BEN ASHAARI



Selepas solat Jumaat semalam , aku terus bergegas ke Balai Polis Jalan Bandar untuk mendapatkan keputusan kes eksiden aku yang lepas. Sepatutnya Isnin hari tu dah gi amik tapi disebabkan sistem PDRM ada problem , maka kena tunggu sampai pulih dulu dan ianya makan masa berhari juga. 

Untuk ke sana , aku amik Grab. Ikutkan naik MRT lagi mudah tapi aku perlu berjalan kaki dalam 15-20 minit juga. Dengan puasa serta kepanasan , rasanya aku baik aku amik Grab jer.  Alhamdulillah , tak sampai 10 saat aku request , dah ada pemandu yang sudi accept. 

Dalam kereta , aku berbual dengan pemandu. Memang aku suka berbual dengan mereka sebab kebanyakkan mereka ni , bukan calang calang orang. Seronok dengar cerita mereka. Dan cerita semalam sedikit membuatkan aku cuak ! Hahahaha.. 

Perbualan kami berkisarkan pengalaman eksiden dan masalah yang dihadapi ketika membuat laporan di balai trafik. Aku senyum je la. Gitulah di Malaysia. Payah ! Pi mai pi mai tang tu ! Tapi yang membuatkan aku cuak tu bila dia kata...

" Kalau kita buat report , orang tu tak buat report , kerosakkan kita tu ditanggung kita sendiri ! Tak boleh nak claim atas insuran dia ! Saya sudah kena itu hari. Rugi kita woo.. ".

Aku tercenggang ! Yer tak ye gak kan. Kalau dia tak report , camana pulak ? Aduh.. Aku terlupa part ni. 

" Abis tu orang tu camana ? ". Tanya aku. 

" Dia kena saman saja lor.. ". Jawab dia ringkas. 

Hah ????? Takkan kot ??? Adoii... letih ar gini ! 

" Buat penat kita saja pergi balai berulang kali. Masa nak buat report tu pon kena cakap betul betul. Salah cakap , u yang kena. ". Katanya lagi. 

Hurmm...  Aku pulak terlupa amik no telefon si pemandu tu. Tak pe la.. Redha je la kalau orang tu tak buat report. Malas nak kusutkan fikiran. 

Sampai balai polis. Jumlah perlu dibayar , RM9. Aku kasi RM10. Memang perangai aku begitu. Kasi lebih supaya dapat menaikkan semangat dia ditambah lagi dengan keramahan serta corak memandu yang berhemah. Kiranya aku selamat tiba di bawah pemanduan dia. Hehehehe.. Tanda terima kasih juga.


Jam menunjukkan 2.20 petang. Jumpa anggota bertugas. Katanya 2.45 baru staff terlibat akan masuk. Hari Jumaat kan ? Hee.. Tunggu je la. Dan masanya telah tiba. Aku pergi amik no giliran. Tak sampai setengah jam , urusan selesai. Aku dapat keputusan kes. Senyum lega. Alhamdulillah. Bagus orang tu. Dia turut buat report jugak. 

Teringat masa kemalangan berlaku... aku turun dari kereta , dia pun begitu jugak. Aku salam dengan dia. Amik gambar kereta masing masing. Road tax , no plet. 

" Kita report balai je la. Claim insuran. ". Kata aku pada dia. Setuju. Cakap baik baik. Tak guna nak gaduh gaduh. Yang penting , masing masing selamat ! Dan Alhamdulillah , ianya dibalas dengan baik. Kan senang gitu. 

Balik dengan hati yang tenang.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Tak lama lagi Syawal bakal menjelma. Sanak saudara , sahabat handai , jiran tetangga bakal datang beraya di rumah. Kalau anak kecil , boleh la bagi duit raya. Yang besar besar ni ? Jika yang datang jarang sangat berjumpa , takkan nak kasi dia balik tangan kosong kan ? Haaa... 

Aku ada cadangan menarik punyaa. Aku rasa mesti korang suka ! Aku dah surrvey di Facebook. Ramai berminat weh. Maklumlah , benda bagus... sapa tak nak kan ? Bukan calang calang punya jenama lak tu ! Apa yang aku nak syorkan ialah berikan buah tangan kepada tetamu istimewa korang ! Haaaa..

Buat macam aku ni haaaa... Cosmoderm buat promosi khas di bulan Ramadan ni. Maka boronglah banyak banyak. Beli produk produk yang sememangnya si penerima akan tersenyum lebar bila terima nanti ! 

Antaranya pencuci muka , gel mandian , vitamin E, body treament dan banyak lagi ! Letakkan di dalam beg kertas khas yang diberikan Cosmoderm. Kemudian hadiahkan pada si dia. Haaa. Mesti Wow punya laaa ! Ini bukan pertama kali aku buat. Dah masuk tahun ke 3 dah ni dan sememangnya berbaloi dan menjimatkan sama sekali. 

Ini aku punya. 


Ok... amik contoh eh dengan promosi ni eh.. Produk produk kegemaran aku ni !



Haaaa... jimat tak ? Banyak kan ? Ada banyak lagi pilihan. Yang set set gini , bagi la pada yang special punya. Contoh macam kat awek keeeee... kat boss keee.. atau BFF korang ! Haa.. Mesti dia hargai sangat la. 

Haa.. bila nak kasi nanti.. korang leh kasi guna paper beg ni jer! Cantik kan ? Haa.. takkan nak guna plastik beg kot ? Huhuhu..


Promosi Ramadhan Cosmoderm
TARIKH: 17 - 31 Mei 2019
Syarat pembelian  : RM30 - Dapat sampul raya*
Pembelian RM50 - Dapat sampul raya* dan bag Cosmoderm*
Pembelian RM100 dan ke atas - Dapat sampul raya*, bag Cosmoderm* dan penghantaran percuma
*Sementara stok masih ada

Segera ke www.cosmoderm.com.my untuk beli belah secara online dan sebarang pertanyaan , boleh mesej secara peribadi di FB Cosmoderm. Pertanyaan akan dilayan dengan segera !



Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Satu cabaran nak gi gym di bulan Ramadan ni. Nak lawan perasaan malas serta kemengantukan yang teramat sangat , bukanlah mudah. Macam kes semalam , aku memandu pulang dari umah mak aku pun dah sampai tahap tak nampak jalan. Bahaya tul ! Tapi bila dah masuk kawasan rumah , automatik mata segar ! Hah... sudah ! 

Mesej kawan aku , si Boboi. Ajak gi gym. Dia pun dah ready nak tidur sebenarnya. Tapi dia gi gak ! Haahahaha... Sadokan diri untuk raya ! Baru smart pakai baju melayu. Cam dia untung la... Raya di Sarawak sebulan berbaju Melayu ! Cam aku.. balik solat sunat Aidilfitri , terus tukar uniform. Tak saggup nak gi jalan jalan dengan baju melayu disebabkan aku mudah berpeluh. 


Sampai gym dah jam 10 lebih. Malam. Orang tak ramai. Ok la.. Seorang je perempuan dan dia buat hal dia sendiri. Tak da sapa pun gi ngorat dia. Takat pandang pandang tu , biasa la. Jaga mata jer. Hormat. 

Tengok jam... dah hampiri jam 12 malam. Masa untuk pulang. Gym tutup jam 2 pagi. Datangla satu pasangan ni. Awalnya aku buat dek je la. Tapi disebabkan perempuan dia pakai macam bukan di bulan puasa, ianya menarik minat aku. Dia ni apa bangsa eh ? Kalau bukan Islam , ok la.. Tapi kalau Islam , hurm... bulan puasa kot ? Tak pe la... lantak dia la.

Dan aku terperasan sesuatu yang meluatkan aku. Si pasangan dia berjantina lelaki tu. Asyik dok pandang orang dalam tu , dengan pandangan semacam. Hurmm.. Aku kenal pandangan tu ! Kenal sangat ! Hahahahaha... Pandangan yang macam nak kasi tau.. 

" Awek ni , aku punya ! ". Macam tu la... Kemudian dia dok ajar la perempuan tu. Mula mula gini.. pastu dia gi duduk ngan awek dia tu. Dan awek dia bersenam. Sesekali memandang orang dalam gym. Hahahaha.. Nak tengok sapa skodeng awek dia kot ? Tu la.. sapa suh pakai seksi gi gym. Cer tutup skit. Takda la orang nak tengok pun ! 

Nasihat aku la kan.. Kalau korang nak bawak awek korang tu gi gym... bawak la tapi jangan la dok perasan orang dalam gym tu kebulur nak ngorat awek ko tu. Kalau dia pakai elok elok , orang dalam gym pun tak de nak tengok punya la. Tapi kalau dah pakai gitu gitu.. memang mintak nak belanja percuma la ! Salah sapa kan ?

Aku ingat nak workout sampai kul 1  tapi dek kerana menyampah.. aku keluar terus. Hahahaha.. Bosan siut bila ada CCTV ni. Macam orang nak tengok sangat awek dia. Tapi cun woo ! Hahahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

" Daddy , cuba tengok kaki Qhaliff ni. ". Dia tunjuk kepala lutut dia pada aku selepas buka seluarnya. Aku pandang. Tak nampak apa apa sebab tak pakai cermin mata tapi aku saja serkap jarang..

" Kenapa tu ? ". Tanya aku.

" Qhaliff jatuh. Ada orang tolak. ". Jawabnya senyum.

Aku tersentak. Aku cukup risau bila berlaku benda benda begini. Teringat seorang seorang kenalan aku yang mana anaknya mendapat kemalangan dek kerana kecuaian pelajar lain yang mana menyebabkan dahinya luka.. kena jahit ok !! 

" Sapa tolak ? Kenapa dia tolak ? Qhaliff berlari kat sekolah ke ? " Tanya aku bertalu talu.

Dia sebut nama kawannya. Katanya lagi , dia berlari anak anak tapi kawan dia tu tertolak dia jatuh. Bukan sengaja pun , katanya. Pertahan kawannya. Aku percaya katanya tapi bahagian dia berlari tu yang aku bebelkan. 

" Kan dah daddy kata jangan berlari di kawasan sekolah. Bahaya. Kenapa lari jugak ? ".

" Qhaliff lari perlahan lahan jer.Dia tak sengaja. ". Jawabnya.

Kalau ikut rasa geram aku , nak je aku post dalam group whatsapp. Tapi bagi aku , itu tindakan tidak matang sama sekali. Akan memeningkan cikgu pulak. Kesian. Apa yang boleh aku buat , nasihat lagi dan lagi. Budak budak. Mana nak paham sehinggalah mereka 'merasainya'. Baru tau ketika tu. Selagi tak kena... hurmm..

Aku bagi gambar tu pada wife. Haahaa.. Seperti yang aku jangka tapi dia cool selepas aku bagi penjelasan. Dan persoalannya , nak jahit atau beli baru ? Jahit , aku kena jahit. Beli baru , aku gak kena belikan. Takda beza. Hahahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
" Yeaayyyyy... Kita nak makan kat mana , daddy ? ". Tanya Qhaliff.

" Suprise ! Ikut jer..". Jawab aku ringkas. 

Tak banyak cerita.. semua naik ke bilik atas untuk mandi dan seterusnya bersiap. Walaupun mereka tak berpuasa, tapi diorang tau , berbuka puasa di luar sesekali memang best ! Aku pun saja bawa untuk hilangkan tekanan diorang belajar di sekolah walaupun baru darjah 1. Hahaha.. Memang nampak stress terutama bila melibatkan kerja rumah ! Hu.. 

Destinasi kali ini ialah Putrajaya Seafood Restaurant  yang terletak di Taman Botani, Putrajaya. Waze jer Putrajaya Seafood Restaurant.. confirm jumpa  punya. Tak susah pun. Sebenarnya , lama dah aku teringin nak datang makan kat sini tapi tak berkesempatan. 

Dan tempat ni pun ada kenangan terindah. Hee.. Di sini la aku selalu berdating ngan wife... masa bercinta dulu ! Heee.. kembali bersama 3 orang anak dah ! Hahahaha.. Alhamdulillah , ada jodoh untuk bersatu. Lalalaaa..


Ahaa... Aku suka permandangan di Taman Botani ni. Kena pulak petang tadi , hujan lebat. Maka cuaca sejuk dan menarik. Alhamdulillah. Hujan berhenti di kala kami nak ke sini. Aku risau gak sebenarnya sebab aku tak berani nak memandu dalam keadaan hujan lebat. Pengalaman dilanggar dari belakang membuatkan aku jadi begitu. Hee.. lari topik lak ! 

Ok.. Jangan risau di sini. Pengawal keselamatan ada merata rata. Dan pastinya mereka yang nak berbuka puasa di luar rumah ni , akan tertanya tanya.. surau ada ke ? Makanan halal ke ? Parking camana lak ? Senang tak ? Semuanya terjawab di kala aku di sini. Surau bersih. Parking percuma. Tandas bersih. Makanan halal. Apa lagi nak tau ? View jgn cerita la.. memang best ! Korang ada pilihan nak makan di dalam atau di luar. Merokok tidak dibenarkan. Maka nyaman la suasana kan ? Hee.. 







Ok.. Korang ada pilihan di sini. Tiada buffet untuk tahun ni. Korang boleh makan ala carte atau juga menu khas untuk Ramadan ni iaitu Taste Of Shanghai gitu..Telah bermula pada 7 May hari tu dan akan berakhir 2 Julai 2019. Bagi yang mengemari masakan cina , boleh la cuba menu ni ! 

Untuk Taste Of Shanghai , ada 3 menu pilihan. Menu A , RM65  per pax untuk 2 orang makan. Menu B , RM75 per pax juga untuk 2 orang makan. Dan Menu C , RM85 per pax untuk 4 orang makan. Bagi aku, harga ni berpatutan la malah ada yang kata murah ! Haaa.. murah la kan ?



Aku pilih set Menu C. Berbaloi makan untuk 5 beranak. Memang kenyang la dan best part ialah , makanan tak abis tu boleh dibungkus bawa pulang ! Nah.. tak payah dah nak masak untuk sahur ! Heeee.. Tak membazir la kan ? 

Penuh satu meja. Semua sedap sedap belaka.

Agak unik rasanya bagi aku yang pertama kali menikmatinya.

Makan ngan nasi goreng , sedap woii ! 

Patut rasa ni ! 2 mangkuk ni memang aku punya ! Aariz , suka gak. Abang dan kakak dia taknak. .



Sedikit maklumat tambahan.. mereka juga menerima tempahan untuk catering serendah RM50 sekepala.  Haaa , tunggu apa lagi ? Gi la rasa sendiri. Pastu komen kat sini eh... kalau tak sedap , komen kat chef sana ! Hahahaha.. 

Taman Botani Putrajaya

Precinct 1, 62000 Putrajaya

Untuk tempahan :

Tel : +603 8889 1188

www.pcs.my

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes