BEN ASHAARI



Macam macam reaksi aku terima setelah 'memviralkan' kisah wife aku tu.. Aku bukan saja saja nak viralkan ye...ini atas permintaan anggota polis yang bertugas ketika tu atas tujuan untuk mengelakkan ramai lagi tertipu !  
Antara reaksi yang membuatkan aku tersenyum... "Aku takkan jawab telefon kalau aku tak kenal ! " dan silalah pasang TrueCaller ! Hurmm.. kalau nak tau , antara wife aku dengan aku , dialah insan yang sangat berhati hati berbanding aku. Tapi pada ketika tu , dia yang sedang kalut nak balik ditambah seorang diri di pejabat dan kena kunci opis sebelum keluar pasti akan berada dalam keadaan 'terlepas pandang'. Lagi pun , kerja macam dia.. macam macam orang call kot ?? Dia bukan berurusan dengan orang yang dia kenal jer.. Kadang kadang orang dari Jabatan atau Kementerian lain pon akan call untuk meminta maklumat atau memberi makluman.. dan sebagainya ! Takkan bila tengok nombor tak kenal terus tak jawab ! Masak gak nanti kena 'maki' sebab tak jawab call .. terutama kalau emergency ! 
Dan kemudian dia menurut kata orang tu.. Mau tak mengelabah dikatakan ada buat pinjaman lebih lagi dia pernah kehilangan Mykad ! Bukannya tak pernah ada kes , Mykad disalahguna oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab ! 
Terus terang , umpan si penipu tu memang mengena la.. Wife aku yang tak suka berhutang tu pasti cuba menyelesaikan masalah dengan segera apatah lagi bila dikaitkan dengan kes jenayah berat ! Kebetulan lak tu dia di pejabat SEORANG DIRI dan DIMINTA TIDAK MEMBERITAHU SAPA SAPA atas alasan jangan percayakan orang sekeliling ! Dia umpama blur seketika ! Tak leh pikir apa apa sebab dalam kepala dia hanya tertumpu pada keluarganya terutama anak anaknya ! Kena pulak , dia baru je kelmarin gi lawatan ke Pusat Tahanan Rohingya dan nampak betapa sedihnya berada jauh dari keluarganya. Antara faktor faktor itulah dia 'tergoda' dengan ugutan si penipu tu. 
Syukur Alhamdulillah.. Allah telah menyelamatkan dia dan juga duit raya aku tu ! Kalau tak silap , katanya ada kawan dia pernah tertipu juga.. berbelas ribu dia buat tranfer tapi dia tak dapat butiran lengkap sebab kawan tu tak cerita sepenuhnya.. Katanya dia baru kena tipu.. buat tranfer ! Wife aku lak spesis malas tanya banyak kecuali orang tu cerita sendiri.. 
Kesimpulan.. Sebagus mana kita pon , adakalanya kita boleh terlepas pandang atau 'terlupa' sejenak. Oleh itu.. kita kena selalu ambil berat dengan isu isu semasa yang berlaku di dalam media sosial dan juga luar !  Sekadar hati hati.. Kalau tak yakin , jangan turut sama memviralkan. Belajar buat sedikit kajian seperti dengan mengoogle.. heeee.. 
Ahaa.. dalam sehari dua ni , perli wife best gak ! 
" Daripada bagi duit kat orang tu beribu ribu , baik belanja abang seluar Levi's sehelai dua.. " 

Baca : Bila isteri aku disabitkan dengan dadah ! Warga Putrajaya , sila berhati-hati !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Qhaliff tidur. Zahra tidur. Baru je tidur. Aariz pon gitu gak. Aku menanti wife balik untuk berbuka puasa sama sama. Perancangannya , lepas berbuka ringan di rumah. nak ke Alamanda untuk membeli barang keperluan serta nak uruskan hal peribadi. 
Aku tengok jam di telefon pintar Sony Xperia XZ kesayangan aku. Dah lebih 6.30 petang. Biasanya dia sampai sebelum 6.30. Ni pelik ni ! Aku tak nak call dia sebab tau dia sedang memandu... Rasanya la ! 
Tiba-tiba masuk email !! Aku tercengang membacanya. Apahal 'semacam' je email dia ni ??? Hurm.. Aku cuba positifkan diri. Aku pandang anak anak yang dah mula bangun.. seorang demi seorang. Dah lewat petang , masing masing kelaparan. Hurmm...
Jangan call ? Biar betul ? Dalam kepala aku terbayang sesuatu yang pernah berlaku pada aku satu tika dulu. Tak pe, tunggu dulu.. Tunggu sampai dia call. Aku pujuk hati.. Jam 6.56 petang , tiba-tiba ada call masuk. Terus aku jawab. 
" Abang , zla di balai polis ni.. Panjang sangat cerita ni. Nanti balik zla cerita.". Suara dia terketar ketar. Ah , sudahhh ! Apa kes pulak niii ! Aku risau sungguh dah ni. Terbayang kes kes yang terpampang di dada akhbar kebelakangan ni. Harap harap bukan itu ! Aduhh.. 
Terus aku telefon adik ipar aku dan bagitau mengenai kakaknya.Aku mintak diorang ready jer. Begitu juga dengan ibu aku. Rakan blogger, Saidila juga aku maklumkan. Andai berlaku apa apa pada wife , anak-anak aku ni , aku letakkan pada mereka sementara aku uruskan 'masalah' wife.
Aku ke dapur. Mencari makanan untuk berbuka. Takda apa apa yang menyelerakan aku. Terbayang nasib wife di balai polis. Apakah yang sedang berlaku ??? Aku tenangkan diri. Cari makanan untuk Aariz. Qhaliff , dah menyelongkar dapur. 
Jumpa makanan Aariz.. Terus aku panaskan dalam bekas yang diisi air panas. Aku suruh Qhaliff buka pakaian dan mandi. Zahra, sambung tidur.  Tak pe.. aku selesaikan mereka berdua dulu. Aku amik makanan Aariz dan letak Aariz dalam kerusi bayi. Aku suap. Dia makan.. Dia tengok aku. Semacam. Aku pandang dia.. semacam ! Takda riak di muka dia ! Hurmm.. Wife aku buat puree apa lak ni ? Macam suka je dia ? Biasanya terkelat kelat ! Aku suap sekali lagi. Dia nganga tanpa dipaksa ! Kelaparan kot ??? Dia makan.. senyum. Ok , ini pelik.. Aku cuba bau.. Takda bau !! Aik ??? Biasanya ada bau. Aku cuba rasa.. Huk alohhhh.. Ini susu pekat !! Yang bini aku gi letak dalam bekas tupperware ni apahal ??? Abiss la Aariz dapat diabetes pasni ! Adooiyaaaiii.. 
Terus aku letak kat dapur dan cari biskut baby. Aku lembutkan dan bagi Aariz makan. Dia makan.. skit skit.. Haaa.. ni baru betul ! Tiba-tiba aku ternampak Qhaliff buka pintu. Aku tanya Qhaliff... sapa tu ??? Dia senyap. Wife muncul disebalik pintu. Allah , leganya perasaan aku. 
Aku pandang dia. Muka dia pucat. Suara dia mengeletar. Aku suruh dia tenangkan diri dulu. Gi bersihkan diri dan solat. Pastu baru cerita. Hurmm.. Aku terus gi bersihkan diri juga. Nak makan makan di Ayer@8 , Putrajaya. 
Siap semua.. dia datang kat aku.. Baru dia nak bercerita.. 

" Kul 5. Nak punch out. Zla dapat panggilan kononnya dari Hong Leong Bank (03 7626 8899). Katanya Zla ada tunggakan loan peribadi sebanyak RM3 ribu. Mesin ( yang call tu , mesin.. bukan orang yer) tu mohon tekan butang 9 untuk bercakap dengan pegawai bank. Zla pun tekan la. Cepat je orang tu angkat. Orang tu terus tanya nama dan nombor IC.Dia cakap Zla ada buat permohonan peribadi pada 1hb Mac 2017 dan loan lulus pada 8hb Mac sebanyak RM50K ! Permohonan dibuat di Hong Leong Bank , Pulau Pinang. 
Zla maklumkan pada dia pada tarikh tersebut , dia berada di Putrajaya dan dia sedang bekerja. Dia tanya Zla pernah hilang Mykad ? Kalau pernah , Zla mungkin mangsa penipuan. Dia tanya , nak dia sambungkan ke IPK Pulau Pinang. Tapi sebelum tu Zla  ada tanya dia. boleh tak buat report polis kat Putrajaya ? Dia tak respon. Terus dia sambungkan ke 'IPK Pulau Pinang'.
Sambungan di buat dan dijawab oleh Sarjan Zikri. Zla cerita apa yang berlaku. Sarjan tu kena letak call dulu dan akan call melalui telefon IPK Pulau Pinang. Dia kasi no telefon dan suruh google dulu no tel untuk pastikan Zla tak kena tipu. No telefon IPK tu ialah 04-222 1152 tapi bila Zla google IPK Pulau Pinang ialah 04-222 1522. Tak sama. Zla persoalkan  pada Sarjan tu tapi dia jawab berpusing pusing. Zla pening dah. Kemudian dia kata dia akan rekod semua keterangan tapi sebelum tu dia bertanya ada tak orang ketiga di situ ? Dia tak nak ada gangguan.  Dia mula bertanya latar belakang keluarga dan jpada masa dia mintak bahagian IT semak rekod Zla.. ada rekod jenayah atau tidak ? 
Dia bagitau Zla ... Zla adalah suspek yang dikehendaki polis bagi kes penyeludupan dadah dan penyelewangan wang haram. Zla diminta hadir ke IPK Pulau Pinang untuk memberikan keterangan dan akan direman selama 45 hari untuk tujuan siasatan. 
Dia akan rujuk pada pada pegawai atasan dia.. Insp. Zaki yang mengendalikan kes Zla ni.Talian disambung ke Insp. Zaki. Insp. Zaki dengan kasarnya minta Zla hadir ke IPK Pulau Pinang pada malam ni gak dengan membawa dua helai pakaian. Dia kembalikan semula talian ke Sarjan Zikri. Dia kata Sarjan Zikri akan uruskan kes ni. Kemudian Sarjan Zikri menghubungi Insp.Amar untuk mempertimbangkan kes tersebut. Sarjan Zikri memaklumkan kepada Insp. Amar adalah mangsa dalam kes ni dan bersetuju untuk menjadi penjamin. Insp. Amar memberi Zla dua pilihan samada hadir ke IPK Pulau Pinang malam ini juga atau Zla perlu benarkan kesemua akaun bank yg ada disiasat oleh juruaudit negara dengan cara tranfer semua wang ke juru audit tersebut ! Sekiranya Zla didapati tidak bersalah , kesemua wang yang ditranfer tadi tu dipulangkan dalam tempoh 40 minit. Zla bersetuju dan dia kasi no akaun.. pemiliknya perempuan melayu. Zla mula buat transaksi secara online tapi transaksi gagal. Dia mohon Zla pergi ke mana mesin ATM untuk tranfer duit tersebut. Tapi bila Zla sampai ke mesin ATM Petronas , tiba tiba Zla tersedar.. Zla sedang ditipu oleh sindiket penipuan. Haa.. dia tak kasi talian telefon diputuskan. Katanya segala perbualan ketika tu sedang dirakam. Zla macam orang bodoh jer ikut kata dia. Macam kena pukau jer. 
Bila Zla dah sedar yang dia kena tipu , dia bagitau Insp Amar yang Zla kena gi mesin ATM yang lain sebab mesin ATM tu rosak.  Zla kena pergi ke mesin ATM yang lain yang jaraknya dalam masa 25 minit.  Dia mintak dipercepatkan.
Zla terus memandu ke IPD Putrajaya. Di IPD , Zla mohon anggota polis yang bertugas memeriksa apakah Zla adalah suspek kes dadah. Dan pada masa Zla bisik padan anggota tu , yang dia sedang bercakap dengan 'pegawai polis di Pulau Pinang'. Anggota tu mintak Zla putuskan panggilan dan terus buat laporan polis. 
Pegawai polis yang amik report tu bagitau banyak kes penipuan tu dilaporkan di Putrajaya. Terbaru yang melibatkan kerugian sebanyak RM50K. Dia menunjukkan report dari mangsa sebelumnya. Jalan ceritanya , sebijik ! ". 

Hurm.. aku geleng kepala. Bukan ke kes ni pernah viral di media sosial ??? Dah banyak yang jadi mangsa. Wife seorang yang amat berhati hati dan tak sangka semua ini boleh terjadi pada dia. Aku bersyukur sangat , segalanya dah selesai.. dan yang penting , wife selamat. 
Syukur pada Allah , traksaksi yang dibuat wife tak berjaya. Kalau berjaya , aku beraya ngan kain pelikat je la tahun ni.. Huhuh.. 
Buat rakan rakan , sila berhati hati ! Kalau dapat panggilan sebegini , sila jawab.. JOM BALAI CERITA ! Gi je ke balai polis terdekat . Andai kita tak bersalah , nak takut apa kan ? 



Share
Tweet
Pin
Share
34 comments
Lelaki kacak tu , bapa kepada 3 orang anak anak comel tu.. Kecomelan mereka diwarisi dari ayahnya yang sangat comel masa kecil dulu. Bayangkan anak anak comel ini , bersekolah di usia 5 tahun. Sebulan bayaran beratus ringgit ! Bapak dia yang kacak itu , berhempas pulas mencari duit.. nak bayar yuran.. nak bayar duit insuran.. baju baru.. makanan berkhasiat serta bayar duit internet ! Mainan lagi ! Haaaa.. 
Kos membesarkan mereka bukan seringgit dua. Ada parents bergolok gadai ! Cam kes aku , untuk dapatkan Qhaliff.. wife terpaksa lalui dua pembedahan.. Haaaa ! Ingat jolok je terus dapat anak eh ?? Haa.. marah ni , marah ! 
Berikan mereka kasih sayang. Layan karenah mereka... sehingga la besar ! Fuh... Masuk sekolah , ehhh.. suka suka mak bapak korang lak nak membuli anak orang ! Haaa.. Marah ni , marah ! Bahasa kurang ajar aku guna ni ! Geram sangat !!! Nak didik tak nak manjakan mereka  ? Hekler... ni zaman apa ??? Dulu nak raging raging pon , kena tau la batasan. 
Pastu.. nak belasah anak orang lak ! Amboiiii.. overnyaaa ! Sesedap rasa jer nak belasah orang eh ? Banyak tengok tv eh ??? Aku tau mak bapak korang tak ajar gitu. Ni mesti banyak tengok video tak ditapis ni ! 
Aku dulu pun pernah bersekolah gak. Aku pun nakal gak. Tapi nak buli buli orang ni , aku tak minat sebab aku sendiri pon tak suka dibuli. Yang suka membuli orang , kononnya nak kasi mesra ni.. sebenarnya 'bermasalah'. Walaupun akan ada kenangan manis (kononnya) , tapi membuli orang ni sebenarnya meninggalkan kesan negatif pada jiwanya. Tak mustahil , dia akan buat pada orang lain ! Apakah kita nak tengok dosa kita membuli itu , diwarisi zaman ke zaman ??? 
Anak aku kena buli , siap ! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
" Susu lembu tak bagus minum sangat. Sebaiknya dapatkan susu kambing. " . Ada orang kata gitu ! Masalahnya , susu kambing berlambak kat pasaran. Macam macam ada ! Yang ori ada.. Ada yang dicampur dengan bahan-bahan sunnah. Macam macam laaaa... Pening nak pilih.


Nak dijadikan cerita , bulan lepas kan aku ada gi UMK, Pengkalan Chepa nun di Kelantan.. Kat sana , selepas talk bersama pelajar UMK , aku ada singgah satu booth jualan ni.. dia jual susu kambing ! Secara jujurnya, selain kopi.. aku suka susu kambing yang dikatakan banyak sangat khasiat terutamanya buat mereka yang semakin membesar (aku pandang diri aku di cermin. Apakah aku sebahagian dari 'mereka' itu ?).
Pada siapa susu kambing ini berkhasiat terutamanya Susu Kambing Hyra ?? Hurm... aku google dan dapat jawapan ! Meh baca apa kelebihannya Susu Kambing Hyra ni pada ibu ibu !! 
  • Susu kambing HAYRA adalah alternatif yang paling baik untuk anak-anak berbanding dengan susu lain kerana ianya bersifat alkali dan menghampiri komposisi susu ibu. 
  • Susu kambing HAYRA juga lebih mudah dihadam dan boleh mengurangkan masalah sembelit terhadap bayi.
  • Susu kambing HAYRA boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan anak-anak, penting untuk melawan sebarang jangkitan.
  • Susu kambing HAYRA tinggi kandungan protein, mineral dan vitamin-vitamin yang lain yang membantu perkembangan fizikal dan minda yang sihat.
  • Susu kambing HAYRA membantu bayi yang alah dengan susu biasa. Mudah cerita, tiada alahan disebabkan susu jika susu yang diberikan itu adalah susu kambing.
  • Sesuai untuk bayi (6 bln keatas) & kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua, penderita penyakit, ahli sukan, pelajar & pekerja, wanita yang pentingkan kecantikan dan seisi keluarga.
  • Menguatkan tulang & gigi
  • Membantu merawat pelbagai penyakit kulit
  • Baik untuk kesihatan dalaman
  • Kulit lebih berseri & halus 
  • Susu SKH ni bebas bahan Chemical dan gula tambahan.
Secara jujurnya aku bagitau... Zahra tak leh minum susu lembu sangat. Aku tukarkan dia dengan susu kambing... dan ternyata dia amat mengemari sangat sangat ! Sebelum tu , meh aku cerita skit mengenai Susu Kambing Hyra ! Mesti ada yang tertanya.. dalam banyak banyak susu kambing di pasaran , kenapa aku memilih Susu Kambing Hyra ?? Tentu sekali la sebab diorang yang suruh aku buat review tapiiii.. tapiiiii... sebab ada ekstrak Tomato dan ekstrak Kurma !! Ditambah lagi punya HALAL Malasia , 
Bayangkan jika diamalkan ketika bersahur di bulan Ramadan ni ! Fuhhhh... InshaAllah kekal bertenaga sentiasa. 
Nampak cam biasa jer , kan ?  Tapi bila dah pekena seround susu kambing Hyra ni , pasti segala tanggapan kepada susu kambing ini berubah ! Aku amik susu kambing ni , bila nak tidur malam. Terasa tidur lena sangat tanpa gangguan walaupun Zahra menari nari di depan aku , berusaha menganggu tidur aku.. dia tak nak keseorangan di malam hari ! Hahahaha..
Camana nak minum ? Apakah berbau seperti susu kambing ??? Ok.. bab bau , takda bau hamis ! Tapi ada bau lain dan ianya membuka selera sungguh baunya ! Haaaa.. Camana nak minum ? 
Tak susah pon kan ? Haaa.. kata dah ! Giler mudah aihhh. 
Berminat ? Serius.. kalau korang ada anak yang rajin minum susu , sila la bertukar guna susu ni. Khasiatnya seperti yang aku tulis di atas dan paling penting , ianya susu kambing ! Dan ada tomato yang menjaga kulit korang dan juga Kurma yang senantias berkhasiat tinggi ! 

Maklumat Pembelian dan Facebook / Instagram : 
Whatsapp : 0199188525
Facebook: Susu Kambing HAYRA
Instagram: @susukambinghayra_hq
Harga : RM45 (semenanjung) dan RM50 (Sabah dan Sarawak )

Ready untuk sahur ! Hehehehe.... 

Ok.. jom ulangkaji sebelum membeli ! Apakah kelebihan HAYRA GOAT MILK ni ??? 
Khasiat Susu Kambing 
  • menguatkan tulang & gigi
  • membantu merawat pelbagai penyakit kulit
  • baik untuk kesihatan keseluruhan
  • baik untuk gastrik
  • baik untuk kesihatan dalaman
  • kulit lebih berseri & halus
  • mencantikkan kulit & merawat sel kulit mati 
  • memulihkan tenaga & awet muda
  • sesuai untuk ibu hamil
  • sesuai untuk ibu menyusu
  • sesuai untuk seisi keluarga
Khasiat Tomato
  • mengandungi Vit A & Vit C
  • mengecilkan pori-pori di muka
  • menghaluskan kulit
  • memutihkan kulit
  • mengatasi kulit berminyak
  • menggebukan kulit
  • mencerahkan kulit
Khasiat Kurma
  • menguatkan daya ingatan
  • mengatasi masalah sembelit
  • merawat asma & kahak
  • mengatasi ekzema
Selamat berpuasa !! 
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Hurm... ramalan 'mereka' mengenai kemerosotan ekonomi pada tahun ini semakin menjadi kenyataan. Banyak perniagaan dah bungkus. Ramai dah dibuang kerja. Kenapa semua ini terjadi ? Orang bijak pandai mengatakan ini adalah masalah ekonomi dunia.. dan negara kita turut sama menjadi 'mangsa'. 
Anda bagaimana ???



Semalam aku gi 'bermesyuarat' bersama sama rakan rakan peniaga makanan. Sebelum tu , aku ke Pertama Kompleks untuk menghantar Kopi Badang yang dipesan. Di sana , aku berbual dengan tokey kedai air tu.. Aku tanya camana jualan pada bulan Ramadan ni. Katanya teruk. Sememangnya dalam tahun ni agak teruk. Cukup cukup makan jer.. 

Hurm... kelmarin , aku gi makan di satu restoran. Pemilik restoran tu pon berkata begitu juga. Hanya menanti masa jer ! Sayang sungguh.. makanannya sedap tapi kurang sangat pelanggan ! Apa dah jadi ???? Masalah ini juga dinyatakan oleh teman rapat aku yang meniaga di Bandar Baru Nilai.. Memang teruk sangat tahun ni. Terpaksa cari alternatif lain untuk menampung segala perbelanjaan ! 
Dan... aku terbaca status seorang rakan di Facebook ! Masalah yang sama ! 

Apakah rakyat Malaysia sudah bijak menyimpan duit ? Atau sememangnya mereka tiada lagi berduit ? Berduit untuk berbelanja ! Mereka lebih berhati hati sekarang dalam berbelanja ??? Hurmm.. Mengapa ini semua berlaku ??? Apakah kerana GST ? Kenaikkan cukai memberi kesan dalam aktiviti harian ?? Tapi 'mereka' kata GST bagus sebab boleh membantu meransangkan ekonomi negara ! Wowwww.. 

" Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukan satu pengasingan, sebaliknya telah menjadikan Malaysia destinasi menarik dalam kalangan pelabur asing. Menurut Ketua Percukaian APAC Grant Thornton, Lorraine Parkin, berdasarkan laporan dan kaji selidik yang dijalankan, kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia meningkat tahun lalu meskipun kerajaan telah melaksanakan GST bermula April 2015. 

Malah katanya, kejayaan pelaksanaan GST di Malaysia turut menarik minat beberapa buah negara seperti India, China dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang mahu melaksanakan sistem cukai serupa dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi mereka melalui percukaian ". -Utusan

Kesian sangat pada mereka.. Dah mula bergolok gadai untuk menyelamatkan perniagaan mereka ! Dan 'mereka' masih dok kata ekonomi negara masih kukuh. Buktinya , ramai makan di buffet Ramadan yang mahal mahal serta bazaar Ramadan dipenuhi orang ramai ! Kalau takda duit , duduk la rumah kan ? Kata mereka ! 

Heh ! Bengong punya statement ! 

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes