BEN ASHAARI



Hari ni Perdana Menteri , TSMY akan memaklumkan secara rasmi apakah akan tamat atau dilanjutkan. Ramai pakar perubatan meminta dilanjutkan. Manakala mereka yang mencari rezeki kais pagi makan pagi ni , berdoa akan tamat. Begitu juga mereka yang dah tepu duduk tengok tingkap. Yang punya rumah besar bertingkat , ok la lagi.. Yang tinggal di apartment ?  Huhuh..

Aku ? Yang 'terperangkap' di Kelantan ni memang nak sangat la balik. Yelah.. bak kata orang , camana sekali pun.. selesa di rumah sendiri ! Tapi nak balik pun risau gak. Tempat aku tu kawasan 'panas' berbanding di lokasi yang aku berada sekarang ni. Dan banyak kelebihan lagi seperti bekalan makanan hanya di depan mata saja. Masalah aku ialah... tiap malam payah nak tidur. Nak tengok handphone pon dah tepu. Hahahah... 

Dan berharap PKP ditamatkan segera ? Tak pun ! Dari awal lagi aku dah jangkakan PKP ni memakan masa lama sangat ! Dan aku jangkakan sehingga lepas raya ! Bukan apa ha.. Rakyat Malaysia ni mudah terlupa.. termasuk aku la. Jika kerajaan kata elakkan perhimpunan , korang rasa diorang nak elak ? Hurm... Tengok sekarang ni pun dah tau dah. Dalam kata kena PKP duduk di rumah pon masih banyak berlaku kemalangan.. malah ada yang mati ! Camana tu ? Bukan banyak kereta pun ! 

Tambah lagi Ramadan sebereang jalan je. Rasa rasa apa akan jadi ? Haa... nak rasa kemeriahan walaupun bukan seperti biasa , akan ada yang meniaga curi curi. Kerajaan tak mampu nak pantau semua kawasan. Bila dah kena , baru nak kalut ! Perlu tau.. kita belum ada vaksin lagi ! Tengok saja di China dan Korea. Kes pesakit pulih kembali positif ! Tak ke itu bahaya ? Malah bila dah kembali positif, membawa kematian ! 

Tak pe la.. Tahun ni kita jadikan pengajaran.. Kita dah terlalu leka 'berpesta'. Dan sekarang ni baru kita rasa camana berpuasa dengan kadar amat sederhana , beraya dengan ala kadar. Kalau tidak , baju berpasang pasang.. selagi boleh nak sebulan ! Dan tahun ni , mesti raya kita cuma di pagi raya jer.. Huhuh.. Pastu pakat termenung semula. 


Nah.. jangan kecewa.. Kita lihat negera negra Asia yang lain..  Ambil contoh di India... bagaimana keadaan mereka ketika ini .. sewaktu kerajaan mereka arahkan PKP ?

Manakala di India.. 

" Kami dengar ada penyakit sedang menyerang. Kata mereka, penyakit ini ambil masa 2 minggu utk berjangkit & boleh mati. Tetapi tahukah mereka, kami akan mati dlm masa 5 ke 7 hari kalau tak keluar cari makanan? "

Slum area paling terjejas. 93 juta manusia, 1.8 juta homeless, 390 juta kais pagi belum tentu esok boleh makan, 400 juta yg lain kais pagi, makan pun pagi sahaja. 95 juta org langsung tak tahu macam mana nak makan setiap pagi

Kredit: musafir senja



Kita bakal hadapi satu lagi krisis global. Masalah ekonomi yang dikatakan paling teruk berbanding sebelum ini dan juga perangai Amerika yang cam kartun tu. Haih.. Amerika dan China.. dua negara yang 'sampah' bagi aku.  

Apa pun..bertabahlah buat kita semua. Pastikan kita teruskan survive sehingga selesap semua ini. Dijangka makan masa setahun ke dua tahun. Semoga Allah lindungi kita semua. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Hurm... bila aku nampak video Tik Tok yang di tweet dari Menteri Pengajian Tinggi ni , Dr. Noraini Ahmad.. aku rasa cam.. Haih , takkan ni level Menteri kot ? Di kala Malaysia dok berserabut dengan virus... dia cadang suh buat video Tik Tok ? Aduh..

Sejujurnya aku tak kisah pun bab pertandingan video ni tapi bila mana dia sendiri buat video tu... aduh , apa dah jadi ? Nak kembalikan era Menteri Menteri BN ke ???  Yakni menjilat PM ? Kreatif la skit ! Bikin satu video yang UMPH skit... tu jika nak student IPT terlibat laa.. Tak nak heavy sangat.  Santai tapi bermanfaat yang mana seisi keluarga boleh tonton. Bukan video tergedik dan terkinja kinja ! Tak sesuai dengan budaya kita yang mana semakin ramai dah terpengaruh ! 

Baca Hukum Bermain Tik Tok 




Kan dah lancar dah ! Tapi bukan boleh buat apa pun kan ? Cuma dari sini akan nampak la kesannya seperti yang kena pada Vivy tu hari..

Cadangan aku... bikin video ok tapi biarlah bertajuk. Janganlah bebas tapi jadi yang bukan bukan . Sapa nak bertanggungjawab ?? Bila video tu dah diupload , kan dah bermasalah ! Hurm.. Atau boleh jer bikin satu contest berilmiah tanpa perlu ada penglibatan berkumpulan. Maklumlah , kena jarakkan buat masa ni kan  ? 

Buat menteri menteri segera yang lain ni , hati hati la yer ! Yang Malaysia perlukan ketika ini cumalah PERDANA MENTERI jer.. Yang lain tu sekadar panaskan bangku simpanan jer. Tak perlu nak tunjuk hero buat masa ni.. Biar 'mereka' yang terlibat je buat kerja menentang musuh. 

Contohi Menteri Agama yang makin bijak dekati masyarakat. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Dari 1 hari bulan lagi aku mencuba nasib. Uhuk.. Bukanlah untuk berjoli tapi nak bantu PKS PKS domestik dengan membuat belian keperluan harian. Dah buat rayuan. Tapi... tapi.. keputusan tetap sama. 

Tak pe la. Bukan rejeki ku. Aku redha je la. Aku kena usaha cara lain lak. Yakni melalui media sosial. InshaAllah ok jer.. Masih ada beberapa payment sangkut. Sebab tu aku terkilan. Sebelum sebelum ni , tak kisah pun. Hahaha.. Merajuk ? Tak la.. 

Aku dah pun buat pengisytiharan cukai di LHDN tahun lepas. Mungkin sebab tu kot tak layak ? Huhuh.. Pendapatan dari blog melebihi dari RM8K sebulan tapi tu tahun tahun sebelum ni. Rezeki dari Allah. Camana pun akan datang dari jalan lain. Kena rajin mintak dan jangan putus asa. 

Hari ni.. badan terasa lemah. Nak kata demam , tak pulak.. Cuma terasa cam.. lembik jer.. sebu ! Aku check suhu badan. Normal ! Rasanya sebab asyik banyak dok baring dalam bilik berhawa dingin ! Kena banyak bergerak ! Huhuh.. Walhal tiap petang aku bersenam jer.. 

Maka petang tadi.. aku cuci kereta sekali lagi.. hehe.. 



Terlupa lak.. Takda termometer ! Semua tertinggal di rumah. Hurm.. Nak tak nak, aku order kat kawan aku ni. Malas nak order kat Lazada atau Shopee.. takut lambat atau tiba tiba tak da stok ! Dan 5hb April dia pos kat aku. Guna Pos Laju.. Dan hari ni sampai ! 7hb April ! Fuh.. berdesup gak... hehehe... 

Termometer ni penting. Setiap rumah kena ada satu ! Nak keluar rumah kena check. Takut nanti kita tak sedar rupanya suhu badan naik , pastu kantoi kena tahan kat mana mana.. Haa.. naya gitu ! Lagi pun sekarang ni dah musim demam. Kejap panas , kejap hujan. Maka kena la standby satu.. 



Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Banyak makan pedas ! Tu masalah aku ketika ini. Bukanlah tak elok cuma kalau boleh , kurangkan cuma masalah aku ni ialah.. tak reti nak kurangkan ! Kalau makan meggi cup tu pon aku letak sambal banyak banyak ! Mak mertua aku buat cili sodap weh ! 

Dan malam harinya.. aku tak boleh tidur ! Asyik nak keluar angin jer.. sendawa gitu ! Aduh. Terseksa. Aku tau puncanya. Kalau aku sekarang di rumah aku, aku akan guna air alkali dari mesin Coway aku tu. Tapi aku bukan di sana sekarang. Tu masalah besar aku ! 

Malam bertukar ganti. Siang hari , takda masalah. Malam jer. Masih lagi terjadi. Akhirnya aku mintak tolong kat wife. Disamping tu , aku terus order Alam Natura. Aku terlupa bawak balik ari tu. Kalau bawak balik, masalah aku ni memang takda ! Amalkan pengambilan setiap pagi dan malam. Inshallah ok jer sistem penghadaman aku. 

Satu lagi ialah amalam minum air lemon suam setiap pagi dan malam sebelum tidur. Sangatlah bagus. Tapi sejak tersangkut di Kelantan ni , memang payah la nak dapat. Nasib baik la bapak mertua aku kirim kat sorang kawan dia. Dapat la 5 biji gitu. Terus buat air lemon. Leganyaaa ! 

Dan rezeki aku... Madu kelulut dan Habbatus Sauda yang diorder sampai dah. Lega tul. Makanan ni memang jadi amalan aku sejak dua menjak. Terbukti keberkesannya pada aku. Korang tak tau la. Banyak la beza selepas amalkan. 




Alam Natura... ni produk home made yang sangat aku syorkan untuk korang yang utamakan kesihatan. Yang ada masalah kolestrol ke.. darah tinggi.. cubalah amalkan. Aku tak la kata sembuh tapi cubalah amalkan. Kalau tengok dari kandungan tu , korang pun boleh tau. Lebih baik cuba dari biar gitu jer.

Kelmarin , aku order dua kotak lagi untuk mak aku. Sian lak aku dengar lepas dia kata ubat dia abis. Hurm. Ubat tradisional yang dia amalkan tu harga pun leh tahan mahal. Huhuh.. Yang ni murah skit.. Dan hanya gunakan bahan semulajadi.  Rasanya pun sedap. Bukanlah manis tapi kelat , masam dan manis .. 3 rasa gitu ! Tapi syok. Jangan telan semua dah la. Aku pernah buat.. One shot.. Satu minggu demam. Pastu apa jadi ? Hahaaha... Aku macam baru detox badan. Clean je.. Hahaha.. cuma seminggu demam tu parah la. Kena jaga anak kan. Maka makan ikut aturan. 



Kalau korang ada masalah dengan ulu hati.. tu tanda awal untuk dapat kanser. Kena cegah cepat cepat. Carilah mimuman yang boleh neutralkan asid dalam badan korang. Yang suka makan daging, ayam , cili... apa saja yang tinggi asid , berhati hatilah... Bukan apa.. bukan Covid 19 je boleh bunuh korang... penyakit lain pon mampu membunuh ! Jaga kesihatan dan makan makanan yang sihat. Al Maklumlah , nak bersenam di kala ini .. makin ramai yang malas ! 

Stok Alam Natura tak banyak. Sebab kilang jual botol tu tak leh beroperasi. Maka cepat order sebelum stok abis ! Whatsapp terus ke - 013 329 3707 (En.Zahrul)

Instagram : https://www.instagram.com/alam_natura/
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Fuh.. Nasib baik aku aritu guna Pos Laju. Leh tahan kepantasan. Ingatkan lewat sebab banyak komplen tapi rupanya tidak. Rezeki aku dipermudahkan urusan.


Bukan satu ni jer.. Tapi ada beberapa lagi yang aku dapat kiriman dari Kuala Lumpur seperti sambal Kurus dan jugak Harum Manis dari Perlis dengan menggunakan Pos Laju. 

Aku tak tau la orang lain camana kiriman mereka tapi yang pasti, rezeki aku dengan Pos Laju ni memang ok la.. 

Yang beli barangan seperti Lazada dan Shoppee ni, nasib gak la.. Aku beli protein, dapat 4-5 hari gak la.. Tu pun amik seller tempatan. Nak amik dr luar, tak berani aku. Hahahaa.. Pastu ada gak beli mesin rambut.. Tu belum sampai lagi. Mungkin esok. Beli 31hb ari tu. Local seller gak. Esok, 4hb.. Sabtu, Kelantan cuti. Jawabnya Ahad la. Huhu..

Makanya, nak beli online kat platform gitu memang kena amik yang berbaloi je. Kalau saja saja nak membeli, hurm.. Korang saja nak penuhkan stor courier gitu saja. Mereka yang beli barangan penting, kena tunggu lama. Kan?

Minggu depan, aku ada satu lagi barang yang aku beli  Ni penting. Kena ada dah setiap satu keluarga. Kalau takda terutama yang ada anak tu, memang bahaya la. 

Rasa rasa apa?? 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes