BEN ASHAARI




Aku suka makan. Mana ada manusia tak suka makan kan ? Hahahah.. Apa punya ayat daa.. Ok ok ! Gini.. Sebenarnya aku sedang nak kawal pemakanan ahli keluarga aku. Paling tidak pun, makan berat 2 kali sehari. Tengahari dan petang. Pagi tu, lebih pada nak alas perut dan fokus pada makanan yang tinggi protein dan fiber. 

Zahra dan Aariz memang kurang minat nak makan pagi kecuali ada makanan yang mereka gemari. Qhaliff pun tapi aku paksa dia makan sedikit memandangkan dia sangat aktif di sekolah.  Maklumlah, dah Tahun 6. Wajib ada ayam. 

Nasi ? Kalau dulu.. aku wajib makan nasi tapi sejak sejak kena Anxiety , aku stop makan nasi. Aku kurangkan pengambilan karbohidrat dan ternyata memberi kesan positif pada tubuh badan aku termasuklah anak isteri. Selain Anxiety , aku ada masalah dengan usus dan juga sendi ! Alhamdulillah.. banyak perubahan dah sekarang. Tak perlu pun makan ubat doktor. 

Wife aku pun dah kembali kurangkan pengambilan nasi putih ni. Anak anak cuma makan waktu tengahari dan makan malam. Tu pun sorang satu senduk. Lauk wajib ialah telur ayam. Tak kira la telur rebus atau telur goreng. 

Jadi , aku tak perlulah nak masak nasi banyak banyak. Guna periuk bersize baby je setiap kali nak masak nasi. Tu pun kekadang tak abis. Camana boleh tak abis ? Bila ada lauk yang sedap sedap. Masing masing cuma nak ratah lauk jer...

 Baby Rice Cooker    

Rebus telur lak, aku guna cerek elektrik ni jer. Kalau gi hotel , memang aku guna hotel punya cerek. Basuh betul betul cerek dan telur. Baru letak telur dalam cerek lalu panaskan. Buat 2 kali rebusan. Pastu tunggu 5-8 minit untuk pastikan telur benar benar dah sesuai untuk dimakan melainkan kalau korang nak makan setengah masak.. Haa , boleh teruk kopek telur tu. 

Banyak kelebihan makan telur rebus ni di pagi hari. Kuning tu  tak perlulah buang pun sebenarnya. Bermanfaat sungguh kuning tu pada tubuh badan kita. Yang patut kita buang ialah gula.. dan juga ultra process food ! 

Ajar dan ubah anak anak kita dari sekarang. Mana la tau kan.. satu hari nanti berlaku kekurangan makanan atas dunia ni.. sekurang kurangnya kita dah didik anak anak makan simple simple tapi berkhasiat ! 

 Electric Keetle

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Hai korang!  Korang ada perancangan nak melancong ke Kuantan tapi risau tentang kos pengangkutan? Tak pe. Jangan risau, sebab hari ni kita nak kongsikan tentang cara-cara nak dapat kereta sewa di Kuantan dengan harga yang baik gila! Jom kita tengok macam mana nak jimat duit sambil enjoy holiday dengan selesa.


Kenapa Pilih Kereta Sewa?


Korang mesti tertanya-tanya, "Eh, kenapa pilih sewa kereta? Tak boleh ke naik Grab je?" Ok, mari membaca bersama sama saya ya. Kelebihan menyewa kereta ni ialah korang boleh : 

1. Boleh pergi mana-mana, bila-bila masa. Nak pi pantai tengah malam? Go je!
2. Jimat masa. Tak payah tunggu teksi atau bas yang lambat macam siput.
3. Privacy lebih. Boleh nyanyi kuat-kuat dalam kereta tanpa segan silu.
4. Senang bawak barang. Beg besar ke, oleh-oleh yang banyak ke, semua muat!

Macam Mana Nak Cari Kereta Sewa Murah di Kuantan?


Ok, sekarang part yang paling penting. Macam mana nak dapat kereta sewa yang murah tapi tak murah hati? Jom ikut tips ni:

1. Book Awal-Awal
Kalau korang dah tau bila nak pi Kuantan, book la kereta awal-awal. Lagi awal book, lagi murah harganya. Macam beli tiket kapal terbang la jugak. Last minute memang mahal punya!

2. Bandingkan Harga
Jangan terus book dengan syarikat pertama yang korang jumpa. Bandingkan harga antara beberapa syarikat. Tapi ingat, murah sangat pun kena fikir dua kali. Nanti dapat kereta buruk, rosak tengah jalan, menyesal pulak.

3. Cari Promosi dan Diskaun
Banyak syarikat kereta sewa ada buat promosi, terutamanya waktu cuti sekolah atau hujung minggu. Cuba cari kod diskaun online atau tanya terus dengan syarikat tu ada offer tak.

4. Pilih Kereta Yang Sesuai
Tak payah la nak sewa kereta besar kalau korang pergi sorang-sorang je. Pilih kereta yang sesuai dengan bilangan orang dan barang yang nak bawak. Kereta compact lagi jimat minyak, lagi senang nak park!

5. Sewa Untuk Tempoh Yang Lebih Lama
Biasanya, lagi lama korang sewa, lagi murah harga per hari. So, kalau korang plan nak sewa 3 hari, cuba tanya harga untuk 5 hari. Mungkin
ada deal yang lebih berbaloi.

6. Cek Polisi Minyak
Ada syarikat yang bagi kereta dengan tangki penuh dan minta pulangkan dengan tangki penuh jugak. Ada pulak yang caj ikut berapa kilometer korang pandu. Pilih yang mana lagi berbaloi untuk korang.

7. Elakkan Sewa di Airport

Sewa kereta di airport biasanya lagi mahal sebab ada caj tambahan. Kalau boleh, ambil kereta di bandar je. Tapi kira kos tambang dari airport ke bandar jugak. Jangan sampai lebih mahal pulak!

Syarikat Kereta Sewa Murah di Kuantan

Ok, sekarang kita tengok sikit syarikat-syarikat yang selalu offer harga baik di Kuantan:

1. Sma Car Rental: Syarikat ni memang terkenal dengan harga yang kompetitif. Dorang ada banyak jenis kereta, dari Myvi sampai la MPV.

2. Kasturi Car Rental: Selalu ada promosi menarik, terutama untuk sewaan jangka panjang.

3. Hawk Rent A Car: Kereta dia orang kebanyakan baru dan harga pun okay.

4. Local Budget Rentals: Ini untuk korang yang betul-betul nak jimat.

Tapi pastikan check keadaan kereta betul-betul sebelum ambil tau ! 

Tips Tambahan Untuk Jimat Lebih! :

1. Bawa GPS sendiri: Kalau ada GPS sendiri, bawak je. Sewa GPS dengan syarikat kereta tu mahal tau!

2. Periksa kereta betul-betul: Sebelum ambil kereta, check semua calar atau kemik yang dah ada. Jangan sampai kena caj untuk kerosakan yang bukan salah kita.

3. Bawa pemandu sendiri: Kalau korang pergi ramai-ramai, bawa la kawan yang boleh drive. Nanti boleh bergilir-gilir memandu, jimat kos sewa pemandu.


Apa Yang Perlu Dibawa Masa Nak Sewa Kereta?

Jangan lupa bawa benda-benda ni ye:

1. Lesen memandu yang sah
2. Kad pengenalan atau passport
3. Kad kredit (kebanyakan syarikat minta untuk deposit)
4. Duit tunai (untuk bayar deposit kalau tak guna kad kredit)

Kesimpulan

Tu la dia, panduan lengkap untuk dapat kereta sewa murah di Kuantan! Dengan tips-tips ni, korang boleh jimat duit dan enjoy holiday dengan selesa. Ingat ye, murah tu okay, tapi jangan sampai dapat kereta yang bermasalah pulak. Pilih syarikat yang dipercayai dan baca review dulu sebelum book.

Selamat bercuti di Kuantan! Jangan lupa singgah Teluk Cempedak, makan ikan bakar, dan enjoy pemandangan pantai yang cantik. Kalau jumpa ikan patin murah, bungkus sikit untuk kita okay? Hehe! Oh ya, last sekali, kalau korang ada tips lain untuk jimat kos sewa kereta, boleh la share dalam komen. Kita sama-sama bantu orang lain jimat duit. Duit jimat boleh beli lebih banyak keropok lekor! Yum!

Hubungi : 

Sma Car Rental
Email: smacarrental@gmail.com
Web: https://smacarrental.com
Facebook: https://www.facebook.com/keretasewakuantansma
Telefon: 018-906 0080
Alamat: 22 Jalan Bukit Ubi 27, Bukit Sekilau, 25200 Kuantan, Pahang

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Lama dah aku dok perati iklan dan video berkenaan pelebat rambut yang dibuat oleh laki bini ni. Orang melayu punya. Dia tunjuk rambut dia yang lebat. Memang lebat sungguh la. Kalau dia tunjuk video testimoni orang yang punya masalah rambut ( botak tengah atau botak depan ), dari awal hingga lebat rambutnya, aku yakin dia akan kaya raya. Tapi aku rasa pun dia dah boleh kaya skang ni sebab dapat je sambutan di setiap video dia. 

Ya.. ramai punya masalah rambut sekarang ni. Punca ? Stress dan pemakanan. Dua ni saja dah cukup boleh merosakkan kesihatan manusia. Heeee.. kan kan ? Stress ni melibatkan banyak perkara. Ada yang ingat sekadar tekanan di tempat kerja atau belajar tetapi tidur yang tak cukup atau rehat yang kurang juga turut mengundang stress ni. Sama seperti sibuk hal orang terutama artis yang bercerai. Hahahaha.. aku pun tersibuk sedikit sebelum betulkan balik keadaan aku. Tak payah laaaa nak sibuk hal diorang. Diorang ada Range Rover kot.. Ko ada apa ? Hahaha.. 

Ok ok.. sambung.. Pasal rambut. Nah.. gambar pegang telur di bawah ni adalah pagi sebelum aku dapat produk pelebat rambut tu. Nah, boleh nampak bahagian dahi tu kan ? Haaa... Kat sini aku nak fokuskan. Jika benar benar berkesan , bahagian tu akan naik rambut dengan jayanya. 

Sebenarnya , rambut aku dulu cukup lebat tapi tu laa.. pakai tancho bagai.. gel rambut kasi keras dan stress dengan rambut lebat sebab susah nak digayakan ! Kan dah mendapat ! Haaa, tak pasal pasal dah kurang tapi bersyukurlah lagi.. dah nak 50 pun masih segak gini lagi. Hahaha..

Dan petang tu aku dapat produk pelebat rambut ni. Terus aku guna.. Dan masuk hari aku update di blog ni, hari ke 3 la pakai Apakah nampak kesannya ? 





Selain pelebat rambut yang aku guna ni , telur ayam juga sangat bagus untuk melebatkan rambut ya. Tinggi protein dan juga mengandungi mineral serta khasiat lain yang diperlukan untuk menaikkan rambut.  Dan penting untuk elakkan uban di usia awal. Haaa.. tak ke tak ? Sila Google ya. 

Produk apa yang aku guna ? Buat masa ni, biarlah rahsia ya. Aku bukan review pon produk ni. Cuma sekadar nak kongsi dengan korang. Buat masa ni , biarlah aku yang cuba dulu. Kalau korang nampak aku flip rambut aku pada setiap selfie aku nanti di FB , haaa.. paham paham je la ye ! Maksudnya , produk ni memang memberi kesan ! InshaAllah.

Produk jenama X ! 

 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Lama dah aku nak hilangkan lemak kat perut dan pinggang ni. Pernah amik fat burner , L-Carnitine dan beberapa jenis produk lagi dengan harapan , dapat hilangkan lemak tu ! Nak turunkan berat , takda masalah tapi lemak tu cukup degil. 

Bukanlah nak dapatkan badan impian tapi lemak kat perut tu sangat menganggu aku. Hahaha.. Muka membulat satu hal pastu terasa cam gemuk jer. Bila ada perasaan gini , aku malas nak jaga badan. Makan , makan dan makan je la jawabnya. Walaupun bersenam tapi lebih pada nak keluarkan peluh dan gerakkan tubuh badan. 

Baru baru ni ada la terbaca dan tertonton satu video yang mana dia kasi tips. Selain pemakanan yang sihat , kena rajin minum air halia yang diletakkan dengan hirisan lemon dan cuka epal. Kalau takda cuka epal pun tak pe. Lemon tu kena ada. Haaaa... Gabungan dua ni memang memberikan kesan yang bagus. 


Aku cuba untuk 2 minggu. Ketika gi trip pun aku masih bawa lemon dan halia. Aku bancuh di pagi hari dan kemudian bersenam ringan. Asalkan ada pengerakkan untuk pembakaran kalori , ok dah. Setengah jam atau 45 minit cantik dah. 

Dan pastikanlah penjagaan pemakanan tu betul. Janganlah main belasah je makan. Macam yang aku tulis sebelum sebelum ni , ada yang siap cheat day bagai. Tak perlu pun sebenarnya. Kalau korang betul betul nak sihat dan dapatkan bentuk badan idaman atau elok.. part pemakanan ni sangatlah penting. Ada yang kata tak pe.. asalkan sederhana ok dah ! Masalahnya ialah korang akan ketagihan ! Untuk elakkan dari berlaku ketagihan , jauhi terus. Cukup cukuplah makan. Bukan tak pernah rasa pun makanan tu ! Lainlah korang jumpa makanan tu buat pertama kali.. dan nak rasa.. Haa, makanlah ! Dan pastikan jangan makan selepas jam 8 malam. 

Bagus kita jaga makan ni terutama ekonomi dunia semakin mencabar. Kena banyak banyak ikat perut dah. 


Gabungan air pembakar lemak : Serbuk halia + hirisan lemon ( tak perlu perah jus ) + cuka epal

Guna serbuk halia yang 100% asli tanpa campuran. Dapatkan yang berkualiti di SINI 
 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dulu diorang ni masing masing buncit..serupa bapak dia !


Kesian tengok anak anak kita kan ? Kecil lagi dah obesiti. Ada yang kata comel. Eh, biarlaah.. comel pe gebu gebu gitu. Bila berlari , bergegar satu badan. Eh, kau suruh orang yang cakap tu , buat badan gitu pastu suruh dia berlari. Meh pakat pakat kita gelak ketawa. Kau rasa camana ? Budak budak ni bukan tahu apa pun. Kita tau.. kita nak gomol mereka je. Tapi yang kita tak tau ialah penyakit yang bakal datang di kemudian hari ! 

Ya.. aku tahu.. kurus pun belum tentu sihat. Aku tak nak bertekak bab ni. Aku nak fokus pasal diet pemakanan anak anak yang semakin tidak seimbang. Kesian mereka. Bukan apa , kesilapan aku ialah mengikut cara pemakanan aku dulu dulu ketika kecil.

Wajib ada roti putih atas meja. 
Gi sekolah bawa roti krim dan juga duit jika masih lapar.
Dalam almari dapur , ada pelbagai biskut. Boleh makan sambil layan movie. 
Lapar , bosan makan nasi. Layan megi segera lak. Ada pelbagai perisa. Pergh..
Dalam peti ais kena ada ais krim dan minuman air kotak. Ala ala omputeh gitu. 
Malam , kena keluar makan cari fast food macam mekdi atau kepci. Layan sekeluarga.

Tau apa kesannya ? Hahahaha.. Anak mudah jatuh sakit. Kerap demam , selsema dan batuk. Kena hujan skit je, dah selsema dan demam. Pastu korang pun tertanya.. kita zaman dulu , main hujan.. ok je ! Apasal budak zaman ni lemah betul antibodi mereka ? 

Semua salah diri sendiri. Kasi makan makanan penuh racun sejak dari bayi lagi. Silap silap dari dalam kandungan lagi kita dah bentuk tubuh badan mereka dengan pemakanan kita. Ingat.. apa yang kita makan , jadi darah daging. 

Bayangkan... bila dah bertahun tahun, baru tahu rupa rupanya apa yang kita suap anak anak itu sebenarnya memudaratkan mereka malah kita juga ! Gastrik , gerd , anxiety, diabetis type 2 , jantung sumbat , buah pinggang , tekanan darah tinggi dan paling bahaya.. kanser ! 

Perasan tak.. anak anak perut buncit tapi badan tak berisi ? Atau ngan badan badan sekali naik ? Ada yang kata genetik. Hehehe.. memang la genetik kalau mak ayah pun melantak siang malam tak kira masa. Anak anak ikut la. Bukan diorang nak tapi dah disuruh makan apa yang diorang makan. Jadilah gitu ! Cuba ubah. 

Aku ubah dah.. Ada yang gelak ! Kata mereka makanan tak salah. Kita yang salah ! Memang la salah kita. Kita yang beli. Kita yang sua pada anak anak. Kita yang paksa anak anak makan. Tak kira waktu. Mereka  yang cipta makanan tu, pedulik apa. Diorang nak kita ketagihan dan seterusnya membeli , makan dan berterusan. Gitulaahh.. Untung woiii bisnes makanan ketagihan ni. 

Abis tu ? Tak boleh makan ke makanan gini ? Boleh... sebulan sekali layan la. Atau bila dah darurat takda makanan , makan je la. Anak anak nak makan, kasi sesekali. Cuma sebelum nak kasi tu bagitau mereka yang makanan ni sekadar untuk penyedap rasa lidah. Tiada khasiat atau manfaat pada tubuh badan. 

Camana nak ajar atau ubah anak anak ? Sukar... memang sukar. Memula , kena didik melalui ilmu pengetahuan. Budak budak zaman sekarang ni , bijak .Jadi kita manfaatkan kebijaksanaan mereka. Di media sosial seperti Tik Tok , Instagram dan Facebook , ada banyak video video kesihatan pelbagai bahasa. Ajak mereka tonton bersama. Pada masa yang sama , bagitau yang kita pun nak ubah. Nak sihat. Tak nak dah sakit sakit. Duit makan tu, kita simpan boleh gi melancong. Haaa.. 

Kemudian , kurangkan makan di luar terutama ke kedai makanan yang tak baik untuk perut. Jadualkan semula waktu makan. Jangan makan lewat malam. Kurangkan makanan yang tinggi karbhidrat. Banyakkan fiber dan protein. Jika anak anak tak nak makan, biarkan je. Nanti diorang lapar , diorang mintak. Dan masa nak kasi makan tu, cuba tambah sesuatu untuk kasi sedap./ Aku biasanya tambah black pepper atau lada sulah. Biasanya bila ada rempah ratus dalam makanan tu, jadi sedikit sedap. Kasi telur dadar atau sup sup gitu. Buat sendiri. Guna minyak masak sawit atau kelapa. Lemak sihat. 

Serius.. kalau korang ubah gaya hidup gini.. korang akan perasan ada banyak baki duit bulanan korang. Orang kata , makanan sihat tu mahal tapi yang diorang tak kata.. ko makan makanan sihat ni, kenyangnya lama berbanding makan makanan yang tak sihat tapi asyik lapar. Murah.. tapi kena makan banyak kali ! 

Aku sekadar berkongsi pengalaman jer.. Tak nak ikut , sudah.. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes