BEN ASHAARI



Panjang cuti kali ni. Tapi takda la nak gi mana mana !  Takut nak redah jammed di lebuh raya ! Hahaha.. Nak balik Kelantan , wife lak jenis kalau balik , 2-3 hari tak puas.. Ha , kena tunggu cuti sekolah la jawabnya. 

Maka...

Masa untuk aku redah Sepang ni. Sebenarnya , banyak tempat menarik di Sepang ni cuma kau aku je tak tau.. Tak rajin nak explore gitu ! Heheheh.. Dan kebetulan lak , Qhaliff ajak cari umang umang di pantai.. Kononnya ! Walhal aku tau , dia ni penakut dengan binatang berbanding Zahra dan Aariz ! 

Awal pagi.. lepas subuh.. gerak gi gym dulu. Hilangkan boroi. Huhuh...


Plan nak ke Port Dickson tapi ubah tempat.. gi tempat yang tak perlu kena tol sama sekali ! Hehehe.. Pantai Bagan Lalang. Buat pertama kali aku ke sini. Tak tau best ke tak.. Dan ternyata pantai ni best untuk beriadah ! Mandi manda tu tak la tapi untuk berjalan jalan kejar anak ketam tu syok la.. Hehehe..

Umang umang ? 

Aku rasa pupus dah kot umang umang ni di Malaysia ni ! Lama dah aku tak nampak kanak kanak bela umang umang. Diorang lebih suka bela robot di tablet ! Huhh ! 










Alhamdulillah.. Walaupun panas tapi tak terik ! Syok la main tepi pantai. Main layang layang pon best sebab angin kuat.. 

Malam..

Selama ni aku tak tau ada tempat makan best... setelah sesat baru baru ni di kala mencari pusat gym yang baru di Nilai ni , aku terperasan ada kedai makan yang wife aku kata sohor la juga.. Dan semalam gi la try... 

Oh ya.. Ni bukan di Sepang tapi Bandar Baru Nilai. Tak jauh pun dari rumah aku. Dan terus terang , satay Willy ni sedap ! Cuma kuah dia tak beberapa nak sekick kuah Satay Kajang tapi bagi aku. ok dah ! 



Satay perut dia yummy ! Hehehehe... Esok kena gi bakar lemak balik. Banyak woi aku makan ! Hahaha.. Aku bukan hantu satay tapi kalau dah jumpa yang sedap , memang tak berganjak la aku.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dua dua menarik minat aku terutama dari segi kualiti gambar ! Tapi rasanya mata aku lebih tertumpu pada Samsung Note 10 berbanding iPhone 11 ! Kenapa ???

Secara jujurnya , dari segi spesifikasi.. iPhone 11 lebih menarik dan lebih tahan lama dari segi penggunaan tetapi dari sudut multitasking tu atau serba boleh kegunaan tu , aku rasa aku lebih sesuai dengan Note 10. iPhone ni aku tertarik pada kualiti kamera dia jer terutama bila buat video. 

Tapi entah kenapa... aku belum dalam menjiwai iPhone ni ! Hahahah.. Berminat tapi belum terasa nak guna. Tak mampu nak beli ? Sekarang ni kan banyak dah cara nak miliki gajet macam ni. Antara berani nak korek lubang atau tidak je la. Mau tau di mana kemampuan diri jer. Hehehe.. Jangan bergolok gadai dah la.. 


Apaaa ??? iPhone ?? Hehee... Tunggu design lagi menarik kot ? 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Satu pengakuan ikhlas ! Ketika tu , aku dalam usia 20an. Tercari arah hidup. Ditambah lagi dengan menganggur ! Tiada yang sudi membantu. Orang sekeliling pula memandang sinis. Macam kau ni kutu jer ! Sampah masyarakat !!! 

Tapi ketika aku ada kerja , lain pulak pandangan ! Walhal aku menganggur pun , aku bukan susahkan sapa sapa pun. Takda la tahap mengemis mintak duit atau pinjam duit sapa sapa pun ! Tapi masyarakat kita , begitulah... yang ingin membantu , boleh dikira dengan jari ! Selebihnya sekadar amik tau dengan bertanya jer. 

Bagaimana aku keluar dari kemurungan tu ? Pertama... kembali cari arah hidup ! Tujuan kehidupan ni. Motivasikan diri ! Merangkak kembali perlahan lahan . Jangan terus berlari. Sedikit demi sedikit.. Perbaiki hidup. Satu malam tu , aku menangis semahu mahunya. Merintih pada Allah. Doakan agar diberi petunjuk untuk keluar dari segala masalah aku. Dan Alhamdulillah.. aku kembali. 

Segalanya disebabkan kemurungan. Orang terdekat hanya tau membebel jer. Disuruh itu begini seolah olah macam.. hurm... sepatutnya disuakan tangan membantu dan membimbing ! Bukannya suruh berdiri sendiri.. 


Masalah kemurungan ni banyak faktor. Tak cukup rehat atau terlalu tertekan dalam kehidupan. Masalah fizikal dan pelbagai lagi ! Tak kira usia dan juga jantina ! Dan kebelakangan ni , jalan keluar paling mudah ialah bunuh diri ! Bukan mereka nak sangat tapi seolah olah ada yang mengajak mereka ke arah gitu ! 

Nahh.. di sini peranan kita yang sihat sejahtera ni. Tengok kiri kanan. Perhatikan kawan kawan kita. Mereka ni nampak ok jer tapi hakikatnya , dalam keadaan bermasalah dan perlukan bantuan. Bantulah mereka ! 

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Baru-baru ini aku hadiri perasmian ‘Partners in Parenting’ di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor , Jaya One. Satu majlis santai tapi sangat bermanfaat. Kenapa ? Hehehe.. Aku kan seorang ayah kepada 3 orang anak .Pastinya di sini  ada perkongsian mengenai penjagaan bayi dan kanak kanak oleh mereka yang bertauliah juga berpengalaman... 

Majlis yang turut disertai oleh YB Puan  Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Puan Suzliana Abd Hamid, Timbalan Pengarah PPAS, Puan Nor Aishah Osman, Pemegang Amanah OrphanCare serta Encik Mark Tan and Puan Khor Geok Kee, Pengarah Tollyjoy Corporation.   

Untuk pengetahuan rakan rakan pembaca , ‘Partners in Parenting’ ialah acara utama yang seiring dengan sambutan Hari Bayi Tollyjoy 2019. Hari Bayi bakal diraikan buat kali ke-5 pada tahun ini sejak pelancarannya pada tahun 2015. Tahun ini, ‘Partners in Parenting’ akan membincangkan pelbagai topik merangkumi sebelum dan selepas kehamilan, kesihatan bayi dan anak kecil, serta bagaimana untuk mengimbangi peranan sebagai ibu selepas kehamilan. 

Bagi aku , apa yang dilakukan ini sangatlah bagus kerana mereka memfokuskan pada pengalaman dan pengetahuan sambil membina ‘rangkaian sokongan ibu bapa’ yang bertujuan untuk membantu ibu bapa muda meniti perjalanan membesarkan dan menjalinkan ikatan yang erat bersama bayi mereka dengan sokongan daripada pakar pakar yang berpengalaman. 



YB Puan Hannah Yeoh turut berkongsi pengalaman serta memberikan pandangan mengenai dunia keibubapaan berdasarkan pengalaman peribadi. 

Perkongsian dari Ben Ashaari ( eh , aku le tuu ) menceritakan bagaimana dia membesarkan 3 orang anak di mana ketika awalnya , sangatlah takut bila dengar perkataan BABY ! Hahahaa... Tapi bila BABY di tangan , automatik  ianya hadir dan semangat untuk besarkan anak anak semakin berkobar kobar. 

Bapa ' berpantang ' Mr. Alan Oh , berkongsi pengalaman bagaimana dia menjaga isterinya ketika berpantang yang mana tidak ramai suami mampu lakukan. Dia mempelajari amalan berpantang semata mata untuk menjaga isterinya sendiri ! Sesungguhnya ketika inilah , kenangan manis tercipta diantara si ayah , ibu dan juga anak ! 

Pendapat peribadi aku.. perkongsian serta pertukaran ilmu begini sememangnya patut dititikberatkan memandangkan zaman sekarang ni , anak anak lebih membesar di rumah pengasuh dek kerana mak ayah terpaksa mencari rezeki dan ini juga membuatkan ramai orang tidak berminat untuk mendirikan rumah tangga kerana ketiadaan masa terhadap penjagaan anak anak ! Sebenarnya tiada masalah pun bab ni ! Cuma kena ada ilmu mengenainya saja ! 


Jutaan Terima Kasih buat : 




Maklumat lanjut :  

Facebook: https://www.facebook.com/tollyjoymalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/tollyjoymalaysia/ 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pelaksanaan yang sangat bagus ! Untuk mengelakkan dari kanak kanak cedera memandangkan kes kematian dan kecederaan melibatkan kanak kanak ni tinggi sejak kebelakangan ni. Sepatutnya lama dah dilaksanakan tapi seperti biasa kajian perlu dibuat terlebih dahulu. 

Dan ketika tu , harga car seat memang mahal gile ! Sekarang ni baru ada yang murah murah. Ada yang galakkan beli cara hutang seperti main kutu dan sebagainya. Bukan semua orang mampu nak menambah hutang, mau faham part tu ! Bukan tak sayang anak tapi mak bapak akan bertambah tertekan untuk mencari kerja tambahan bagi menambah kos pendapatan !! Komitmen nak bayar RM50 sebulan pon ramai dah pening kepala.. Kos sara hidup di bandar terutamanya tinggi ! MAKA jangan kata tak sayang anak !! 

Ok.. aku tertanya.. jika ada anak kecil lebih dari 3 orang.. macam aku ni ada 3 , pasang car seat kat belakang.. penuh dah ! Jika lebih camana ? Kita mau tau... pemohon BSH di negara kita ni tinggi ! Maksudnya , ramai rakyat Malaysia ni tidak berkemampuan dan mestilah mereka ni mempunyai kereta kereta yang sederhana sizenya. Dan biasanya , mereka mempunyai ahli keluarga yang besar. 

Ada komen aku baca... jika tak mampu beli car seat , jangan guna kereta ! Amboi.. Jangan la gitu. Takkan sebab tu je tak boleh nak berkereta ? Dah tu nak bergerak guna apa ? Guna pengangkutan awam ? Kos lagi tinggi gitu ! 

Pada padangan aku , tak perlulah nak mewajibkan terus. Buatlah satu inisiatif seperti beli car seat dengan harga yang murah yang mana kerajaan beri subsidi atau beri pelepasan cukai buat keluarga yang beli lebih dari 1 gitu. Secara tidak langsung mengalakkan mengunakan car seat ni. Tu contoh je la. 

Yang kedua ialah.. apa gunanya pakai car seat tapi pengguna jalan raya tidak berdisiplin ! Kita tau di Malaysia ni , pengguna jalan raya macam macam karenah ada dan rasanya semakin teruk ! Bukan sebab tidak berilmu tetapi tekanan atau stress rakyat Malaysia ni semakin tinggi ! Kita tanya diri kita sendiri.. Hari ni saja berapa kesalahan jalan raya telah kita lakukan ? Ini semua adalah punca punca kepada kemalangan jalan raya seterusnya akan melibatkan nyawa manusia lain ! Jika faktor ini dapat di atasi.. pengguna jalan raya berdisiplin , maka automatik si kecil dalam kereta akan turut berdisiplin. Naik je kereta terus gunakan tali pinggang keselamatan dan duduk di dalam kerusi keselamatan. 

Tu belum lagi dengan pemandu yang tidak berlesen , lesen terbang, pendatang haram yang memandu lagi.. penguatkuasaan tidak begitu kuat dan mereka ini bermaharajalela di atas jalan raya ! Mangsanya adalah rakyat Malaysia ! 

Dan... bagaimana penguatkuasa nak kesan mereka yang tidak guna car seat ni sebab cermin kereta gelap ? Takkan nak tahan semua kereta dan check ? Tertanya juga. Apa guna WAJIB tapi penguatkuasaan tiada.  Serupa dilarang merokok di restoran la.. 

Kesedaran pengguna ? Hurm... ini Malaysia. Dan pastinya ketika ini.. ramai akan buat bisnis ! Hehee... kononnya nak membantu tapi buat duit. Dan maaf la mak mahupun mereka yang nak menumpang, nak tumpang kereta tak boleh dah. Kereta penuh dengan car seat ! Ada yang syorkan , mak duduk je la kat rumah.  Nak setting car seat bukan sekejap woiiii...

Ini bukanlah alasan tak nak guna. Aku ada jer car seat untuk anak anak. Terfikir jer..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes