aku tunjuk kat doktor je nanti .. Kang ada gak yang muntah kat depan pc tu nanti .. hehe ..

Jap lagi nak g jumpa doktor kalau dia berak sekali lagi .. Wife terus bagi susu badan .. Hurm ..

Infomasi Bersama :

Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit?

Ramai ibubapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari.

Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik saja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku sebab apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari sahaja. Pergerakan usus bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari selalunya dan najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas bulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi anda) -- pada kadar yang kerap sebanyak satu pergerakan usus setiap kali dia menyusu -- atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badannya menurun, ini mungkin cirit-birit, jadi berjumpalah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Bolehkah ianya dicegah?

Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria jika anda memegang lampin kotor atau selepas ke tandas.

Bagaimanakah saya merawatnya?

Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum. Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut:

• kulit atau bibir kering;
• lemah lesu;
• menangis tanpa air mata;
• ubun-ubun yang menurun;
• tangan dan kaki pucat;
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa.

Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda:
• tak mahu minum;
• demam lebih dari 24 jam;
• terdapat darah dalam najisnya;
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam;
• perutnya kembong buncit.

Ini semua adalah simptom sekunder yang jarang berlaku, tetapi harus diberi perhatian sebab boleh melarat.

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.

Sumber : BabyCenter

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Haihh .. Potong dah kuku dia .. Tapi cepat benar naiknya .. Yelah , ari ari dok menyusu … Tumbesaran dia pantas kan …

Bangun tidur atau sedang bermain , dia suka benar  tonyoh muka dia sendiri .. Kesannya ? Hurmm .. tak tau la Qhaliff oiiiiii .. Aku tengok sendiri pon dah pening ..

Mak ayah nak anaknya bersih dan kemas .. Tapi dah besar anak tu sendiri nak rosakkan tubuh badan mereka tu .. Haihh ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes